BTC USD 63,533.9 Gold USD 4,463.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jadikan rumah flat macam zoo

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Penduduk Flat Taman Perumahan Rakyat, Lima Kedai, tidak selesa sikap seorang penghuni yang memelihara monyet di hadapan rumah
< 1 / 1 >
GELANG PATAH - Penduduk Flat Taman Perumahan Rakyat, Lima Kedai, di sini, bengang dengan sikap penyewa yang keras kepala bertindak memelihara haiwan liar di kawasan perumahan.

Pengerusi Jawatankuasa Penduduknya, Abdul Latiff Arshad berkata, ada penyewa memelihara monyet dan diikat di luar rumah iaitu di kawasan kaki lima yang mengundang masalah kebersihan memandangkan ia turut dijadikan laluan oleh penduduk lain.

Menurutnya, bukan sahaja monyet ada juga penghuni di salah sebuah blok flat perumahan itu turut memelihara anjing yang ditempatkan dalam sangkar di luar rumah.

Jelasnya beliau dan penduduk lain pernah bertemu dengan penyewa terbabit dan menasihatkan tidak memelihara haiwan yang tidak sesuai memandangkan kawasan ini adalah perumahan jenis bertingkat, selain kedudukan setiap kediaman juga terlalu hampir.

“Walaupun monyet itu diikat, namun kami khuatir jika haiwan itu terlepas lebih-lebih lagi ketika tuannya tiada di rumah sudah tentu mengancam keselamatan penduduk di sini terutamanya kanak-kanak. Ia berbeza jika kawasan rumah teres atau di kampung setiap rumah
dipisahkan pagar atau kedudukannya tidak terlalu hampir seperti rumah strata.

“Begitu juga memelihara anjing di rumah flat dianggap tidak sesuai, pemilik haiwan perlu bertolak-ansur dengan penghuni lain,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Beliau juga memaklumkan selain terdapat penghuni yang memelihara haiwan yang tidak sesuai di flat, kawasan berkenaan kerap di ganggu dengan isu anjing liar yang berkeliaran.

Tambahnya, ibu bapa turut risau keselamatan anak mereka terutama ketika pergi atau pulang sekolah.

“Pernah juga seorang kanak-kanak yang pulang dari sekolah tercedera akibat terjatuh kerana dikejar anjing. Mujur kejadian itu disedari salah seorang penduduk di sini jika tidak mungkin dia juga tercedera kerana diserang haiwan itu.

“Tidak dinafikan, pihak berkuasa tempatan (PBT) memberikan kerjasama mengatasi masalah anjing liar namun isu ini berulang kembali. Kami tidak pasti dari mana haiwan itu datang kemungkinan dari ladang berhampiran atau ditinggalkan pemiliknya di sini,” katanya.

Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT) Salehuddin Hassan berkata, memelihara haiwan di rumah jenis bertingkat seperti di Flat Perumahan Rakyat Lima Kedai adalah tertakluk kepada peraturan ditetapkan Badan Pengurusan
Bersama (JMB).

“Lebih-lebih lagi memelihara haiwan liar seperti monyet juga tertakluk kepada peraturan ditetapkan pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan). Memelihara anjing di rumah jenis strata juga disifatkan tidak sesuai.

“Kami nasihatkan pihak JMB atau jawatankuasa penduduk perumahan terbabit membuat aduan kepada Suruhanjaya Bangunan (COB) supaya kami dapat membantu mereka menjalankan tindakan kepada pemilik haiwan terbabit,” katanya.

Salehuddin berkata, pihaknya turut menjalankan tindakan berterusan untuk mengatasi masalah anjing liar di seluruh kawasan di bawah seliaan MPJBT.
 
kenapa bela monyet?

kerja cari buah kelapa ke?
setau aku monyet nie walupun jinak tetapi bole jadi merbahaya tiba-tiba..

lagi2 sejak movie Rise of Planet Apes yg menjadi galakan kepada monyet2 di luar sana untuk memberontak dan mengambil alih dunia..

hati2 la dengan monyet anda.. mereka ada agenda sendiri.
 
Back
Top
Log in Register