kopirait
CG Top Poster Club

- Messages
- 49,543
- Joined
- Apr 18, 2010
- Messages
- 49,543
- Reaction score
- 5,457
- Points
- 486
aung san suu kyi ni poyo je menang nobel bagai.
perangai macam setan jugak.
perangai macam setan jugak.
Follow along with the video below to see how to install our site as a web app on your home screen.
Note: This feature may not be available in some browsers.



YANGON: Myanmar yang dikecam dunia susulan tindakan memenjarakan dua wartawan Reuters terus disambut dengan nada ‘membisu’ oleh pemimpin rakyatnya, Aung San Suu Kyi.
Wartawan Wa Lone, 32 dan Kyaw Soe Oo, 28 ditahan ketika membuat laporan mengenai penindasan yang dilakukan oleh tentera Myanmar ke atas 700,000 etnik Muslim Rohingya tahun lalu.
Isnin lalu, sebuah mahkamah di Yangon mendapati mereka bersalah di bawah Undang-Undang Rahsia Rasmi dengan masing-masing dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun.
Hukuman itu mencetus kecaman meluas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Kesatuan Eropah (EU) dan Amerika Syarikat (AS) selain pengamal media dan kumpulan hak asasi global.
Suu Kyi yang pernah dikenakan hukuman tahanan rumah selama lebih 15 tahun dan bergantung kepada media asing untuk menyampaikan perjuangannya, dikecam hebat media tempatan dan asing kerana sikap berdiam dirinya berhubung kes dan hukuman yang sudah dijatuhkan itu.
Seorang bekas wartawan Reuters yang kini memegang jawatan kerajaan sebagai timbalan Menteri Penerangan, Aung Hla Tun, mempertahankan penerima anugerah Nobel Laureate itu.
“Mengkritik sistem kehakiman adalah sama seperti menghina mahkamah. Saya tidak fikir dia akan melakukannya,” katanya kepada AFP, menjelaskan sikap berdiam beliau selama ini.
Peguam dua wartawan itu akan merayu keputusan berkenaan sementara presiden negara itu, yang juga sekutu rapat Suu Kyi, boleh mengampunkan tahanan.
Pada April lalu, presiden memberi pengampunan kepada 8,500 tahanan termasuk 36 yang dianggap sebagai tahanan politik.
Tetapi masih terdapat kira-kira 200 tahanan lagi, termasuk dua wartawan Reuters, yang berdepan perbicaraan berkaitan kegiatan politik, kata Persatuan Bantuan bagi Tahanan Politik. - Reuters
https://www.bharian.com.my/dunia/asean/2018/09/469796/myanmar-pertahan-sikap-diam-diri-suu-kyi


SINGAPURA: Seorang pegawai pelaburan asing Myanmar memaklumkan beliau tidak menjangka kesan ekonomi krisis Rohingya sambil menambah hukuman penjara dua wartawan Reuters turut mendatangkan kesan kepada reputasi negara beliau.
Ketika ditanya di sebuah forum pelabur di Singapura, mengenai kesan krisis itu terhadap ekonomi dan pelaburan di Myanmar, Ketua Pengarah Direktorat Pelaburan dan Pentadbiran Syarikat (DICA) itu berkata, kerajaan negara itu mampu mengawal kesan ketegangan etnik.
Namun, krisis di negeri Rakhine amat berbeza.
“Saya langsung tidak menjangka. Namun, selepas dua tahun, kamu boleh lihat pelaburan asing di Myanmar menurun,” kata pegawai itu, Aung Naing Oo kepada frum terbabit merujuk kepada kesan keganasan etnik.
Bagaimanapun, katanya, beliau yakin kerajaan mampu menstabilkan keadaan.
Menurut data DICA, yang mempromosikan pembangunan dan pelaburan sektor swasta, di bawah Kementerian Perancangan dan Pembangunan Ekonomi Nasional Myanmar, pelaburan asing ke negara itu terendah, sejak 2013. - Reuters
https://www.bharian.com.my/dunia/as...krisis-rohingya-luar-jangkaan-pegawai-myanmar


