BTC USD 84,168.0 Gold USD 4,266.82
Time now: Jun 1, 12:00 AM

item closed already

mohon cadangan tuan
sekiranya boleh peguam tuan yang menang kes saman ke atas cimb itu
untuk kita kumpulkan semua pelanggan cimb yang tidak berpuas hati dengan cimb
kita saman cimb beramai ramai
boleh ke tuan?

member yg menang saman tu adalah lawyer.:D mengenai kes bro tu nanti saya tlg sampaikan tgk respon dia mcmana.:)
 
Mengikut ilmu hutang piutang aku yg cetek lagi tak berapa nk dalam ni, interest bagi hutang kete akan dikira per tahun (per annum, bukan anmum, anmum tu susu utk ibu2 bunting sblm beranak)
Jadi, klw TT bayar lebihan RM36 sebulan, setahun ada dalam floating account RM432.

So, TT ada choice utk bayar menggunakan amount ni (dengan syarat amount simpanan melebihi monthly payment).
Urusan ni hanya blh buat kat KAUNTER HIRE PURCHASE.
Klw kat kaunter kakak yg suka mekap front desk biasa tu, dorg hanya blh collect monthly basis.

Slalunye kaunter hire purchase ni ada kat tingkat atas bank tu..

Ok berbalik kepada duit lebihan.. So, katakan utk tahun tu TT ada lebihan sebanyak RM500 (katakan tau),
so amik amount ni tolak pada total outstanding kete, pastu darabkan interest yg ditandatangani masa amik loan dulu pastu dibahagi dengan balance bulan yg harus dibayar..

So, TT akan nampak monthly akan kurang, tp dalam sen je..

Ini adalah salah satu sebab kenapa interest bank di kire annum (p.a), dan mmg takkan ada bank offer monthly interest.


=======

Tapi antara concern TT yg lain yg aku faham, TT nk tya kat mana dorg "letak sementara duit lebihan tu"? betul?
Itu klw tya Pengurus Besar Cawangan Bank Bahagian Pusat Merangkumi Kawasan Sekitar Lembah Klang, merangkap AJKKKKKKK pun, dorang akan jawab, "mintak maap la incik, ini system yg uruskan"..
 
saya guna CIMB jugak
tapi selalu bayaq guna cimb clicks la :)
bayaq jumlah yg tepat rm520.40 (contohnya la...)
 
Kesimpulannya, klw TT nk bayar selain dari kat Kaunter Hire Purchase tu, tetiap bulan WAJIB BAYAR tanpa ada miss, walaupun ada lebihan yg berlebih2han..

Tp kalau pegi ke Kaunter Hire Purchase, yang WAJIB tadi boleh di convertkan menjadi Sunat Muaakat :))
 
tt,

sebenarnya ni bukan benda baru
sistem HP ni dah wujud berpuluh tahun lamanya sejak CDM/CDT dicipta
memang customer susah nak byr bayaran tepat kalau di mesin
selalunya customer akan bayar lebih sedikit dari total monthly installment
nak byr secara tepat sila ke kaunter / online / cheque deposit
katakan monthly installment rm656
nak taknak kat mesin kenala deposit rm660
sebab mesin takkan terima HP deposit yg kurang dari amaun dlm agreement
kalau jolok jugak kurang dari amaun tu, mesin akan otometik reject
walaupun bulan yg sebelumnya kita ada terlebih byr
itu disebabkan standard setting yg dipersetujui oleh Bank Negara
balance rm4 tu akan jadi terkumpul dlm 'advanced payment' yg customer takkan nampak, hanya staff bank saja yg bleh view
'advanced payment' tu tetap ada dlm akaun HP customer
adalah tak benar kalau org ckp duit lebih tu masuk ke akaun yg lain
 
Dasar automotif negara yang vodoh.
Sistem pengangkutan awam yang daif.
Beli kereta dengan cukai yang melampau.
Beli secara pinjaman riba.
Sistem perbankan yang zalim.

apa yang aku berleter ni ?...
 
aku pun custumer cimb jugak pernah bayar lebih drp jumlah sepatut bayar bulanan tu tp aku check penyata akaun masuk jer duit yang aku bayar lebih tu dalam akaun loan aku..
 
menurut kawan hamba di cimb..duit lebihan bayar tu tetap ada cuma dalam keadaan apungan sehingga nilainya sama dgn nilai bayaran bulanan kenderaan maka akan terus dikreditkan ke loan kenderaan tersebut..sedar tak sedar tuan dah bayar double payment pada bulan yang ckup untuk apungan tu jatuh..cdm mmg terima nilai yang sama dalam agreement hire purchase atau lebih sahaja..
 
menurut kawan hamba di cimb..duit lebihan bayar tu tetap ada cuma dalam keadaan apungan sehingga nilainya sama dgn nilai bayaran bulanan kenderaan maka akan terus dikreditkan ke loan kenderaan tersebut..sedar tak sedar tuan dah bayar double payment pada bulan yang ckup untuk apungan tu jatuh..cdm mmg terima nilai yang sama dalam agreement hire purchase atau lebih sahaja..

Agreed. Boleh refer Hire Purchase agreement. Klu ikut kwn saya yg bekerja sbg Financial Advisor, sblm kita sign agreement tu, kita ada hak utk go thru evry clause dlm agreement minta dia baca n xplain satu satu clause tu (yg biasanya org tak buat). Kita da byr lawyer fee dlm tu, tp tak guna service tu..
 
TT.
Saya rasa semua bank menggunakan kaedah yang sama, ini berdasarkan semakan yang saya selalu buat apabila dibenarkan membuat bayaran dikauter.

AMBANK dan PUBLIC BANK tiada halangan bayaran dikaunter.

Selalunya saya akan tanya berapa yang saya perlu bayar?
Kerani kaunter akan semak dan cakap.. "bulan ni encik hanya peru bayar sekian sekian sebab ada lebihan bayaran".

betul psl PUBLIC BANK tu.. saya pn takde masalah mmbyr di kaunter
 
Back
Top
Log in Register