TXT
CG Super Hardcore Club






- Messages
- 459,502
Paid Membership
- Joined
- Mar 15, 2010
- Messages
- 459,502
- Reaction score
- 38,198
- Points
- 2,836
Kajian Kebolehlaksanaan Projek Terowong Bawah Laut Dijangka Siap Julai Ini
GEORGE TOWN, 9 Mei - Laporan kajian kebolehlaksanaan Projek Terowong Bawah Laut Pulau Pinang, yang menghubungkan Persiaran Drive di bahagian pulau dan Bagan Ajam di tanah besar, dijangka siap Julai ini
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri Lim Hock Seng berkata setakat ini, semua kajian termasuk kajian hydrolik dan geologikal oleh kontraktor projek telah 83 peratus siap
"Selepas siap dengan laporan kajian kebolehlaksanaan, pihak Consortium Zenith-BUCG Sdn Bhd akan mula dengan reka bentuk terperinci projek terowong yang akan dibina sekurang-kurang 20 meter di bawah dasar laut," katanya kepada pemberita di sini hari ini
Beliau berkata semua kerja-kerja projek itu termasuk tiga jalan utama berjalan mengikut jadual
Lim berkata terowong sepanjang 7.2 kilometer yang mempunyai empat lorong itu dijangka siap mengikut jadual iaitu 2025
Lim juga menerangkan bahawa projek terowong termasuk tiga jalan utama yang bernilai RM6.341 bilion itu, telah disalah tafsir oleh Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional Datuk Abdul Rahman Dahlan
Beliau berkata nilai RM305 juta adalah bagi kajian kebolehlaksanaan, reka bentuk terperinci dan kajian impak alam sekitar
"Kos untuk kajian kebolehlaksanaan bagi tiga projek jalan-jalan utama adalah RM31.269 juta manakala kos kajian kebolehlaksanaan bagi projek terowong ialah RM20 juta, menjadikan jumlah kajian kebolehlaksanaan RM51.269 juta iaitu 0.93 peratus daripada kos pembinaan," katanya
Lim yang menjawab persoalan Abdul Rahman juga berkata jumlah RM135 juta yang dibayar kepada sebuah syarikat swasta merupakan bayaran kemajuan kajian dan reka bentuk terperinci yang dijalankan
Jumaat lepas, Abdul Rahman yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan meminta kerajaan DAP Pulau Pinang menjelaskan kenapa jumlah kos bagi laporan kajian kebolehlaksanaan Projek Terowong Bawah Laut Pulau Pinang mencapai hingga RM305 juta
Projek terowong dasar laut ialah satu daripada pelan jangka panjang empat fasa bagi mengatasi kesesakan trafik yang agak kronik di Pulau Pinang
GEORGE TOWN, 9 Mei - Laporan kajian kebolehlaksanaan Projek Terowong Bawah Laut Pulau Pinang, yang menghubungkan Persiaran Drive di bahagian pulau dan Bagan Ajam di tanah besar, dijangka siap Julai ini
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri Lim Hock Seng berkata setakat ini, semua kajian termasuk kajian hydrolik dan geologikal oleh kontraktor projek telah 83 peratus siap
"Selepas siap dengan laporan kajian kebolehlaksanaan, pihak Consortium Zenith-BUCG Sdn Bhd akan mula dengan reka bentuk terperinci projek terowong yang akan dibina sekurang-kurang 20 meter di bawah dasar laut," katanya kepada pemberita di sini hari ini
Beliau berkata semua kerja-kerja projek itu termasuk tiga jalan utama berjalan mengikut jadual
Lim berkata terowong sepanjang 7.2 kilometer yang mempunyai empat lorong itu dijangka siap mengikut jadual iaitu 2025
Lim juga menerangkan bahawa projek terowong termasuk tiga jalan utama yang bernilai RM6.341 bilion itu, telah disalah tafsir oleh Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional Datuk Abdul Rahman Dahlan
Beliau berkata nilai RM305 juta adalah bagi kajian kebolehlaksanaan, reka bentuk terperinci dan kajian impak alam sekitar
"Kos untuk kajian kebolehlaksanaan bagi tiga projek jalan-jalan utama adalah RM31.269 juta manakala kos kajian kebolehlaksanaan bagi projek terowong ialah RM20 juta, menjadikan jumlah kajian kebolehlaksanaan RM51.269 juta iaitu 0.93 peratus daripada kos pembinaan," katanya
