fadhli_7997
Banned
- Messages
- 1,315
- Joined
- May 28, 2007
- Messages
- 1,315
- Reaction score
- 43
- Points
- 30
Ini sekadar pandangan/renungan.(mungkin lari dari topik). Aku rasa apa yang dilakukan oleh BNM mungkin memberi peluang kepada pengusaha program-program penipu seperti pak man telo. Yang mengalami kerugian adalah pelabur. Sedangkan pengendali senang lenang. Pengendali tak rugi satu sen pun. Malahan boleh untung lagi berjuta-juta. Apa la sangat buang daerah kan?? Apa kata sekiranya sesuatu program itu ditangkap dan bila aset dirampas dan disiasat. setelah habis siasatan, sekiranya didapati bersalah, serahkan kembali aset tersebut kepada pengendali program tersebut serta paksa pengendali program untuk membayar balik segala wang yang dilabur kepada pelabur-pelabur. Sekiranya pegendali program tidak dapat menyelesaikan wang pelabur-pelabur maka bolehlah dijatuhkan hukuman, mungkin penjara seumur hidup. Baru la lepas tu tak ada yang berani menganjurkan program-program yang tak telus. Cuma progra-program yang berniat betul sahaja yang berani buat serta berani memberi pulangan kepada pelabur. Rakyat juga ingin cuba hidup senang disamping kenaikan kos sara hidup yang kian meningkat. Ini tidak, bila dah dapat tangkap, semua aset jadi milik kerajaan. Pengendali dah untung banyak daripada duit yang mereka simpan. Sedangkan rakyat, kian tersepit. Yang kaya bertambah kaya, yang miskin akan bertambah miskin. Semua kena bayar beb. Mana ada yang free. Yang mana ada lobang senanglah hidup. Dunia hanya sementara, akirat selama-lamanya. Ingatlah...
Sekadar renungan.......
Sekadar renungan.......
