BTC USD 63,599.2 Gold USD 4,342.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jackman berlakon filem Wolverine di Sydney

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,505
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,505
Reaction score
38,198
Points
2,836
du_05.1.jpg


JACKMAN (tengah), Mangold (kanan) dan Gillard berjalan di set penggambaran filem Wolverine di Sydney semalam

SYDNEY - Pelakon terkenal Hollywood, Hugh Jackman akan memulakan lakonan dalam filem siri aksi terbaharu Wolverine di sini pada minggu depan.

Bagaimanapun, pelakon utama wanita dalam filem tersebut masih belum diketahui.

"Saya berasa gembira berada di tanah air," kata Jackson kepada pemberita di set penggambaran filem tersebut semalam.

Dia berkata, menjalani penggambaran filem di tanah air merupakan antara penghormatan terhebat yang pernah dialaminya sepanjang kerjayanya sebagai pelakon.

Pengarah filem itu, James Mangold menolak laporan bahawa penarikan aktres Jessica Biel sebagai pelakon utama wanita dibuat pada saat akhir.

Namun, dia enggan memberi komen tentang siapa yang akan memegang watak penjahat mutan Viper.

Filem itu akan menjalani penggambaran di sini selepas memperoleh bantuan kewangan daripada kerajaan Australia sebanyak AS$13.2 juta (RM41.79 juta).

Jackman, 43, bergurau bahawa Perdana Menteri Australia, Julia Gillard mungkin mempunyai peranan dalam filem tersebut yang mempunyai adegan Wolverine pergi ke Jepun.

Dia menyatakan demikian semasa Gillard melawat lokasi penggambaran filem itu. - AFP
 
boleh fight dgn first class ker? setakat ni first class terbaik
 
Pergh dpt sumbangan juta2 tu..msti best neh.
 
Back
Top
Log in Register