ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
TUANKU SYED SIRAJUDDIN PUTRA JAMALULLAIL berkenan menyampaikan cenderamata kepada bakal haji sambil dibantu oleh Johan Abdullah (kiri) dan diperhatikan oleh Azlan Man di IKBN Kuala Perlis, Kangar, Perlis malam semalam. UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
KUALA PERLIS 8 Ogos - Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail menasihatkan jemaah haji menjaga nama baik negara semasa menunaikan fardu haji di Tanah Suci.
Titah baginda, Malaysia mendapat pujian kerajaan Arab Saudi kerana jemaah haji negara ini yang sentiasa berdisiplin, sopan dan mematuhi peraturan negara itu pada setiap musim haji.
"Tabung Haji pula amat dihargai kerajaan Arab Saudi kerana berjaya membimbing dan menguruskan jemaah Malaysia dengan baik. Keadaan ini diharap kekal dan tiada kejadian yang mencalarkan nama baik negara," titah baginda.
Tuanku Syed Sirajuddin bertitah demikian semasa merasmikan Kursus Perdana Haji Peringkat Negeri Perlis yang turuyt dihadiri oleh Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di sini malam tadi.
Sementara itu, Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan yang juga Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji Datuk Johan Abdullah berkata, sebanyak 226 umat Islam dari Perlis terpilih untuk menunaikan ibadah haji tahun ini.
Pada majlis itu Johan menyerahkan cek bernilai RM597,475.67 yang merupakan zakat perniagaan tahun 2014 bagi negeri Perlis kepada Tuanku Syed Sirajuddin untuk Baitulmal Negeri. – BERNAMA