BTC USD 83,613.5 Gold USD 4,157.01
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jai Network Systems Sdn Bhd. (603707-P) - Jnssb.com

FOKUS pada JNNSB!!

Apa kata kita buat petisyen saman JNSSB kat makamah, bagi yg tak nak teruskan dgn Jai. Yang nak teruskan dgn JAI boleh teruskan tak payah tuntut. Mungkin boleh untung lebih sebab dah kurang pembangkang, ataupun bersatu tenggelam atau timbul bersama.Mungkin juga yg tak nak teruskan boleh dapat pulangan dari akuan lain melalui rundingan dengan JAI. waallahu alam. Just explore the posibility
 
Kepada semua ahli JNSSB,

Saya telah membuat petition online untuk kita semua tandatangani dan boleh digunakan sebagai alat untuk dihantar ke BNM. Saya juga telah memberitahu Dr Jailani tentang hal ini dan dia bersetuju.

Saya harap kita semua dapat bersatu dengan menandatangani petisyen ini.

Berikut adalah isi petisyen tersebut:

TITLE : Bebaskan Jai Network Systems Sdn Bhd daripada tuduhan BAFIA dan AMLA

To: Bank Negara Malaysia

Kami ahli Jai Network Systems Sdn Bhd (JNSSB) memohon jasa baik Bank Negara Malaysia melepaskan semua pertuduhan yang berkaitan BAFIA dan AMLA atau militan. Syarikat hanya menjalankan perniagaan jual beli yang disertai dengan perjanjian yang sah di antara tiga pihak iaitu pembekal (Bagai Wangsa Sdn Bhd), pembeli (ahli JNSSB) dan pengedar tunggal Asia Stromberg Fuel Saver (Jai Network Systems Sdn Bhd). Syarikat tidak pernah menawarkan sebarang skim pelaburan kepada kami semua!!

Syarikat hanya tidak mempunyai lesen AJL walaupun setelah berkali-kali memohon. Ambillah tindakan terhadap kes itu sahaja tetapi bukan dengan membekukan semua akaun syarikat dan menuduh syarikat di bawah akta BAFIA dan AMLA. 25000 ahli JNSSB merana, menanggung hutang, dikejar Ah Long, ditarik kereta dan macam-macam lagi musibah menimpa kami. 90 hari siasatan sudah cukup bagi membuktikan syarikat bersalah atau tidak, MENGAPA PERLU DILANJUTKAN 9 BULAN LAGI???

Di manakah letaknya kredibiliti BNM dalam menyiasat kes ini yang melibatkan puluhan ribu rakyat Malaysia yang sedang merana kerana syarikat tidak boleh berniaga? Ini melibatkan maruah dan masa depan kami dan anak-anak kami. Dengarlah rintihan ini wahai BNM....

Sincerely,

The Undersigned

Untuk menandatangani petisyen ini sila ke
http://www.petitiononline.com/jai4u/petition.html

..:::Semoga Allah memberkati usaha kita yang sedikit ini:::..

Shah, aku nasihatkan ko pegi jumpa En Mazlan dulu sebelum hantar petisyen ni, sebelum perkara lebih buruk berlaku... lengkapkan siasatan ko dulu baru bertindak, kalau tak... ko shoot blank je pada BNM... pergi tanya kenapa dilanjutkan 9 bulan, baru lah ko nak jerit "MENGAPA PERLU DILANJUTKAN 9 BULAN LAGI???" pada orang ramai...

Engkau buat petisyen buta hanya berlandaskan kata2 Jai... Ko cabar kredibiliti BNM lagi.. Jangan sampai BNM cari ahli2 pula, ahli yang dah susah bertambah susah nanti.... habiskan siasatan dulu!!! Duit yang BNM beku tak banyak.... buat apa yang ko focus sangat, kenapa tak focus pada lebihan estimated RM150 juta yang tak tau ke mana dah tu..?

Dengarlah nasihat aku for the last time...
 
Last edited:

1)Apa yang saya masuk? (SP,AD,SSP,SP-Hidrofuel)
2)Kursus yang dihadiri
3)Sampai bila saya sanggup menunggu? (Tarikh)
4)Apakah tindakan yang akan diambil apabila sampai tarikh tersebut?
5)Adakah saya masih mempercayai Jai?

