BTC USD 84,393.2 Gold USD 4,273.26
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jai Network Systems Sdn Bhd. (603707-P) - Jnssb.com

SAHABAT....."HIDUP JGN BERKALAU KELAK MENYESAL"akan aku ingat pesananmu itu wahai SAHABAT.tapi "SAMPAI BILA?"aku harus mengingatinya.SAHABAT harapan aku agar Syawal yang bakal menjelma ini akan membawa sama bibit bibit keinsafan dalam dirimu wahai SAHABAT.moga kekalutan dan kekusutan ini dapat diselesaikan.SAHABAT andai tiada hidayah ALLAH buat mu di bulan bulan mulia ini fikir fikirkanlah dimana tempatmu nanti disana wahai SAHABAT.ingatlah SAHABAT doa orang orang yang teraniaya akan dimakbulkan juga hanya lambat atau cepat ALLAH jualah penentu wahai SAHABAT.pesan aku wahai SAHABAT sebelum bala tuhan turunkan bertaubatlah.
 
aku yakin hati 25ribu ahli JNSSB makin dihambat resah.risau memikirkan masa depan.sayu mengenangkan nasib.niat suci murni untuk membantu sesama melayu tersekat ditengah jalan.sebak memikirkan AIDIL FITRI yang bakal menjelma tidak dapat dirayakan dengan penuh keceriaan.sedih mengingatkan hutang makin bertambah bilamana ada dikalangan kita yang membuat pinjaman untuk menyertai JNSSB.harapan aku cuma satu.pihak BOD perlu lebih cepat bertindak demi menjaga nama baik diri sendiri seperti mana yang kita laungkan dalam setiap kursus bahawa KITA PERCAYA DAN BERTINDAK CARA TERBAIK SAHAJA KEPADA DIRI,ORANG TERSAYANG,AGAMA,BANGSA,RAKAN SEPERJUANGAN DAN NEGARA.aku mengandaikan para BOD harus lebih kuat berusaha menjaga MARUAH DIRI SENDIRI DAN JUGA PARA LEADER YANG DIKATAKAN PARA PENGIKUT TEGAR TU.insyaalah andai kita benar Allah tetap akan membantu.
 
Saudara-saudaraku dalam JNSSB,

"Bersatu teguh, bercerai roboh"

Marilah kita sama-sama menandatangani petisyen ini bagi merayu BNM membebaskan JAI dari pertuduhan di bawah akta BAFIA dan AMLA.
Makin lama BNM menyiasat, makin lambatlah JAI boleh membayar hutang-hutang kita.

Petition success story
- mungkin usaha kita ini berjaya membuahkan hasil, siapa tahu.. Alhamdulillah..
 
Shah, pendapat aku senang jee..kau panggil Jai,Azemi, Izham serta orang2 kuat Jai,bersama ngan Dr Mazuki, Mej Mokhtar serta kuncu kuncunya..termasuk DrHalim serta wakil SSM, wakil KPDHEP dan juga wakil BNM buatkan satu taklimat atau perjumpaan.Tak perlu nak kutuk sesiapapun. Kalau Jai berani cerita terus terang macammana nak selesai kita punya masaalah.Dr Mazuki, Mej Mokhtar pun tak boleh lari sbb diapun ada downline.So kena pikir macammana nak bayar. Bab hydrofuel kita tanya pihak Jai dan pihak Dr Halim apa masaalahnya. Bab AJL dan syarikat kita tanya wakil KPDHEN dan SSM ape yang tak kena. Semua boleh tanya apa masaalah Jai.Sbb matlamat kita nak cari penyelesaian bukan nak kutuk dan caci mencaci. Bagi aku tak perlulah petisyen buat malu aje...Kalau Jai betul2 jujur dan telus untuk menyelesaikanya kita perlu jemput mereka untuk bersemuka. Takkan kita nak dengar taklimat Jai aje..face 2 face

dr dojob nojob
 
Betul tu dr. guwe sokong 100 percent. nie dah ada bab maki memaki dah tak best dah.

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN
 
Saudara-saudaraku dalam JNSSB,

"Bersatu teguh, bercerai roboh"

Marilah kita sama-sama menandatangani petisyen ini bagi merayu BNM membebaskan JAI dari pertuduhan di bawah akta BAFIA dan AMLA.
Makin lama BNM menyiasat, makin lambatlah JAI boleh membayar hutang-hutang kita.