Lim yang menjawab persoalan Abdul Rahman juga berkata jumlah RM135 juta yang dibayar kepada sebuah syarikat swasta merupakan bayaran kemajuan kajian dan reka bentuk terperinci yang dijalankan
Jumaat lepas, Abdul Rahman yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan meminta kerajaan DAP Pulau Pinang menjelaskan kenapa jumlah kos bagi laporan kajian kebolehlaksanaan Projek Terowong Bawah Laut Pulau Pinang mencapai hingga RM305 juta
Projek terowong dasar laut ialah satu daripada pelan jangka panjang empat fasa bagi mengatasi kesesakan trafik yang agak kronik di Pulau Pinang
Teruskan, kata Guan Eng kepada Gerakan
Teruskan, kata Guan Eng kepada Gerakan
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng tidak tergugat dengan ancaman saman Gerakan bagi menyekat pembinaan tiga laluan utama yang menghubungkan terowong dasar laut antara bahagian pulau dan Seberang Prai.
![]()
"Kalau mereka nak buat, teruskan," kata Lim pada sidang media di George Town hari ini.
Bagaimanapun, Lim berkata, dia tidak tahu bagaimana sebuah kerajaan negeri boleh disaman ketika projek itu diserahkan melalui tender terbuka.
Amalan itu kata Lim bermaksud kontrak terbabit diberikan kepada firma yang menawarkan harga paling rendah.
"Tambahan pula semasa melaksanakan projek itu kerajaan negeri mematuhi semua norma tempatan dan antarabangsa. Jadi bagaimana boleh ada salah laku?" katanya.
Justeru kata setiausaha agung DAP itu, kerajaan negeri menunggu tindakan saman berkenaan daripada Gerakan kerana yakin tiada apa yang ingin disembunyikan.
Lim membuat komentar itu merujuk kepada kenyataan Naib Presiden Gerakan, Dominic Lau, yang mendakwa partinya sedang mempertimbangkan cadangan memfailkan injunksi mahkamah bagi menghalang projek bernilai RM6.34 bilion itu.
Ia dijangka siap menjelang 2030.
Kata Lau, peguam Gerakan sedang mengkaji kes berkenaan dan langkah mengemukakan permohonan itu bergantung kepada hasil siasatan terhadap dakwaan rasuah, salah laku, dan penyelewengan dana awam.
Tuduhan itu dikecam hebat Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.
Kata Chow, Lau sengaja bertindak begitu untuk mensabotaj projek kerajaan negeri yang memberi faedah kepada rakyat.
Sumber : Malaysiakini
Kos Kajian Terowong Dasar Laut Lebih Rendah Jika P.Pinang Minta Bantuan Persekutuan
Kos Kajian Terowong Dasar Laut Lebih Rendah Jika P.Pinang Minta Bantuan Persekutuan
NIBONG TEBAL, 20 Mei - Kos kajian terowong dasar laut Pulau Pinang boleh dikurangkan sekiranya kerajaan DAP tidak bertindak sendiri, sebaliknya meminta bantuan kerajaan Persekutuan dalam usaha membangunkan negeri ini
Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata dengan adanya bantuan kerajaan Persekutuan menerusi Jabatan Kerja Raya (JKR), kos lebih RM300 juta untuk kajian pembinaan terowong itu sudah pasti menjadi lebih rendah
"Kos melantik konsultan asing amat tinggi, sedangkan kerajaan persekutuan memiliki kepakaran dalam bidang berkaitan menerusi JKR," katanya kepada pemberita di sini, hari ini
Mengenai Laporan Ketua Audit Negara 2015 berhubung perumahan di negeri ini, Zainal Abidin berkata kelemahan dalam menyelenggara dasar 30 peratus kuota bumiputera boleh menjejaskan hak rakyat bumiputera memiliki kediaman sendiri di Pulau Pinang
Laporan Ketua Audit Negara 2015 Siri 1 yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada Rabu, antara lain menyatakan bahawa pemilikan hartanah Bumiputera tidak mencapai 30 peratus
Selain itu, status pembeli unit Bumiputera tidak disahkan, unit Bumiputera dijual kepada bukan Bumiputera sebelum kelulusan pelepasan dan akaun Amanah Perumahan Bumiputera Pulau Pinang tidak dibelanjakan
