Masa senang kita KAWAN....
Assalamualaikum wbt...
Memandangkan sekarang ni banyak sangat cerita2 digembar-gembur di sana-sini, saya nak mengajak tuan puan berfikir sejenak. Kisah kali ni ialah, "Masa senang kita kawan, masa susah... kau kau...aku aku..."
Senario 1 (sebelum akaun JAI dibekukan, sebelum 17 Julai 2007)
Semuanya manis belaka. Tak wujud lagi golongan yang dikatakan "Mencari Kebenaran","Menyelamatkan Ekonomi Ummah", "Menentang Pengkhianat Bangsa", "Me..... " dan sebagainya. Masa ni boleh dikatakan JAI tengah hebat bayar SP & bonus ahli-ahli. Tak pernah lepas pun, mungkin yg bising pun sebab SP lambat bayar. Tapi bila JAI bayar, semua senyum lebar. Nak ucap terima kasih pun lupa. Tapi kalau lambat bayar, hehehe... siap la kau jai... kalau orang Melaka tu, abis dah satu kuali sumpah seranah sejebuk kat atas muka JAI.
Tak kurang juga, berpusu-pusu yang datang kursus asas dan JMC. Yang menangis pun ramai, tak payah nak kata la..."uhuk..uhuk...Dr Jai, kita sama-sama berjuang untuk orang Melayu dan Islam" kata seorang peserta kursus yang hanya dikenali sebagai En Ahlong (nama rekaan) sambil menangis teresak-esak.
Bila Dr Jai bagi speech, semua tepuk tangan kuat-kuat. Tak kurang jugak yang melaungkan,"Takbir...Allahuakbar!!!" Ada juga yang terdetik di hati,"nasib baiklah ada lagi orang Melayu yang nak memperjuangkan anak bangsanya". Tak kurang jugak yg sinis dengan perjuangan JAI. Tapi di hatinya hanya ada "Janji kau bayar SP aku, yang lain aku taknak tahu".
Masa ni, memang ramailah yang menyahut seruan JAI,"siapa nak bersama saya, angkat tangan....???" tanya Dr Jai dalam ucapan penutupnya dalam kursus asas.Woww... hampir semua yang angkat. Hebat betul semua nak berjuang. Semua nekad bahawa JAI memperjuangkan ekonomi orang Melayu. Susah senang nak bersama... Master Adzmi tanya,"kita ni umpama adik beradik, boleh tak??" Semua jawab,"Ya, boleh....!!!" MasyaAllah, hebat ahli kursus kali ni...
Begitulah perjalanan JAI dari Feb 2006 hinggalah 16 Julai 2007. Walaupun ada masalah-masalah kecil seperti JAI tersenarai dalam SC List Alert, Yaslina dan duit SP orang, Dr M resign dan sebagainya tetapi JAI masih tersergam indah di Kuantan berbekalkan semangat 25,000 ahli yang ada dan mengaku kita kawan....
Senario 2 (selepas akaun JAI dibekukan, selepas 17 Julai 2007)
Gelombang besar umpama Tsunami melanda bahtera JAI apabila sekumpulan pegawai dari BNM datang melawat Wisma Jai Network Holdings Sdn Bhd di Kuantan. Jam 330 ptg, semua akaun di bawah JAI Group dibekukan dengan 1 sms daripada Tuan Mazlan dari BNM.
Suasana menjadi tak keruan, semua ahli tercari-cari apakah yang berlaku, bagaimana duit kami, syarikat boleh berjalan semula atau tidak, siapakah dalang semua ini, dan macam-macam persoalan timbul.
Suasana di dalam laman cyber juga tidak keruan. Thread JNSSB menjadi lawatan setiap hari, tiada hari yang tidak melawat. Semua dahagakan perkembangan terbaru siasatan BNM terhadap JAI. Ada yang ketawa, ada yang sedih, ada yang risau, tak kurang juga yang bergaduh laki bini, ugut mengugut, fitnah menfitnah, dsb.
Perjumpaan tergempar diadakan sehingga 3x oleh JAI di Kuantan. Ramai leader2 yang turun. Ada jugak pakcik2, makcik2 yang dah masuk banyak duit SP dalam JAI turun demi mengetahui bagaimanakah situasi terkini siasatan. "Makcik baru 1st time masuk, tak dapat pun 1st payment lagi, tiba2 dah kene freeze. 140 ribu makcik masuk, makcik dah smbhyg istikharah, hajat tp berat ke masuk.." keluh seorang makcik dari Kuala Berang kepada Master Adzmi.
Pada masa inilah, yang dulu kawan bertukar lawan. Ramai yang goyah tentang Perjuangan JAI. Yang dulu sama-sama melaungkan Allahuakbar, sekarang hanya duduk berdiam diri, tak tahu hendak ke mana. Ada juga yang dulu hebat melaungkan perjuangan JAI, kini menjaja, "JAI tipu.... kami mahu menyelamatkan ummah, jangan ikut dah apa JAI cakap, tipu....JAI takde duit nak bayar".
Masa ni lah kalau kita nak kenal siapa kawan dan siapa SAHABAT. Masa senang kawan mari, masa susah kawan lari....
Kenapa masa dah susah baru nak kata JAI tipu???
Kenapa masa dah susah baru nak kata JAI tak berniaga???
Kenapa masa dah susah baru nak siasat siapa JAI???
Kenapa masa dah susah baru nak laungkan jangan masuk JAI???
Masa senang dulu tak kata apa pun..... kenapa???
Tuan puan yang dikasihi,
Saya menyeru kepada semua untuk menilai kebenaran orang-orang yang melaungkan perjuangan untuk mencari kebenaran. Adakah mereka ini pejuang sejati atau pejuang untuk periuk nasi sendiri sahaja???
Kepada Dr Jai, kawan senang dicari, tapi SAHABAT sukar ditemui. Inilah masanya Dr Jai nak tahu org tu KAWAN atau SAHABAT...bukan semua Kawan adalah SAHABAT... renung-renungkan....
Wassalam