Kura

1) SP, AD, SSP, SP-Hydrofuel
2) Asas, JMC
3) 31/10/2007
4) Saya akan mengambil tindakan undang2, high-level crime perdagangan, laporan polis dll... jika pihak syarikat masih tidak mengeluarkan bukti yang meyakinkan.
5) Tidak

aidiryatim

1)SP
2)x de asas langsung ..
3)22/10/2007
4)still harap jnssb bayar 200%(termasuk untung), tp x de agreement.
nk amik tindakan undang2, tp nk mulakan aku x tau.. ikut yg otai jer nnt.. aku folow dr belakang.. klu da amik tindakan , sure leh dpt modal balik ker
5)no..(hope BNM release kn acc jnssb),

dojob

1)SP & AD
2)ASAS
3)31/10/2007
4)TINDAKAN UNDANG2/BERJALAN KAKI KE KUANTAN DAN SEMBAHYANG HAJAT DAN BERDOA (DOA ORG TERANIAYA INSYAALAH DIMAKBULKAN OLEH ALLAH)
5)99.9%

j.s

1)Tak pernah masuk
2)Aku kursus JMC xpenah masuk, kalau kursus kahwin pernah
3)sampai bila? hmmm...
4)baca forum nak tgk apa akan terjadi pasni
5)percaya pada jai? peduli aper aku pada dia.. haha

levita

1) SP 50k
2) asas, jmc
3) 22/10/07
4) aku ikut hang laa
5) tidak

gengjawa

wak bersabar lagi

Sang_Buana

1)SP x 3 ( RM 50K , RM 40K , RM10K ) (aku , family , family2)
2)ASAS
3)RAHSIA
4) INGIN MENGADAKAN PAKATAN PENYELESAIAN ANTARA DUA BELAH PIHAK ANDAIKATA DUIT TIDAK DIFREEZE KAN..BUKAN MEMBURUKAN KEADAAN.YANG BOLEH MENDATANGKAN KERUGIAN KEPADA SEMUA PIHAK.
5)99.9%

Mommybetty

1. 25k akaknya , adik beradik lain adalahh 78k
2. asas+jmc -tu duit lagi
3. 22/10/07
4 janji duit dpt akak ngikut je
5. x caya
 
Shah, aku nasihatkan ko pegi jumpa En Mazlan dulu sebelum hantar petisyen ni, sebelum perkara lebih buruk berlaku... lengkapkan siasatan ko dulu baru bertindak, kalau tak... ko shoot blank je pada BNM... pergi tanya kenapa dilanjutkan 9 bulan, baru lah ko nak jerit "MENGAPA PERLU DILANJUTKAN 9 BULAN LAGI???" pada orang ramai...

Engkau buat petisyen buta hanya berlandaskan kata2 Jai... Ko cabar kredibiliti BNM lagi.. Jangan sampai BNM cari ahli2 pula, ahli yang dah susah bertambah susah nanti.... habiskan siasatan dulu!!! Duit yang BNM beku tak banyak.... buat apa yang ko focus sangat, kenapa tak focus pada lebihan estimated RM150 juta yang tak tau ke mana dah tu..?

Dengarlah nasihat aku for the last time...

Aku setuju:)cgrock :)cgrock :)cgrock
Shah ko dah call belum En. Mazlan mintak penjelasan dia nape dilanjutkan 9 bulan?:-? :-? :-?
 
Assalamualaikum wbt...

Sebarkan petisyen ni. Jadi apa2 pun, duit kita, bukan duit cikgureza. Masa ni lah nak bersatu. Kita tak salahkan BNM, yg kita nak BNM tahu, dia tgh siasat satu company yg melibatkan 25000 yg terinaya. Kenapa nak tambah 9 bulan lagi?? Itu yg menjadi persoalannya!!

"Bersatu teguh, bercerai roboh"

p/s: biarlah cikgu reza tu, mmg dia dah dilahirkan macam tu... dah nasib ibu mengandung dapat anak macam ni. Moga-moga Allah bagi kekuatan kat mak dia, amin...

