dalam perbincangan ini, soalan yang ditanya adalah terang & jelas.
Yang mana satukah yg paling penting antara perkara-perkara berikut
1. Politik
2. Ekonomi
3. Pendidikan
4. Agama
5. Sosial
jadi,sebenarnya persoalan ini menguji minda kita, adakah kita akan berhujah atau memberikan pendapat berdasarkan kepada fakta fakta atau lebih kepada emosi semata mata. Persoalan yg mudah ini sahaja sudah mengundang pelbagai persepsi, tangkapan, andaian yang boleh mendatangkan ketidakharmonian sesama kita.
Disini bila mengatakan politik
apakah itu politik ?
Politik adalah proses dan cara membuat keputusan untuk sesuatu kumpulan. Walaupun ia biasanya digunakan bagi merujuk kepada kerajaan, tingkah laku politik juga boleh didapati di korporat, akademik, agama, dan institusi lain.
Disini bila berbicara politik...terdapat 2 kemungkinan...mungkin politik yang berlandaskan islam bagi negara22 islam atau politik yg langsung tidak berlandaskan islam....bagi negara22 yg bukan berteraskan islam). Sebagai islam....sekiranya kita berada dalam negara yang berlandaskan islam, kita patut bersyukur....kerana syariat islam dapat ditegakkan dengan baik. Bagaimana kalau negara tersebut yg tidak berlandaskan islam....contoh yg dekat thailand & singapura.
Tetapi itu pun bukan persoalan yg besar....walaupun negara thailand & singapura ....islam bukanlah rujukan mereka...
Tetapi rakyat thailand / singapura....yg islam...masih dapat menunaikan ajaran islam dan meninggalkan larangannya. Adakah itu tidak memadai bagi mereka. Bagaimana kalau negara thailand / singapura meletakkan agama selain islam sebagai yg paling penting. Bagaimana....
Justeru itu....kestabilan politik adalah penting samada politik islam /tidak islam....kerana politik yang stabil pencetus kepada yg lain.
Walaupun politiknya adalah acuan islam....tetapi pemimpin bercakaran...berebut kuasa.....adakah islam itu akan berkembang...
Dengan politik yang stabil....rakyat mempunyai ekonomi yg mantap, pendidikan, agama, dan sosial.
Agama (disini tidak dinyatakan samada islam/kristian/hindu/buddha)
sebagai islam....pastilah kita meletakkan islam sebagai yg paling penting. Itu tidak dinafikan. Seharusnya islam itu, diaplikasikan dalam segala bentuk...ekonomi, pendidikan, sosial, seperti yang hangat diperkatakan.islam itu syumul....
Bagaimanapula kepada yg bukan non muslim...bagaimana kalau mereka jugak meletakan kristian/buddha/hindu sebagai yg paling penting. Tidak menjadi kesalahan sekiranya mereka memilih agama, kerana itu adalah kepercayaan mereka.
Tetapi di malaysia kita perlu berbangga kerana dalam perlembagaan malaysia jelas meletakkan islam sebagai agama persekutuan.
Tetapi dalam konteks kenegaraan .....bagaimana
bila membicarakan konteks kenegaraan.
Apakah itu negara???
Secara asasnya....negara adalah mengandungi tanah, rakyat, undang2 & kedaulatan.
Begitu juga dengan pilihan agama...disini jelas tidak meletakkan agama itu samada sebagai islam/kristian/buddha/hindu...
Justeru terpulang kepada anda.....
Adakah anda berhujah....berdasarkan kepada fakta atau auta atau emosi semata mata.....
Anda sendiri bole menilainya................