BTC USD 84,388.2 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Isu Bawani, Sharifah dan Pendidikan Percuma

aku skolah biasa jek, tu yang aku nak claim jugak kelebihan student mrsm. (dulu).. yela kan pendidikan sama rata :D

xda idea aku macam mana mrsm punya sistem. yg aku tau, diaorg akan drop certain2 topic yang xleh nak score, hanya untuk pastikan student diaorg score topic lain yang boleh memaksimumkan markah (offtopic)

oo aku terbaca 1 post kat FB berkenaan dengan jawapan2 free education kat oversea (negara yang di sebutkan).. berdasarkan post tu, nampak releven jugak jawapan.. tapi xtau la fakta betol ke x.

quote from fb
Listen, listen, listen. Menjawab tuduhan Bawani, ahli Parti Sosialis Malaysia. Isu pendidikan percuma :

1. Argentina. Memang pendidkan di negara berkenaan percuma dan terbuka kepada sesiapa sahaja. Tetapi, terdapat banyak kos tersembunyi di negara berkeaan seperti pelajar harus membayar kos pengakutan dan pelbagai kos-kos lain yang mengarut. Pemberian biasiswa di negara berkenaan yang tidak sama rata sebenarnya telah mengabaikan golongan yang berpendidikan rendah untuk masuk ke dalam universiti. 9 daripada 10 pelajar yang memasuki universiti di Argentina datang daripada golongan kaya.

2. Negara dunia ketiga seperti Sri Lanka dan Mauritius mengamalkan pendidikan percuma?

Sebelum nak bercakap mengenai Sri Lanka, fahamkan dulu sistem pendidikan mereka. Hanya 10 peratus sahaja mereka yang layak memasuki university, selebihnya akan terpiggir. Inilah harganya yang perlu dibayar. Mengenai soal Mauritius, hanya orang ***** sahaja yang membandingkan Malaysia dengan Mauritius. 1,286,340 merupakan jumlah rakyat di sana. Negara mereka pula kecil dan pengajian swasta cuma menjalankan kelas pada hari minggu sahaja memandangkan jumlah pelajar di sana sangat kecil. Jadi, buat apa nak bandingkan epal dengan durian? Sangat tidak adil bukan?

3. Brazil. Ya, pendidikan mereka percuma, tetapi, nah, ambil ni:

"Brazil is known for charging a high tax burden from its citizens and companies established. We will provide an overview of the most common taxes in Brazil, dividing them into Federal, State and Municipal taxes." Rujuk link pada komen saya dibawah.

" Everyday taxes in Brazil: IPVA, IPTU and IPTR!"

4. Bandingkan dengan negara kaya pula? Berapa kerat negara kaya yang ada sistem pendidikan percuma? Denmark? Kadar cukai di negara berkenaan merupakan yang paling tinggi di dunia. Kita perlu bayar untuk sesuatu yang percuma.

5. Turki? Sistem pendidikan negara kita tak ubah macam negara mereka.Turki hanya menawarkan pendidikan percuma pada peringkat sekolah rendah dan menengah daripada gred 1 sehinggalah 12. Serupa dengan negara kita, pendidikan percuma di Malaysia ditawarkan daripada darjah satu sehinggalah ke tingkatan 6 sebenarnya. Dan Malaysia hanya mengenakan 10% bayaran untuk pendidikan tertiaty (universiti, kolej) dengan 90% disubsidi kerajaan.

6. Finland? Saya dah cakap, jangan buat perbandingan epal dan durian. Kita buat sedikit analisis pasal negara Finland. Finland mempunyai 169, 000 orang pelajar dan Malaysia mempunyai 508,256 pelajar yang belajar di IPTA (IPTA sahaja, tidak termasuk IPTS lagi). Malaysia sebenarnya memberikan subsidi sebanyak 95 % daripada yuran pengajian sebenar di IPTA. Pelajar hanya membayar 5 % sahaja. Cukai pendapatan di Finland mencecah 50 peratus ke atas manakala Malaysia hanyalah mencecah 26 peratus maksimun. Dan, kenapa tergamak kalian bandingkan epal dan durian?

Negara-negara yang dibangkitkan oleh Bawini sebenarnya kaya dengan inflasi. Ambil contoh Argentina sudah cukup. 38 peratus inflasi untuk 2 tahun kebelakangan ini. Barang naik sikit kat Malaysia pun dah bising, dan hanya kerana pendidikan percuma, apakah sudah bersedia rakyat Malaysia untuk menghadapi cukai yang tinggi?