Kepada semua ahli JNSSB,

Saya telah membuat petition online untuk kita semua tandatangani dan boleh digunakan sebagai alat untuk dihantar ke BNM. Saya juga telah memberitahu Dr Jailani tentang hal ini dan dia bersetuju.

Saya harap kita semua dapat bersatu dengan menandatangani petisyen ini.

Berikut adalah isi petisyen tersebut:

TITLE : Bebaskan Jai Network Systems Sdn Bhd daripada tuduhan BAFIA dan AMLA

To: Bank Negara Malaysia

Kami ahli Jai Network Systems Sdn Bhd (JNSSB) memohon jasa baik Bank Negara Malaysia melepaskan semua pertuduhan yang berkaitan BAFIA dan AMLA atau militan. Syarikat hanya menjalankan perniagaan jual beli yang disertai dengan perjanjian yang sah di antara tiga pihak iaitu pembekal (Bagai Wangsa Sdn Bhd), pembeli (ahli JNSSB) dan pengedar tunggal Asia Stromberg Fuel Saver (Jai Network Systems Sdn Bhd). Syarikat tidak pernah menawarkan sebarang skim pelaburan kepada kami semua!!

Syarikat hanya tidak mempunyai lesen AJL walaupun setelah berkali-kali memohon. Ambillah tindakan terhadap kes itu sahaja tetapi bukan dengan membekukan semua akaun syarikat dan menuduh syarikat di bawah akta BAFIA dan AMLA. 25000 ahli JNSSB merana, menanggung hutang, dikejar Ah Long, ditarik kereta dan macam-macam lagi musibah menimpa kami. 90 hari siasatan sudah cukup bagi membuktikan syarikat bersalah atau tidak, MENGAPA PERLU DILANJUTKAN 9 BULAN LAGI???

Di manakah letaknya kredibiliti BNM dalam menyiasat kes ini yang melibatkan puluhan ribu rakyat Malaysia yang sedang merana kerana syarikat tidak boleh berniaga? Ini melibatkan maruah dan masa depan kami dan anak-anak kami. Dengarlah rintihan ini wahai BNM....

Sincerely,

The Undersigned

Untuk menandatangani petisyen ini sila ke
http://www.petitiononline.com/jai4u/petition.html

..:::Semoga Allah memberkati usaha kita yang sedikit ini:::..

p/s: tolong sebar-sebarkan kepada semua ahli-ahli JNSSB
__________________
Sharudin @ clix.to/jaiupdates

yeah.. betul tu.. dgn dr jai sekali akan sokong korang untuk sign petitiion ni.. jgn dengar cakap aku dgn kura dan the rest of kem pembangkang.. mari kita sign je petition tu..pastu kita mogok!
sebab kecairan adalah pasti!!!

Tapi korang tunggulah 22/10 ni baru sign petition tu..keputusan belum mukatmad lagi tu..

Sebelum tu, aku dan shah serta leader2 tegar yg lain seru untuk korang lupakan pasal hutang dgn syarikat tu,sebab buat masa sekarang ni yg salah adalah BNM..sapa suruh diorang beku duit ahli!
sebab tu lah shah dan lain2 leader sekarang tgh buat gerakan mogok serta petition secara aman, iaitu untuk memudahkan kita semua melupakan masalah /hutang dgn jai..sebaliknya marilah kita focus pada mintak duit dgn BNM.. Jai tak salah..
ingat tu,jai tak salah!! duit dah takde kat Jai dah, dan semua duit ada kat BNM!!
yeah! mari kita semua tuntut pada BNM yg dengki khianat tu..

Jgn risau takkan ada apa yg akan berlaku dekat kita kalau kita buat piket untuk movement anti kerajaan camni!tarak hal punya..tak caya tanya kat shah..

lagipun selama ni aku dengki je kat bisnes jai..sebab tu lah yg aku beria2 sgt tak bagi korang join dgn provok gini.. tu jujur tu..
mcm shah and the tegar geng lainlah..diorang ikhlas, tgk akaun bank serta statement bank pun dah tau keikhlasan diorang..
tak caya tgk je kat belakang2 tu punya statement! tak ke ikhlas tu..ish..sebab diorang pun rugi banyak tu.. jgn percaya lah fitnah yg kata diorang untung besar dan dah renetry 5 kali semua tu.. kencing kuat je fitnah gitu tu..

