BTC USD 61,411.7 Gold USD 4,345.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Isu Rohingya: ASEAN perlu tekan Myanmar

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Zafar Ahmad​

KUALA LUMPUR 31 Mei – Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar di Malaysia (MEHROM) menegaskan isu pelarian dan pemerdagangan manusia tidak akan selesai selagi ASEAN tidak bekerjasama menekan Myanmar untuk menghentikan penafian kerakyatan golongan Rohingya.

Presidennya, Zafar Ahmad Abdul Ghani berkata, pembunuhan beramai-ramai di selatan Thailand berpunca daripada tindakan kerajaan Myanmar yang menindas golongan Rohingya sehingga mereka bertindak melarikan diri.

“ASEAN harus mencapai kata sepakat untuk menekan Myanmar supaya menghentikan penafian kerakyatan golongan Rohingya kerana ini adalah satu perkara serius.

“Isu ini tidak boleh diselesaikan hanya menerusi rundingan politik, sebaliknya, beri tekanan dari segi ekonomi dan penguatkuasaan undang-undang antarabangsa,” katanya kepada Utusan Malaysia mengulas isu pelarian Rohingya dan kemungkinan terdapat lebih banyak kubur mangsa pemerdagangan manusia.

Zafar Ahmad turut melahirkan perasaan sedih ekoran tindakan itu yang disifatkan sebagai sangat kejam dan tidak berperikemanusiaan.

“Kerajaan Thailand dan Malaysia harus meningkatkan usaha pencarian dan penguatkuasaan di kawasan kejadian supaya nasib mangsa dapat dibela.

“Saya juga berharap mayat-mayat yang telah dijumpai disemadikan dengan cara yang sebaik-baiknya,” katanya.

Beliau seterusnya meminta bantuan kerajaan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2015 untuk meminta pertolongan daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) jika ASEAN tidak mampu menekan Myanmar.

“Kerajaan Malaysia telah cuba memberikan bantuan dari segala aspek, namun selagi Myanmar berkeras dengan pendirian mereka, selagi itu golongan Rohingya akan ditindas menjadi pelarian,” katanya.

Sementara itu, beliau berharap seluruh ASEAN dapat memberikan perlindungan dan bantuan kepada pelarian Rohingya yang masih berada di tengah laut.
 
malaysia ada telur ke nak sound myanmar
 
muka cam keluar hutan jer..semuanya ada persatuan kat Msia...kasi sound Bangladesh la ******..
 
Back
Top
Log in Register