Petition success story
- mungkin usaha kita ini berjaya membuahkan hasil, siapa tahu.. Alhamdulillah..
 
ishh kau ni azroy..apa hal macam orang dah hilang pedoman lak ni? :eek:

aku sokong korang pun tak boleh ke? aku bagi warning kat kura tu,kalu kau nak tau..
lagipun hadith2 serta surah2 yg mydesdk bagi tu 'memang berkait' sgt pun dan berpadanan pun..lagipun sapa le aku ni nak bangkang cakap dekan universiti madinah (made in JSU) tu.,.dia dah alim 4 mazhab..aku ni syafie pun teheger2 lagi..
kau jgn risau le azroy..aku sokong dia tu..aku dah berubah dah ni..
lagipun apa pulak yg aku main2 bab mazhab? bukan nya takde orang yg alim semua mazhab. Pelik ke dgr alim 4 mazhab?
(FYI, kat sesetengah negara , in order to become mufti, kena alim 4 mazhab tau! ni citer benar ni)

Lagi satu bab aku guna nama cikgu tu.. yg tu pun aku tipu jugak tu.. saja je nak galmer..aku bukan cikgu pun..so sorry le kepada yg dah tertipu dgn status aku tu (tapi aku cikgu yg tak grad dari JSU lash..sayang betul!)

jadi kau marah lah aku.. aku ni cikai je.. takpe..biarlah mydesk gunakan lagi hadith dan jugak surah2 yg dia rasa 'berkait' dengan perjuangan dia.

dan aku yg paling suka sekali bial dia bagi surah ni lah:
(di petik dari http://www.putera.com/tanya/index.php?showtopic=31936&st=675)

mana le aku tak respek kat dia..dia boleh tau tu sapa yg fasik dgn yg tak fasik..online je.. sebab tu yg aku respek dia tu..

BTW azroy.. memang kau patut pun marah aku, tapi TOLONGLAH jgn marah kat shah dgn mydesk terutama dgn kes ahli kitab semua tu..TOLONG lah jgn marah diorang..kecik hgati diorang kang camner lah nak berjuang tu..

Salam,

Yang ini saya kena jelaskan sikit supaya cikgureza tak terpesong dari maksud ayat tersebut, dan hal ini sudah pun dibangkit kan oleh CSI dan saya dah pun jawab tapi tak ingat page yang ke berapa (malas nak cari). Nasihat saya jangan main2 dgn ayat Al-Quran atau pusing balik maksudnya...

Jika cikgureza baca dari awal posting saya, tujuan saya adalah untuk menggunakan Al-Quran untuk semua panduan hidup saya termasuk cara berforum. Sebab itulah saya tak maki orang dalam forum ini, kerana Al-Quran kata setiap perkataan dan perbuatan kita akan dipertanggung jawabkan, w/pun kita guna ID samaran. Secara kebetulan pula masa belajar Al-Quran tu, saya join JNSSB.

Ayat tersebut sebagai nasihat supaya kita siasat dulu berita dgn teliti yang disampaikan terutama dari sumber yang diragui BUKAN maksud sebaliknya. Saya bold kan perkataan 'jika' supaya lebih jelas maksudnya:-

" Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. " Al-Hujuraat, ayat 6

Jika sumber berita yang anda rasa boleh dipercayai, terpulanglah kepada anda nak percaya atau tidak. Kalau salah maklumat yang disampaikan, maka musibah akan menimpa diri kita juga sebenarnya seperti maksud ayat tersebut.

p/s: Saya tak berniat nak backup JNSSB guna Al-Quran, sebaliknya saya gunakan untuk diri saya dlm apa jua kehidupan yang saya lalui samaada susah, senang, sedih dll:)
 
Betul tu kata mydesk. Berat tanggungjawab tu... tulislah tak pasal. Makin byk kita tulis, makin byk Allah akan uji.

"Bersatu teguh, bercerai roboh"

Marilah kita sama-sama menandatangani petisyen ini bagi merayu BNM membebaskan JAI dari pertuduhan di bawah akta BAFIA dan AMLA.
Makin lama BNM menyiasat, makin lambatlah JAI boleh membayar hutang-hutang kita.

Petition success story
- mungkin usaha kita ini berjaya membuahkan hasil, siapa tahu.. Alhamdulillah..
 
Back
Top
Log in Register