Komen : Di Malaysia, kalau x nak bayar cukai pendapatan, bayarlah zakat untuk pemotongan terus. Sharifah juga harus dipersalahkan. Belum sempat Bawani menghabiskan hujahnya, terus Sharifah memotong. Tetapi saya juga difahamkan yang Sharifah terpaksa memotong kerana kesuntukan masa program. Bawani pula bertanyakan selepas waktu program bukan Q & A session. Ini yang dianggap sebagai sejenis provokasi kerana sepatutnya soalan itu ditanyakan kepada panelis, bukannya moderator. Dan menjadikan Ambiga sebagai idola sudah menggambarkan mentalitinya.

sy sokong hujah anda
 
kami belajar dulu under loan mara. abis belajar, mara bagi diskaun 25%. tanpa banyak soal kami bayar jer. now dah selesai. terima kasih mara. jasamu dikenang.
 
bayar mahal2 untuk pendidikan pun ... kalau tak pandai .. tak pandai gak ...
 
org pemalas je nk sume free....duk umah, goyang kaki, sume dtg atas riba..hehe...pape pun, bg aku, lom dpt bole la janji bulan bintang...da dpt, janji hilang janji....hehe....

Yeah betoi tuh cam kroni2 umno ler manjang dapat projek free pastu makan komisyen ... Projek rm 200 juta melonjak jadi rm 500 juta .... Nih bukan bulan bintang dah nih tapi dah pi langit ke 7 punya pemalas
 
Aku percaya Malaya boleh beri pendidikan percuma..

Kalau statistik TT tu melihat fakta dari segi KDNK sesebuah negara maka ianya akan menjadi halangan negara untuk melaksanakanya..
aku sikit sebanyak sokong kenyataan amir_dais diatas..

pertamanya jika kita lihat sistem pemerintahan dan kaum pemerintahan adalah sangat beza..satu pemerintah kafir dan kedua islam iaitu malaya..
Walhal betapa hebatnya kita berbicara tentang keislaman dan pulak ada konsep2 tertentu :Islam Hadhari:@:Wasatiah:@:Amanat Hadi: apakah pemerintah menluruskanya berpandukan As-Sunah dan paham memanduinya..?

Selepas 55 tahun merdeka, satu perkara yang tidak dapat disangkal ialah mentaliti masyarakat berkenaan pencapaian akademik. Akademik, di dalam Falsafah Pendidikan Negara (FPN) hanya mencakupi aspek Intelek, satu dari lima cita-cita besar pendidikan negara iaitu jasmani, emosi, rohani dan sosial.

Kini timbul persoalan baharu. Apakah fungsi sebenar pendidikan? Di Malaysia, pendidikan didefinisikan sebagai pencapaian akademik atau merit. Anak-anak ke sekolah untuk mencapai ‘A’ yang berderet. Adalah dipercayai ‘A’ yang berderet-deret ini akan membantu menghantarnya ke universiti lantas menyelesaikan masalah hidupnya di masa depan.Dan hidup lenang seperti anak2 yg xda sederet 'A'..?

Malangnya di dunia global, individu seperti Bill Gates (pengasas Microsoft), Steve Jobs (pengasas Apple), Michael Dell (pengasas Dell) ataupun Mark Zuckerberg (pengasas Facebook) tidak pun manghabiskan pengajian mereka di universiti.

Perubahan polisi pendidikan moden seperti dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains & Matematik di dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) pada tahun 2003, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) pada 2006 serta yang terbaru Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Penguasaan Bahasa Inggeris (MBMMBI) hanya melibatkan sebahagian kecil visi dan misi Falsafah Pendidikan Negara (FPN).Dan ianya terang amat merugikan duit pembayar cukai berbilion banyaknya..

