eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
SHAH ALAM: Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam, memutuskan bahawa isu muflis suami pengacara rancangan 999 di TV3, Zakiah Anas tidak ada kena mengena dengan permohonan cerai taklik pasangan itu.
Oleh itu Hakim Syarie Kamarulzaman Ali menetapkan 1 September ini untuk membolehkan Zakiah, 43, (plaintif) dan suaminya Mohamed Yusoff Mohamed Taib, 46, (defendan) memasukkan penyata yang dipersetujui atau tidak dalam ikatan dokumen pengakuan.
Terdahulu, peguam syarie Rubiah Jaafar yang mewakili Zakiah memaklumkan kepada mahkamah kedua-dua pihak sudah berbincang dan bersetuju tuntutan plaintif membabitkan soal nikah serta cerai bukan membabitkan isu kewangan.
“Pihak kami bersetuju isu bankrap tidak perlu dipanjangkan. Kami memohon tarikh untuk bicara,” katanya.
Peguam syarie Fakhrul Azman Abu Hasan yang mewakili Mohamed Yusoff, berkata anak guamnya tidak mengetahui isu bankrap dan sudah membuat perjumpaan dengan pemegang harta terbabit.
“Memang benar ada satu kes terhadap defendan berkaitan jaminan diberikan anak guam saya terhadap seorang peminjam. Bagaimanapun, dia sudah menyelesaikan bayaran pinjaman itu.
“Pemegang harta juga setuju melepaskan status kebankrapan anak guam dan pembatalan itu akan didengar pada 11 Ogos ini,” katanya.