dhiaperfumes
CG Top Poster Club

- Messages
- 41,571
- Joined
- Nov 12, 2009
- Messages
- 41,571
- Reaction score
- 63
- Points
- 120
PELAKON cantik, Izara Aishah memberitahu dia bakal sibuk menjalani latihan menari sebagai persiapan untuk projek terbarunya dalam sebuah filem yang mengetengahkan elemen, Showdown The Movie, Jun ini.
Kata Izara, bermula minggu depan, masanya akan tertumpu dengan latihan tarian yang dilakukan bersama pakar tari, Pat Ibrahim.
"Saya betul-betul teruja untuk mulakan penggambaran ini kerana saya memang suka genre filem ini. Mujurlah saya ada pengetahuan asas mengenai bidang tarian dan ia sedikit sebanyak membantu saya untuk jayakan filem ini dengan baik.
"Dalam filem ni saya akan menari tarian kontemporari dan saya memang tidak sabar mahu mulakan penggambaran yang akan berjalan pada bulan Jun ni,” katanya.