Belum masuk bab kualiti pendidikan tu sendiri yg terdiri drpd kemudahan buku texx,sekolah dsbg..tp itu aku xmau kesah..yg kesah la ni tenaga pengajarnya..kualiti kah Guru2@pensyarah2 diluar sana? ke sekadar nk sambar jawatan Pendidik@pensyarah untuk kesinambungan hidup? Berapa ramai guru@pensyarah yg ada side income sebagai agent@biz itu la ini la..kemana sumpah janji mereka sebagai pendidik@pensyarah apabila mereka diberi peluang?
sebenarnya ini bukan salah mereka..ia adalah sebahagian drpd tekanan hidup dg kos yg besar untuk hidup dibandar2 besar sekarang..bab tu klu nk jumpa guru@pensyarah xboleh terjah mesti ade buat temujanji:D

Dan aku masih lagi xpaham kenapa TT sibuk pasal KDNK sesebuah negara untuk mencapai konsep Pendidikan Percuma ini..

Ini kenyataan Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz bahawa hutang isi rumah di Malaysia yang berjumlah RM577 bilion pada November tahun lalu berada pada ‘paras berhemah’

Maknanya jika hutang isi rumah ini mampu bawa pulangan kepada isi rumah xpa..ini tidak..hutang2 ini terdiri drpd utang kad kredit,keta @ umah(yg dikenakan cukai melampau)
jadi bagaimana nak mengimbangi KDNK negara yg takat 4% setaun dg hutang isi rumah RM577 BBBlion sedangkan hutang negara RM456.1 BBilion pada tahun 2012. Gaji naik 5-13% harga barang pula naik sehingga 70%. Itupun kenaikan gaji tidak tidak meliputi kesemua golongan yang berkerja di Malaysia. Bergantung dengan majikan masing-masing. Ada yang naik ada yang tidak……Ada yang terpaksa menuntut berkali-kali, ada yang hampir pasti menunggu habuan besar setiap tahun(bonos la tu..)

Hutang kerajaan pusat adalah hutang yang terpaksa ditanggung bersama oleh orang awam seperti anda semua a.k.a RAKYAT”

Jadi tt Pendidikan Percuma Adalah Hasrat Rakyat Malaya bukan Nepal ok

Malaya antara negara yg kaw2 tarok rakyat dg cukai
-Barangan
-Makan minum
-Kereta 40-300% antara tertinggi kat dunia=viva pon sampai 40k bro:))
-Rumah
-Pendidikan
-Serba-serbi ada cukai
-Negara kapir pon ada cukai..tp ini Malaya maaaa islam lagi kasi turun..
-Kentot cukai bau:D


Hutang Penentu politik Malaya Dan Lain2(DEB kot) VS Hutang PTPTN RM24 BBBilion
-YTL – Tan Sri Francis Yeoh – RM53.1 Billon.
-Kumpulan Tan Sri Syed Mokhtar – RM34.3 Billon.
-Kumpulan Tan Sri Ananda Krisnan – RM18.4 Billon.
-Genting, Mendiang Tan Sri Lim Goh Tong- RM16.4 Billon
-Kumpulan Berjaya – Vincent Tan (Sekitar RM8 bilion)
-Lion Group, Tan Sri Willian Cheng- RM3.8 Billion
-Rangsangan ekonomi gomen 60bilion to whom..?
-Ketua Menteri,menteri,Ketua Bahagian............?
-Kontrak @ Tender Kerajaan(klunye:selam tapi xboleh menyelam)
-Madey 100BBBilion
-Duit meleleh keluar tanpa pengetahuan BNM 250BBilion
-Dalam tempoh 16 tahun index rasuah,Malaysia telah kalah kepada lima negara di Asia Pasifik iaitu Taiwan (tangga ke-33 mata 5.8), Bhutan (36/5.7), Brunei (38/5.5), Korea Selatan (39/5.4) dan Macau (46/5.0).
-Banyak lg xmasuk tt BBMB,LTH,FELDA,KWSP,Tanah REZAb Melayu,SAHAM BUMI,MAS,DAIMZ,TAJUDINZZ,BINI PUA.Ka,KRONIZZZMe

Korang xbayo utang PTPTN blackniggerlist beb..dah xleh nk gee obersee
satu hal lg..keluo U da ade Utang satu hal..Keje pon susah Satu hal..
EEeHHh banyak hal la pulak..

