BTC USD 63,323.9 Gold USD 4,327.97
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jackson sewa rumah £1 juta

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
LONDON - Raja pop, Michael Jackson (gambar) membayar £1 juta (RM5.29 juta) bagi menyewa sebuah rumah mewah Foxbury Manor di Kent ketika konsertnya diadakan di sini pada Julai depan, lapor sebuah akhbar semalam.

Rumah itu terletak 32 kilometer dari Gua Chislehurst yang sering dilapor oleh media tempatan sebagai tempat berhantu.

Bagaimanapun, sistem keselamatan rumah Jackson yang mempunyai beratus-ratus kamera litar tertutup mungkin memberinya ketenangan.

Penyanyi itu menghantar seorang krew ke England pada bulan lalu bagi mencari sebuah tempat yang sesuai ketika dia mengadakan persembahan di Arena O2, London.

Jackson yang terkenal menerusi lagu seperti Beat It itu dijadual beraksi dalam konsert pertamanya pada 8 Julai depan.

"Rumah mewah bernilai £15 juta (RM79 juta) milik seorang hartawan Turki itu adalah sebuah rumah peribadi dan ia bukan untuk disewa.

"Hartawan itu tidak mahu wang Jackson tetapi dia ia boleh mendatangkan keuntungan pada kemudian hari jika penyanyi itu tinggal di rumah tersebut," kata satu sumber.

Keluarga hartawan itu melarang Jackson membuat ubah suai terhadap bangunan utama tiga tingkat namun Jackson difahamkan akan menghantar satu pasukan pereka dalaman bagi membaiki kuarters pekerja yang terletak bersebelahan bangunan tersebut. - Agensi
 
x nak ke dia sewa umah aku ek...
 
aku nak offer rumah aku gak aaaa.. hehehehe
 
sewa mahal kemain... mmg membazir la.
dok kat umah aq xyah bayor la jacko.
pree je........
 
giler apa dier tue.........

bagus kasi derma duit tue..........
 
Back
Top
Log in Register