Terdahulu, Zainal Abidin menyerahkan bantuan elaun sara hidup kepada 830 nelayan Pertubuhan Nelayan Kawasan Seberang Perai dengan nelayan Zon A menerima elaun bulanan sebanyak RM300 dan nelayan Zon B menerima RM250
Kerajaan Pulau Pinang Diminta Jelaskan Isu Kos Terowong Dasar Laut
Kerajaan Pulau Pinang Diminta Jelaskan Isu Kos Terowong Dasar Laut
GEORGE TOWN, 17 Mei - Kerajaan DAP Pulau Pinang diminta memberi penjelasan mengapa anggaran kos pembinaan terowong dasar lautnya lebih mahal sehingga 250 peratus berbanding kos terowong Smart di Kuala Lumpur
Muhammad Farid Saad (BN-Pulau Betong) berkata kos pembinaan terowong Smart sepanjang 9.7 kilometer (km) yang siap pada Mei 2007 hanya RM1.93 bilion, manakala anggaran kos terowong Pulau Pinang ialah sebanyak RM3.6 bilion
"Jika kita boleh mengunjurkan kadar kenaikan harga (lima peratus setiap tahun bagi tempoh sembilan tahun) berdasarkan pembinaan terowong yang lebih panjang dibina di tengah-tengah Kuala Lumpur, kos pembinaan terowong ini hanya RM2.007 bilion (RM2,007,000,000)
"Saya sedar cara pengiraan ini boleh dipertikai, mungkin nanti exco boleh jelaskan," katanya ketika membahaskan usul terima kasih ucapan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas pada persidangan DUN di sini hari ini
Beliau berkata selain itu, terowong SMART juga lebih panjang berbanding terowong dasar laut yang dijangkakan hanya 7.2km
"Secara perbandingan juga, untuk satu kilometer terowong dasar laut kosnya mencecah RM500 juta, berbanding kira-kira RM199 juta bagi satu kilometer terowong SMART, sedangkan pembinaan terowong SMART adalah di tanah batu kapur serta dalam persekitaran populasi dan bangunan yang tinggi," katanya
Sementara itu, Muhammad Farid turut menggesa kerajaan negeri menjelaskan baki pembayaran kos kajian kebolehlaksanaan, reka bentuk terperinci dan impak alam sekitar projek terowong itu akan dibuat kepada Konsortium Zenith BUCG (Zenith)
Beliau berkata baki yang belum dan perlu dibayar untuk kerja dilaksanakan Zenith itu sehingga 15 Feb 2015 adalah kira-kira RM70 juta
"Disebabkan kaedah pembayaran atau kos bagi menjalankan kajian ini adalah menerusi pemberian tanah, maka kita mahu penjelasan tanah mana lagi yang akan diberikan kepada Zenith," katanya
Kerajaan P.Pinang Pelawa Abdul Rahman Untuk Teliti Dokumen Projek
Kerajaan P.Pinang Pelawa Abdul Rahman Untuk Teliti Dokumen Projek
GEORGE TOWN, 12 Mei - Kerajaan pimpinan DAP Pulau Pinang hari ini mempelawa Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan untuk hadir sendiri melihat dokumen projek tiga jalan utama dan terowong dasar laut
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri Lim Hock Seng berkata segala persoalan telah dijawab namun Abdul Rahman masih mengulangi pertanyaan yang sama
"Abdul Rahman tidak memahami penjelasan yang diberikan oleh kerajaan negeri dan sehubungan itu, kerajaan negeri ingin mempelawa beliau untuk datang sendiri melihat dokumen-dokumen yang berkaitan bagi memuaskan hati beliau," katanya dalam kenyataan di sini hari ini
Beliau berkata sebarang pertanyaan berkenaan Astral Supreme Bhd dan Wira Syukur (M) Sdn Bhd akan dijawab oleh pihak Consortium Zenith BUCG Sdn Bhd (CZBUCG)
Kajian kebolehlaksanaan sememangnya telah dijalankan oleh CZBUCG dan merupakan skop Request for Proposal (RFP) terbuka dan termaktub di dalam Perjanjian, katanya
"Untuk memastikan Kajian Kebolehlaksanaan dibuat secara teratur dan telus, kerajaan negeri telah melantik perunding teknikal bebas untuk menyemak kajian yang dilaksanakan dan menasihati pihak kerajaan negeri Pulau Pinang," katanya