Kalau banyak BBBBlion Diadjustkan untuk Bilionair..takan untuk Pendidikan Percuma Rakyat Xboleh tt


Negara yg tt maksudkan pon xda:
-Menara Tertinggi dan terpacak kat dunia (insuran & maintanance? tt blh kata guna fund petronas..tp petronas tu nenek sapa punya..)
-Litar F1(upgrate litar jer..Sepang maintanance setaun?)
-Smart Tunnel(maintanance setaon..alternatifnya ialah jln raya bertinggkat... banjir di kl? ade jer)
-Tol dlm Town (kita? total 14 tol Area klang valley..tol-lol paling kelakar? LDP..pasai apa..mazidol tau kenapa)
-Gerbang SElatan,Utara,Barat? GTP ni boleh rangsang ekonomi ye..tetapi untungnye leh merembes pada rakyat ke yop..? habis property ni tergadai dibolot syarikat/kaum asing..org melayu xmampu nk bli yop...AHB? semua nk pulun fund dari rakyat..

Soalan:kalau semua pree pekerja tol/sepang/apa2ke nak keje mane?:mad:

Jawaban:Buat seperti agensi lain.. contoh kalau pengangkutan ada JPJ,POLis TRafik,SPAN,LPKP,ntah ape lg,tubuh le satu agensi baru yg selengara jalanraya kat malaya dibawah JKR a.k.a jasa kepada rakyat..buat le BPPBT a.k.a Bekas Pekeje Plus Bebas Tol:D

Soalan: Abis tu mana nak bayar gaji pekeje semua klu xkutip tol?:p

Jawaban: tu la kalo da bo.do sgt sampai xleh baya gaji n mantanance jgn la jadi pemerintah..kasi lain parti yg ada cerdik sikit cari hasil untuk negara bukan perabis wang rakyat..:D

tt bab debat ni dah lapok dah..kalu debat kalu biaq kepala dg kepala bukan kepala dg ekoq..kalu ada kepala pon xmau debat nampak mcm xda kepalateloq..

Satu Lagi ni..

Aku tertarik apa yang boleh dikatakan hujah balas yang dilontarkan oleh Sharifah Zohra Jabeen ini apabila mengatakan :

1. When I speak, you listen’, ‘jangan samakan negara lain dengan Malaysia’

2. ‘apa yang kamu buat di Malaysia, go to Cuba, go to Argentina, go to Libya’ (Libya?)

3. ‘animals have problem’

4. ‘kucing ada masalah’

5. ‘and you tau tak binatang apa yang paling banyak sekali masalah?’

6. ‘pernah makan shark finn?’

Jadi, Sharifah Zohra Jabeen. Apa kaitannya dg soalan Minachi tu?

Sepatutnya, jika Sharifah Zohra Jabeen ini tidak bersetuju sekalipun dengan pendapat & buah fikiran daripada saudari Bawani ini, bagilah hujah yang lebih bernas. Anak muda biasalah jiwanya cepat memberontak, darah sedang panas, sentiasa berkobar-kobar dan bersemangat lebih-lebih lagi isu yang dibentangkan cukup dekat dengan kehidupan mereka. Belajarlah untuk mendengar.

Seorang tokoh pemikir & ilmuwan (Profesor Hamka) pernah mengatakan. Bunyi agak keras tetapi sangat-sangat mendalam maksudnya :


Kalau hidup sekadar hidup,
ba.bi di hutan juga hidup.
Kalau bekerja sekadar bekerja,
kera di hutan juga bekerja.


Jadi kenapa pemerintah berat untuk melaksanakan amanah dalam menjaga kebajikan RAKYAT dg bermacam halangan yg diciptakan sedangkan untuk sesetengah individu @ syarikat begitu mudah..RAKYAT xmahukan gula2,ehsan,saguhati kerana RAKYAT bukan warga ASING bangla,indo @africa..Kami RAKYAT MALAYA yang PUNYA hak keatas setiap REZEKI yg dikurniakan oleh ALLAH kepada Malaysia...(pendapat aku):D

Antara DSAI dg tt dg aku hebat lagi DSAI ye tak..:D

p/s: ini adalah skrip drama Aku Bukan Aron Aziz..xde kene mangena dg usup aslam,afdin saukiz,patrik teoh na ma,pekembar atau yg seangkatan dg nye..kepada yg [email protected] dg skrip ini kome boleh komen apa2 saja:)cgrock:)cgrock
 
bagi yang cemerlang jer percuma...yang kurang cemerlang bayar ikut pointer...
 
kami belajar dulu under loan mara. abis belajar, mara bagi diskaun 25%. tanpa banyak soal kami bayar jer. now dah selesai. terima kasih mara. jasamu dikenang.

kawe kena bayar 10% jer....alhamdulillah..
 
Back
Top
Log in Register