italy kali ini tidak sebagus 4 tahun lepas. dengan new zealand pun hanya mampu seri.
Ape yg aku tgk Italy tetap kuat dibahagian pertahanan dan tengah, cuma bahagian serangan dan penyudah yang tumpul.
Italy kini tiada ada penyerang dan penyudah yang hebat seperti Roberto baggio, del piero, christian veiri, inzaghi, francesso totti, schillaci. mereka adalah pemain hebat yang boleh menjaringkan gol dari sudut sukar.
cuba tengok pemain yang sertai world cup 2006 iaitu fabio cannavaro, zambrotta, andrea pirlo, grasso. mereka inilah masih menunjukkan kehebatan. rasanya kalau dorg ni takda, dah bungkus dah italy ni.
tapi jangan bimbang sangat sebab biasanya Italy memang lambat panas, jika mereka dapat harungi pusingan pertama ini, kekuatan mereka akan semakin terserlah.
Harap Italy dapat mengekalkan kejuaraan mereka.
Go go Italy...!!!!!!!!!!!!!!!