THE HAGUE: Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) berkata hari ini, ia memiliki bidang kuasa untuk menyiasat perpindahan beramai-ramai secara paksa Muslim Rohingya dari Myanmar sebagai jenayah mungkin ke atas kemanusiaan.
“Dewan pra-perbicaraan ICC diputuskan oleh majoriti mahkamah boleh melaksanakan bidang kuasa berhubung dakwaan pengusiran etnik Rohingya dari Myanmar ke Bangladesh,” kata tribunal berpusat di sini dalam satu kenyataan.
Kerajaan Myanmar hari ini enggan mengulas pengumuman itu apabila dihubungi AFP.
Kira-kira 700,000 etnik minoriti Islam itu lari dari negeri utara Rakhine ke negara jiran Bangladesh sejak Ogos tahun lalu untuk mengelak dikenakan tindakan keras berdarah tentera Myanmar.
Keganasan itu meninggalkan jejak perkampungan dibakar di tengah dakwaan pembunuhan dan rogol di tangan tentera dan samseng.
Dalam satu tindakan tidak dijangka April lalu, ketua pendakwa raya ICC, Fatou Bensouda meminta hakim di satu-satunya mahkamah jenayah kekal dunia itu memutuskan jika beliau boleh menyiasat pengusiran itu sebagai jenayah ke atas kemanusiaan.
Ia adalah satu permintaan yang rumit dari segi perundangan, oleh kerana Myanmar bukan penandatangan dan anggota Statut Rome yang mematuhi ICC.
Bangladesh, bagaimanapun adalah penandatangan dan Bensouda berhujah, alasan itu membolehkan pejabatnya bidang kuasa menyiasat nasib Rohingya.
Beliau menyamakan pengusiran itu kepada satu ‘tembakan merentasi sempadan,’ berhujah jenayah itu ‘tidak akan lengkap sehingga peluru (dilepaskan dari satu negara) mengenai dan membunuh mangsa (berdiri di sebuah negara lain).” -AFP
https://www.bharian.com.my/dunia/as...boleh-siasat-pengusiran-rohingya-dari-rakhine


NAYPYIDAW: Jurucakap kerajaan Myanmar berkata semalam, pihaknya tidak akan menjawab panggilan telefon media sehari selepas Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengatakan ia mempunyai bidang kuasa untuk menyiasat jenayah ke atas komuniti Islam Rohingya di negara itu.
Reputasi Myanmar semakin tercalar sejak dua minggu lalu ditambah laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB) yang menggesa ketua tentera Min Aung Hlaing dan pemimpin tentera lain didakwa kerana melakukan ‘genosid’ selepas lebih daripada 700,000 Rohingya melarikan diri dari kekejaman tentera tahun lalu.
ICC Khamis lalu berkata ia mempunyai kuasa untuk menyiasat pengusiran secara paksa etnik Rohingya ke Bangladesh, walaupun Myanmar tidak menandatangani undang-undang yang menyokong tribunal itu.
Susulan kritikan antarabangsa itu, Myanmar mengambil sikap berdiam diri selain melarang wartawan dan diplomat melawat lokasi kejadian kecuali perjalanan singkat yang diiringi tentera.
“Kami tidak akan menjawab panggilan telefon pada masa akan datang dan akan mengadakan sidang akhbar seminggu atau dua minggu sekali,” kata jurucakap kerajaan, Zaw Htay semalam.
Beliau juga enggan menjawab sebarang persoalan berhubung keputusan ICC dan berkata kerajaan akan memberikan kenyataan rasmi ‘tidak lama lagi’. - AFP
https://www.bharian.com.my/dunia/asia/2018/09/471224/myanmar-elak-jawab-panggilan-media-isu-icc




SYDNEY: Kerajaan Australia hari ini mendedahkan sekatan yang dikenakan ke atas lima pegawai kanan tentera Myanmar yang dituduh menyelia keganasan tidak berperi kemanusiaan terhadap kumpulan etnik Rohingya.
Susulan tindakan sama oleh Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU), Australia mengumumkan akan membekukan aset pegawai-pegawai terbabit termasuk seorang Leftenan Jeneral yang mengendalikan sebuah pasukan operasi khas dipercayai dalang di sebalik kekejaman itu.
Menteri Luar Australia, Marise Payne berkata, Aung Kyaw Zaw, Maung Maung Soe, Aung Aung, Than Oo dan Khin Maung Soe bertanggungjawab terhadap pelanggaran hak asasi manusia yang dilakukan oleh unit di bawah arahan mereka.
Sebahagiannya daripada lima pegawai terbabit yang dipercayai sudah meletak jawatan, akan turut diharamkan masuk ke Australia.
Kira-kira 700,000 Rohingya melarikan diri dari kediaman mereka di negeri Rakhine, di barat daya Myanmar, sejak 2016. - AFP
https://www.bharian.com.my/dunia/asia/2018/10/489365/australia-sekat-lima-jeneral-myanmar