Sementara itu, Lim juga menerangkan bahawa daripada keseluruhan 20.23 kilometer jalan yang akan dibina itu, 1.7 kilometer merupakan terowong, 8.72 kilometer jalan bertingkat dan 9.81 kilometer pada paras tanah
"Lokasi jalan-jalan ini terletak berasingan dan reka bentuk perlu diberi penelitian untuk mengurangkan impak sosial kerana jajaran melalui kawasan penempatan berkepadatan tinggi. Di sepanjang 20.23 kilometer panjang jajaran terdapat 14 tukar antara (interchange), manakala terowong dasar laut hanya mempunyai dua tukar antara," katanya
Mengenai soalan Abdul Rahman berhubung konsesi tol selama 30 tahun diberikan kepada CZBUCG untuk terowong dasar laut, Lim berkata ia merupakan satu kaedah untuk menampung kos pembinaan selain pemberian milik tanah seluas lebih kurang 44 hektar
Sekiranya konsesi tol selama 30 tahun itu tidak diberikan, pihak CZBUCG tidak akan dapat menampung kos pembinaan terowong berkenaan, katanya
Selasa lepas, Abdul Rahman yang juga Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) mempersoalkan mengapa kos kajian kebolehlaksanaan bagi tiga jalan di negeri itu bernilai RM31 juta, sedangkan Projek Terowong Dasar Laut yang lebih sukar dan berisiko pula menelan belanja RM20 juta
Beliau juga mahu tahu mengapa syarikat sama yang diberikan projek itu, turut diberi tanggungjawab melakukan kajian bagi menentukan sama ada projek mereka mampu dilaksanakan atau mesra alam
Cadangan Projek Terowong Dasar Laut P.Pinang Perlu Dinilai Semula - Teroka
GEORGE TOWN, 12 Mei - Pertubuhan Warisan Tanah dan Teroka Bandar (Teroka) menggesa kerajaan DAP Pulau Pinang menilai semula cadangan projek terowong dasar laut yang menghubungkan Persiaran Gurney di bahagian pulau dan Bagan Ajam di tanah besar
Pengerusinya Dr Muhammad Azrul Zabidi berkata cadangan pembinaan terowong dasar laut itu bukanlah satu pendekatan yang mampu menyelesaikan masalah kesesakan jalan raya untuk jangka masa panjang memandangkan jumlah penduduk Pulau Pinang dijangka mencecah tiga juta orang menjelang 2040
Katanya, terowong dasar laut itu dilihat sebagai usaha pembangunan yang tidak mampan kerana Pulau Pinang telah mempunyai dua jambatan yang menghubungkan bahagian pulau dan tanah besar
"Projek terowong dasar laut ini dilihat tidak berbaloi dengan bebanan yang terpaksa ditanggung oleh penduduk negeri ini termasuk isu kemusnahan alam sekitar akibat Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) secara keseluruhannya
"Pihak kerajaan negeri sebaliknya perlu menumpukan kepada sistem pengangkutan awam berkos rendah atau sederhana iaitu sistem rangkaian bas awam yang menawarkan perkhidmatan laluan utama, laluan penghantar dan laluan dalam bandar," katanya dalam kenyataan di sini hari ini
Muhammad Azrul berkata pembinaan terowong dasar laut itu juga bakal menjejaskan bukan sahaja penduduk di negeri ini terutamanya para nelayan malah alam sekitar terutama ekosistem hidupan laut kerana melibatkan projek penambakan laut yang dijangka mencecah 40.47 hektar dalam PTMP
Selain itu, beliau berkata projek terowong dasar laut itu turut melibatkan konsesi selama 30 tahun yang memerlukan pengguna membayar tol sedangkan sebelum ini kerajaan negeri sering menonjolkan sifat kebajikan mereka dengan mendesak penghapusan tol di lebuh raya utama negara
Projek terowong dasar laut sepanjang 7.2 kilometer yang menelan belanja sebanyak RM6.3 bilion itu ialah satu daripada pelan jangka panjang empat fasa bagi mengatasi kesesakan trafik yang agak kronik di Pulau Pinang dan dijangka siap pada 2025
Skandal terowong dasar laut: Kerajaan DAP PP tutup mulut
GEORGETOWN: Kerajaan DAP Pulau Pinang memutuskan, mulai hari ini tidak akan memberi sebarang maklum balas mengenai skandal terowong dasar laut dan tiga lebuh raya bernilai RM6.3 bilion yang menimbulkan pelbagai kontroversi.
