CAPE TOWN, (AFP) - Penjaga gol utama Itali, Gianluigi Buffon kini menjadi salah seorang lagi nama besar yang bakal terlepas aksi Piala Dunia setelah mengalami kecederaan belakang sewaktu seri 1-1 dengan Paraguay.
Pemain berusia 32 tahun itu digantikan dengan Federico Marchetti dan jurulatih, Marcello Lippi berkata ia terlalu
awal untuk mengetahui sejauh mana tahap keseriusan kecederaan itu.
"Beliau mengadu kesakitan ketika memanaskan badan dan beliau berkata mahu bermain, tetapi selepas babak pertama beliau berkata
tidak mampu meneruskannnya.
"Saya tidak tahu sejauh mana seriusnya kecederaan itu atau berapa lama untuk beliau pulih. Para doktor akan beritahu kami mengenainya," ujar Lippi.
Aduyai...