Plus..korang semua downline2 ni nak cari upline/leader korang buat apa? kan ke shah dah anjurkan bantahan gitu..so korang jgn lah marah leader2 yg tahap wali ni (sebab diorang semua dapat mimpi serta preminition), sebab, diorang sekarang ni cuba nak buat korang marahkan BNM , tu ikhlas tu dari lubuk hati diorang..Jadi,mbila marah dgn BNM, nanati dapatlah balik duit tu..sekaligus korang bertindak rasional dengan dr.Jai pejuang bangsa..

ish..ish.ish.. kura..kau kena taubat kura..sebab fitnah internet ni lah yg akan buatkan Jai menang kat court nanti.. lebih kurang gini lah.. (sila ambil perhatian Jai punya kes yang kuat untuk menang sebab bab di bawah ini)

lAWYER jAI: Atas apakah yg membuktikan bahawa Jai ni bersalah dan siasatn perlu di lanjutkan lagi 9 bulan? adakah BNM telah berjumpa dgn sebarang bukti?

Peguam Negara: Kami takde lah jumpa apa2 bukti pun, takat baca2 dekat internet je.. dah tu cikgureza, kura,semut,otaibnm dan lain2 tu yg cerita camtu..kami percaya lah.. sebab tu yg kami nak siasat lagi 9 bulan ni..

Hah! sebab tu lah yg jai boleh menenag kalau dia fight kes ni! tanya mydesk dan rakan2 tegar dia..bila lawyer nak di hantar..sekali je cantas peguam negara tu dah mampus dah ! Bukti BNM ni bukan kuat mana pun,sebab tu lah yg Jai dah siap2 nak hnatar lawyer..Lawyer tgh siap nak pakai kot tu pun dah hah..

ingat pesan dia ye dulu "Kecairan adalah pasti.." so, samalah mcm memang nanti kut " Kemenagan adalah pasti!!"

Yg bab kura kata pasal kalau ahli semua buat mogok dekat BNM tu pun,korang abaikan lah.. dgr cakap shah yg expert tu, di tambah pulak dgn dekan University Madinah (MyDesk),sebab diorang semua dah mimpi dah tu.. ok lah tu nanti.. pegi je bantah..
mana le ada BNM nak siasat ahli pulak.. takde nyer..

Ingat ye..buat masa ni, dgr je cakap Shah and all the other tegar leader! lupakan hutang dgn Jai tu, sebaliknya mintaklah dgn pihak yg sepatutnya iaitu BNM! buatlah piket atau demo aman yg di kehendaki, dan lawanlah integriti serta kredibilit agensi kerajaan yg tak besar mana tu..

Allah sentiasa bersama orang yg benar tau, jadi,Jai ni benar lah tu,sebab tu lah sepanjang ni ok je perjalanan operasinya..
 
keruntuhan adalah pasti kot?...
satu lagi tentang ahli kitab..
ahli kitab ialah orang yang beragama kristian dan yahudi..
dalam quran disebut ahli kitab iaitu orang2 kristian dan yahudi yang menyeleweng..mereka takkkan ke syurga
ahli2 kitab ni engkar dan memusuhi allah dan rasulnya..sebab tu ia dipanggil ahli kitab..
contoh dalam surah ali imran ayat 98 : yang bermaksud ;wahai ahli kitab mengapa engkorang sume ni mengkufurkan ayat2 allah dan allah amat menyaksikan apa yang korang lakukan..
banyak lagi ayat2 alquran yang menempelak ahli kitab... so takyah ikut cara mereka der...
allah wa rasuluhu a'lam
 
Betul... kita ada Islam... kita ada Rasul... kita ada Quran... kenapa orang lain yang terang2 dilaqnat Allah kita nak ikut? Dah gile ke? Dah terang2 diorang menentang perintah Allah s.w.t... kenapa nak sanjung lagi? Walaupun dunia ni mereka pegang, takde nilainya.... kepak nyamuk tu lagi berharga dari seluruh dunia ni di kumpulkan....

Insaflah wei... sempana bulan mulia ni
 
Back
Top
Log in Register