Ketua Menteri, Lim Guan Eng, berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira keengganan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong memberi maklum balas ke atas 10 tuntutan dikemukakan kerajaan negeri.
Sehubungan itu, katanya, tiada keperluan bagi pentadbirannya untuk menyangkal sebarang dakwaan atau tuduhan berhubung projek mega dianggar bernilai RM6.3 bilion yang dikemukakan pemimpin Barisan Nasional (BN).
"Saya terkejut bagaimana Ka Siong boleh mendapat maklumat daripada kontraktor utama projek ini, iaitu China Railway Construction Corporation International (CRCC), di mana kerajaan negeri sendiri pun tak sedar tentang kewujudan maklumat berkenaan.
"Ka Siong turut mengakui mempunyai maklumat tentang berapa banyak atau sedikitnya CRCC dibayar oleh Consortium Zenith Construction Sdn Bhd, sekali gus menimbulkan persoalan berhubung sumber maklumat diperolehinya," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Projek mega itu mencetuskan pelbagai kontroversi, termasuk kos kajian kebolehlaksanaan yang terlalu tinggi, selain kaedah pembayaran menggunakan tanah kerajaan negeri serta pelaksanaan dibantah penduduk yang bimbang dengan impak ekonomi, sosial dan alam sekitar.
Sebelum ini, Ka Siong mempersoal sama ada perjanjian projek terowong dasar laut dan tiga lebuh raya itu disetem atau sebaliknya, termasuk surat pengesahan komitmen oleh kontraktor utama.
Beliau turut mempersoal sama ada CRCC adalah antara pemegang saham dalam Consortium Zenith BUCG Sdn Bhd (CZBUCG) serta kaedah pembayaran yang dibuat kepada syarikat perunding.
Pada masa sama, Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, pihak kerajaan negeri mempunyai pilihan sama ada mahu membawa isu berkaitan projek mega itu ke mahkamah, atau sebaliknya.
"Ia sekiranya ada percanggahan dalam surat perjanjian yang dikatakan untuk memastikan pihak kontraktor memenuhi tuntutan perundangan yang mereka sudah pun janjikan," katanya.
https://www.bharian.com.my/berita/n...rowong-dasar-laut-kerajaan-dap-pp-tutup-mulut
Video terowong P Pinang terbaru tanda senjata baru PRU14
GEORGE TOWN: Selepas satu klip video seorang wanita yang mengkritik kerajaan Pulau Pinang tular, DAP sekali lagi diserang dengan satu laman propaganda baru khusus untuk projek terowong dasar laut yang menjadi kontroversi.
Menggunakan alamat sama seperti nama media sosial Ketua Menteri Lim Guan Eng, laman itu memaparkan gambar beliau dan pelbagai infografik. Pengunjung juga boleh muat turun satu klip video berlatarkan lagu tema drama bersiri popular Amerika Syarikat, House of Card, dan huraian dalam Bahasa Melayu.
Antara lain ia mendakwa RM11.2 bilion “wang rakyat” serta tanah kerajaan digunakan untuk projek terowong itu.
