BTC USD 60,726.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

INT Isu Doping: Pogba Digantung 4 Tahun

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,502
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,502
Reaction score
38,198
Points
2,836

Isu doping: Pogba digantung sementara​


12 September 2023 10:11am

2342477.jpg

Pogba - Foto Agensi


PEMAIN tengah Juventus dan Perancis, Paul Pogba berdepan ujian sukar dalam kariernya apabila digantung sementara selepas positif ujian doping.

Ia susulan peningkatan tahap testosterone dikesan dalam badannya, kata badan antidoping Itali (NADO) kepada AFP pada Selasa.

Selepas musim mencabar akibat masalah kecederaan dan skandal peras ugut, impian pemain 30 tahun itu untuk kembali mencorak kariernya terjejas dengan dakwaan doping itu.

Pogba pada 20 Ogos lalu hanya memanaskan bangku simpanan ketika Juventus menewaskan Udinese 3-0.

Dia yang membantu Perancis menjuarai Piala Dunia 2018 pernah memberitahu Al Jazeera hasratnya untuk bermain semula selepas tahun sukar yang boleh memusnahkan kerjayanya.

NADO memaklumkan, Pogba melanggar peraturan antidoping apabila bahan terlarang 'testosterone metabolites' bukan semula jadi dikesan dalam badannya.

Dalam satu kenyataan, Juventus berkata, Pogba dikenakan hukuman gantung sementara.

"Kelab berhak menimbangkan langkah seterusnya selepas ini," kata kenyataan itu.

Ujian itu membabitkan sampel A dan jika sampel B turut positif, Pogba berdepan hukuman gantung empat tahun.

Menerusi mesej dihantar kepada AFP, ejen Pogba, Rafaela Pimenta berkata, dia menunggu keputusan sampel kedua dan tidak boleh memberi pendapat sebelum keputusan itu diperoleh.

"Apa yang pasti, Paul Pogba tidak pernah mahu melanggar undang-undang," katanya.

Pogba menyertai semula Juventus pada Julai 2022 dari Manchester United.

Sejak 2012 hingga 2016, dia membantu Juve memenangi empat gelaran Serie A dan dua Piala Itali, selain mara ke final Liga Juara-Juara Eropah (UCL) pada 2015.


 

Karier profesional saya telah dirampas' - Pogba​


01 MAR 2024

2557228.jpg

POGBA. - AFP


BINTANG Perancis, Paul Pogba berkata dia terkejut dan patah hati selepas dikenakan penggantungan empat tahun daripada bola sepak oleh tribunal anti-doping Itali susulan positif ujian untuk testosteron Ogos lalu, kata kelabnya Juventus pada Jumaat.

Jurucakap Juventus berkata, mereka telah dimaklumkan mengenai keputusan terhadap pemain berusia 30 tahun itu yang telah digantung sejak September sementara menunggu ujian penuh doping itu.

“Kami menerima makluman daripada tribunal pagi ini,” kata jurucakap itu.

Pogba mengumumkan dia akan merayu keputusan itu yang dilihat berisiko menamatkan kerjayanya dalam bola sepak.

“Saya sedih dan terkejut kerana segala yang saya bina dalam karier profesional saya telah dirampas,” katanya.

Dia juga menyifatkan keputusan itu tidak betul dan dia menafikan pernah menggunakan bahan meningkatkan prestasi.

“Apabila saya bebas daripada sekatan undang-undang, cerita penuh akan menjadi jelas, tetapi saya tidak pernah tahu atau sengaja mengambil sebarang suplemen yang melanggar peraturan anti-doping,” katanya.

Penggantungan itu bermakna Pogba tidak akan dapat bermain lagi sehingga musim 2027/28 dan dia akan berusia 34 tahun pada ketika itu.

Pendakwa raya anti-doping menggesa agar larangan empat tahun dikenakan ke atas bekas pemain tengah Manchester United itu, yang didapati positif pada perlawanan pembukaan Serie A menentang Udinese pada 20 Ogos tahun lalu.

Sebulan kemudian sampel B mengesahkan kehadiran testosteron dan dia telah digantung sementara sejak tarikh itu.
 
Back
Top
Log in Register