BTC USD 63,489.3 Gold USD 4,475.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Isu Syiah dan Syria

fadl

Active Member
Messages
1,019
Joined
Feb 3, 2013
Messages
1,019
Reaction score
227
Points
43
Baru-baru ni, banyak dengar kes berkenaan penyebaran ajaran syiah di Malaysia sampaikan kecoh Jabatan Agama dan Ustaz-ustaz PAS. Perkara ni berlaku dengan agak mengejut. Saya pelik kenapa tiba-tiba jer orang-orang Syiah ni sibuk plak nak sebarkan ajaran diorang kat sini, walhal selama ni tak pernah dengar apa2 pon. Kebetulan pula, di timur tengah sekarang sedang sibuk dengan pergolakan antara Sunni dan syiah seperti yang sedang berlaku di Syria dan Lubnan. Saya bukanlah seorang syiah dan saya tak mengaku syiah tu betul. Tapi saya terasa seolah-olah ada tangan-tangan tersembunyi yang sedang cuba menimbulkan perbalahan dan kebencian antara sunni dan syiah.

Saya rasa ramai yang masih ingat dengan peristiwa pencerobohan Israel ke atas Lubnan pada tahun 2006. Ketika itu, Hezbollah, sebuah pertubuhan syiah telah berjaya menewaskan tentera Israel. Ketika itu kita lihat umat Islam, tak kira sunni atau syiah, telah memberi sokongan kewangan dan moral kepada pejuang-pejuang Hezbollah.

Saya masih ingat lagi setiap kali sembahyang jumaat, akan ada orang yang pungut derma untuk lubnan. berduyun-duyun orang-orang Islam menyumbangkan dana untuk perjuangan rakyat lubnan menentang pencerobohan Israel. Selepas kemenangan Hezbollah, berdudyun-duyun juga orang Islam tak kira sunni dan syiah meraikan kemenangan tersebut.

Kita juga kena lihat situasi di Syria. Baru-baru ni Amerika Syarikat telah mengumumkan yang mereka akan menghulurkan bantuan senjata kepada puak pemberontak manakala Russia pula mengumumkan yang mereka akan membekalkan senjata kepada kerajaan Assad. Kenapa kuasa besar yang terkenal dengan sifat anti-Islam mcm US ni tiba-tiba hendak membantu pula para mujahiddeen Islam?

Menurut satu laporan dari UNICEF, mereka telah menghantar wakil ke kem-kem pelarian Syria. Hasil temuramah mereka, kebanyakan pelarian mendakwa bahwa kekejaman terhadap orang awam banyak dilakukan oleh tentera pemberontak berbanding dengan tentera kerajaan. Begitu juga media begitu sibuk menggambarkan bahawa apa yang terjadi di Syria adalah pertembungan antara sunni dan syiah walaupun realitinya ianya adalah perang proxy antara pemberontak yang disokong barat dan kerajaan assad yang disokong oleh russia.

Jadi persoalanya di sini, adakah gelombang anti-syiah ni adalah benar-benar berlaku kerana "serangan" syiah seperti yang didakwa? atau adakah ianya sebenarnya satu percubaan ejen-ejen musuh yang sedang cuba menimbulkan perbalahan antara dua mazhab ni?
 
Saya rasa ramai yang masih ingat dengan peristiwa pencerobohan Israel ke atas Lubnan pada tahun 2006. Ketika itu, Hezbollah, sebuah pertubuhan syiah telah berjaya menewaskan tentera Israel. Ketika itu kita lihat umat Islam, tak kira sunni atau syiah, telah memberi sokongan kewangan dan moral kepada pejuang-pejuang Hezbollah.

pada masa kejadian tu, dah ada org cerdik pandai yg bagitau, supaya hati2 dgn hizbollah ni. ia proksi israel. peperanagn tu cuma war games. tujuan peperangan tu supaya israel boleh cari alasan kukuh utk dapatkan bajet pertahanan dan bantuan peralatan dari amerika dgn alasan israel perlu kelengkapan yg lebih canggih utk hadapi pengganas.

dulu mmg ramai yg tak paham. kalo lawan israel, maknanya dialah pejuang. pemikiran ni mmg saja di biarkan supaya israel sentiasa ada alasan utk memper*****kan umat islam.

sekarang semakin dkt dgn kebangkitan islam, satu demi satu perancangan puak2 penyembah dajal ni tuhan dh buka hijabnya....

mohon tt buat sedikit rujukan lagi... kalo nak citer keseluruhannya, memang mata panjang dn sy sendiri pun bukan org yg arif dlm hal ni.
 
Pecah dan perintah juga berlaku dlm isu2 agama...

Maka lemahlah Islam.... :">
 
jangan banyak pandang belakang tabir.

sampai semua depan mata dikatakan wayang.
 
sesama islam pun disesatkan
oleh ALLAH SWT..jangan biarkan
jiwa kita disesatkan oleh ALLAH SWT
itulah kecelakaan paling besar sebagai
umat islam..
 
Back
Top
Log in Register