BTC USD 62,380.7 Gold USD 4,462.91
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Isu tarikh puasa, raya

Viere

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,579
Joined
Aug 8, 2008
Messages
26,579
Reaction score
179
Points
123
JAKARTA: Organisasi Islam kedua terbesar di negara ini, Muhammadiyah berkata, kerajaan perlu membiarkan tugas untuk menentukan hari pertama puasa dan hari raya Aidilfitri kepada umat Islam dan tidak campur tangan dalam urusan itu.

“Kerajaan hanya perlu memutuskan hari cuti umum untuk semua,” kata Pengerusi Muhammadiyah, Din Syamsuddin seperti mana dipetik daripada agensi berita Antara.


Din turut berkata, tidak akan ada masalah jika umat Islam memutuskan untuk berpuasa pada hari berbeza. Menurutnya, telah wujud perbezaan selama bertahun-tahun dan ia tidak akan menyebabkan perpecahan dalam komuniti umat Islam di negara itu.

“Kita tidak perlu memanjangkan isu ini. Puasa perlu dilakukan berdasarkan kepercayaan peribadi,” katanya.


Muhammadiyah memutuskan bulan Ramadan akan bermula 20 Julai ini, nyata berbeza daripada organisasi terbesar Islam di negara itu, Nahdlatul Ulama yang menetapkannya pada 21 Julai.


Kerajaan akan mengadakan mesyuarat esok bagi memutuskan tarikh permulaan Ramadan, ketika semua organisasi Islam di negara itu bersedia dengan pendapat masing-masing bila umat Islam akan mula berpuasa.

Buat kali pertama dalam sejarahnya, Muhammadiyah tidak akan menghantar wakil ke mesyuarat itu, mengatakan ketidakhadirannya akan mengurangkan ketegangan.


Muhammadiyah juga telah menetapkan cuti hari raya Aidilfitri pada 19 Ogos depan.

Timbalan Menteri Hal Ehwal Keagamaan, Nasaruddin Umar menyeru Muhammadiyah supaya memikirkan semula keputusannya agar menghadiri mesyuarat mengenai Ramadan itu. “Kami menyeru Muhammadiyah supaya menyertai mesyuarat itu,” katanya kepada wartawan di Malang, Jawa Timur.


Nasaruddin berkata, mesyuarat itu amat penting untuk menyelesaikan perbezaan antara organisasi Islam dan juga memperoleh keselarasan dalam tarikh bila umat Islam akan mula berpuasa. - Antara
 
kat indon tiap2 taun mcm ni..
 
sama2 smbt puase dgn raye la baru syok.

ni jiran dah raye hari ni. esok baru kite raye.
 
negaranya berbeza sukar nak control...tarikat pn banyak
 
Eh kita punya puasa mula sabtu ni kan
 
dorg x reti tgk anak bulan ke?? puase n raye pown leh ikot suke ketua lak
 
kat indon mmg camtu... ada yg awal puasa ada yg lambt puasa
 
apa tujuan kita tengok anak bulan kat malaysia ni kalau hari raya telah ditetapkan seperti dalam kalender..
kalau dalam kalender hari ahad memang confirm hari ahad..walaupon anak bulan xkelihatan.
kalau korang perasan..penyimpan mohor besar raja-raja pon sebut 'telah ditetapkan'..
 
Back
Top
Log in Register