“Skandal terowong dasar laut Pulau Pinang ialah satu komplot rasuah dan salah guna kuasa melibatkan RM11.2 bilion aset dan tanah di Pulau Pinang oleh sekumpulan pemimpin DAP yang tahu mereka tidak akan kekal lama di atas,” kata pengisah.
“Sogokan juga diberikan kepada ahli politik dan penjawat awam, manakala pemilik tanah pula memegang ‘share’ sebagai proksi kepimpinan kerajaan negeri,” tambahnya.
cmlimguanengdotcom
Video mengajak pengunjung melayari cmlimguaneng.com, yang sama dengan alamat blog ketua menteri, limguaneng.com.
Pengisah berkata angka RM11.2 bilion itu diagak dengan menambahkan kos projek perhubungan jalan raya Pan Island 1 bernilai RM7.5 bilion, tanah seluas 50 ekar di Tanjung Pinang pada harga yang dilambungkan ke RM3 bilion, projek lebuhraya 8 laluan bernilai RM400 juta dan projek Gurney Wharf bernilai RM300 juta.
“Persoalannya: Selepas RM11.2 bilion dibiayai oleh wang rakyat, apa faedahnya untuk rakyat Pulau Pinang? Sifar! Tiada terowong mahu pun jalan yang dijanjikan setelah 5 tahun projek dimeterai. Apa yang telah berjalan hanyalah kajian kebolehlaksanaan yang berharga RM305 juta,” katanya.
“Sebelum ini kita dikejutkan dengan skandal banglo dan projek perumahan Taman Manggis, kini terowong RM11.2 bilion pula,” katanya, merujuk kepada kes pembelian sebuah banglo oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng di mahkamah dan penjualan tanah Taman Manggis milik kerajaan negeri kepada sebuah fasiliti penjagaan kesihatan swasta pada 2010.
“Selamat datang ke era skandal raksasa kerajaan DAP,” tambahnya.
Video berakhir dengan mengajak penonton mengunjungi cmlimguaneng.com, yang nama sama dengan alamat blog Lim, limguaneng.com.
Laman didaftarkan di Panama
Laman baharu itu mengandungi penjelasan panjang mengenai “skandal terowong”.
Laman mikro didalamnya, beralamat banglo.cmlimguaneng.com, memaparkan kronologi pembelian banglo di Jalan Pinhorn oleh Lim yang menjadi liputan media pada 2016.
Satu tayangan slaid futuristik mendakwa pembelian banglo dan penjualan tanah Taman Manggis itu ada kaitan dipampangkan di laman itu. Satu video menjanjikan penjelasan mengenai isu banglo itu dalam masa 90 saat boleh dilihat di bawah laman itu.
slide
Laman banglo.cmlimguaneng.com memaparkan kronologi pembelian banglo Ketua Menteri Lim Guan Eng pada 2016.
Nombor telefon bimbit WhatsApp sahaja yang nampak seperti didaftarkan di United Kingdom juga disertakan bagi mereka yang mahukan “pendedahan terkini”.
Pemeriksaan oleh FMT mendapati laman itu didaftarkan di Panama oleh satu pandaftar nama domain “namecheap.com”.
Pejabat Lim sudah dihubungi untuk mendaptkan komen.
Projek terowong dasar laut sekali lagi diteliti Barisan Nasional (BN) susulan siasatan terbaharu oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bulan lepas.
Terowong 7.2km itu akan menghubungkan Jalan Pangkor di George Town dan Bagan Ajam di Butterworth. Ia dijadualkan bermula pada 2023.
Tiga jalan utama itu daripada Air Itam ke Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu (5.7km), Tanjung Bungah ke Teluk Bahang (10.53km) dan simpang Jalan Pangkor-Persiaran Gurney ke Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu (4.1km).
http://www.freemalaysiatoday.com/ca...ng-p-pinang-terbaru-tanda-senjata-baru-pru14/
Skandal terowong dasar laut: Datuk Seri ditahan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pengerusi syarikat perunding kejuruteraan bergelar Datuk Seri yang terbabit dalam kajian projek terowong dasar laut di Pulau Pinang, hari ini.
