BTC USD 61,411.7 Gold USD 4,345.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

isu mustafa ali, isu kecik?

FarahNadia

Active+ Member
Messages
4,094
Joined
Jan 11, 2013
Messages
4,094
Reaction score
14
Points
25
MARANG 19 April - Isu video seks seorang lelaki mirip Mustafa Ali bukan isu besar bagi Pas?

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang beranggapan demikian, ketika mengulas keengganan Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali membuat laporan polis berhubung penyebaran video seks seorang lelaki yang miripnya, menegaskan perkara itu bukanlah satu perkara besar bagi parti pembangkang itu.

Abdul Hadi yang cuba mengalihkan isu itu, ketika diasak oleh wartawan,sebaliknya menuduh penyebaran video seks tersebut merupakan satu permainan kotor sesetengah pihak yang mahu menjatuhkan maruah Mustafa

Abdul Hadi kelihatan keberatan mengulas lanjut,cuma memberitahu bahawa Mustafa telah memaklumkan bahawa perkara terbabit telah diserahkan kepada peguam untuk diselesaikan.

"Saya dimaklumkan beliau (Mustafa) telah serah semua kepada peguam, jadi, terpulanglah kepada nasihat peguam (sama ada mahu lapor polis atau tidak)," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas mengumumkan calon Pas yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) di Masjid Rusila dekat sini malam tadi. Bagaimanapun Mustafa tidak hadir pada majlis itu.

Abdul Hadi berkata demikian ketika diminta mengulas soalan pemberita berhubung pendirian parti itu sama ada mahu mendesak Mustafa membuat laporan polis atau sebaliknya berhubung rakaman video seks yang dikaitkan dengan Setiausaha Agung Pas itu.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130420/po_07/Isu-Mustafa-bukan-perkara-besar#ixzz2R51Lv8CW
© Utusan Melayu (M) Bhd
 
mgkn dekat nak mengundi ni lebih baik berdiam diri dulu...
nanti dipolimik pulak....
 
Astrokkk!!!

Dah ada thread bincang tentang isu nie :)cgrock
 
kecik la isu fitnah dah jd darah daging bn... org dah xheran dah...setakat video mustafa ali,nik aziz pun divideokan dimekah...nik aziz tu 1 hal, mekah 1 hal lagi, so video mustafa ali anwar azmin izzah is nothing la utk pendokong2 pr...
 
berita ni takde lagi kan??

Tapi thread dah ada & bincang isu yang sama.

Kalau ada berita (isu yang sama) dari 10 sumber yang berlainan, takkan nak bukak 10 thread kot... :)) :)) :))
 
Back
Top
Log in Register