Difahamkan, suspek ditahan ketika hadir di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada jam 2.44 petang, hari ini.
Menurut sumber, suspek berusia 62 tahun itu dipercayai terbabit dalam penyediaan dokumen tuntutan palsu bagi kajian kebolehlaksanaan tiga jalan utama dan terowong di negeri berkenaan yang bernilai kira-kira RM305 juta kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Katanya, SPRM juga sedang menyiasat sama ada individu lain turut terbabit dalam bersubahat dalam pemalsuan dokumen itu.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut namun enggan mengulas lanjut.
Dengan penahanan hari ini, seramai empat individu sudah ditahan SPRM bagi membantu siasatan berhubung kajian yang menelan kos RM305 juta itu.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/01/306808/skandal-terowong-dasar-laut-datuk-seri-ditahan
Skandal Terowong P.Pinang: Ada Ahli Politik ‘Masyuk’
MAKAN BESAR… Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati ada ahli politik dipercayai menerima habuan jutaan ringgit, dalam kajian projek terowong dasar laut Pulau Pinang.
Sumber berkata, beberapa individu penting yang dipercayai terbabit dalam projek prasarana mega bernilai RM6.3 bilion itu, akan dipanggil untuk memberi keterangan kepada pihak SPRM dalam tempoh terdekat.
“Ada beberapa ahli politik yang menerima ratusan ribu ringgit, malah ada yang disyaki mencecah jutaan ringgit disebabkan ‘jalinan kerjasama’ itu. Setakat ini kita sedang mengesan, bagaimana salah laku itu berlaku.
“Kita hendak tahu bagaimana pembayaran dibuat. Namun, kita percaya, ia kemungkinan berkaitan pemberian dua lot tanah bernilai tinggi, yang menjadi cara untuk pembayaran kepada kajian projek mega itu,” kata sumber.
Bagaimanapun, sumber tersebut enggan mendedahkan siapa ahli politik yang dipercayai terbabit menerima habuan itu tetapi tidak menolak kemungkinan mereka itu adalah individu yang berkepentingan dalam projek berkenaan.
Akhbar tempatan semalam melaporkan, pihak SPRM memperoleh beberapa maklumat baharu, namun tidak dapat didedahkan kerana bimbang ia mampu menjejaskan proses siasatan terperinci yang sedang berjalan.
Sebelum ini, pakar mendedahkan kos kajian kebolehlaksanaan terowong dan tiga lebuh raya di Pulau Pinang itu dipercayai bernilai hingga RM80 juta, berbanding RM305 juta dibayar melalui pertukaran tanah di negeri itu.
Baca: Kisah Lucu Syarikat Fesyen Bina Terowong Dasar Laut
Dalam perkembangan yang berkaitan, sumber tersebut berkata, pihak SPRM kini dalam proses untuk merekodkan segala keterangan daripada beberapa saksi penting untuk mengukuhkan lagi kertas siasatan.
Katanya, beberapa individu penting yang dipercayai terbabit dalam projek mewah tersebut juga akan dipanggil untuk memberikan keterangan kepada SPRM dalam tempoh terdekat.
“Saksi yang akan direkod ini mampu jawab bagaimana salah laku dan pembayaran itu berlaku,” katanya. Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki, ketika dihubungi, enggan mengulas lanjut.
Bagaimanapun ujar beliau, setakat ini SPRM sudah pergi sekurang-kurangnya 42 lokasi, membabitkan pelbagai syarikat perunding serta beberapa agensi kerajaan di Pulau Pinang dan Lembah Klang.
Malahan jelas Azam lagi, lebih 76 saksi sudah pun dipanggil untuk memberi keterangan mereka bagi membantu siasatan SPRM yang giat dijalankan terhadap projek raksasa kontroversi berkenaan.
Setakat ini, hanya dua individu bergelar datuk, ditahan bagi membantu siasatan itu dan masing-masing sudah dibebaskan dengan jaminan pihak mahkamah semalam
https://www.mynewshub.cc/utama-sensasi/skandal-terowong-p-pinang-ada-ahli-politik-masyuk/
Nah share info sikit pasal skandal terwong..