Akhirnyer... habis jugak aku baca kes thread ni.
Aku sendiri ada pengalaman dlm kes isteri minta cerai. Dan ada jugak sekali dua aku bagi pandangan dan pendapat dlm kes mcm ni.
Bro Am2020..
Aku rasa ko tak punya kekuatan utk bertindak. Dan jika panjang lebar sekali pun aku tulis utk ko, ko tetap tidak mampu buat seperti aku buat. Aku bercerai dengan isteri aku dulu pun berat hati sangat nak pisah. Kalau ko sebut "kerana anak" , terus terang aku cakap. aku pun ada ada. 3 orng, perempuan 2, lelaki 1. sulung darjah 3, tengah lelaki tu darjah 1, kecik sekali tadika. Tapi aku tetap berpisah.
Bini aku curang dengan aku, kantoi pada masa anak pertama, pastu aku nasihat dia, dia berubah, kemudian, dia buat lagi selepas kelahiran anak ke 2, aku bawa pergi jumpa konseling pejabat agama, alhamdulilah , dia berubah. Apabila lahir anak ketiga... dia buat hal lagi. tetapi kali ini yg boleh aku tak tahan sbb campur tangan ayahnyer, yg suka manjakan dia.
Aku pernah berkata kepada ayahnyer, " baiklah, jika ayah datang rumah saya setiap kali saya bergaduh dengan ........, dan ayah suruh saya berpisah didlam rumah saya, saya sahut cabaran ayah, kita proseskan kes ni". aku kemas kain baju aku ( tak tinggal sehelai pun) terus balik kg mlm tu jugak.
Bab kasihankan anak.....
Utk pengetahuan u bro Am2020, aku masih lagi pergi menjeguk anak2 aku di rumah bekas bapak mentua aku di pantai timur, layanan mereka pada aku pun ok, tak der masalah, sbb mungkin mereka menyesal dengan apa yg berlaku dulu. tapi tak kisahlah, janji time cuti sekolah, aku gi lawat mereka dan bawa mereka bercuti ke mana saje mereka nak. ( anak aku suka mandi kolam, so aku kena sewa hotel yg ada kolam, atau bawa ke bukit merah atau langkawi atau sewaktu dengan nyer).
Pasal nafkah anak,, tak pernah miss, terlupa tu ada, tapi bekas isteri aku akan ingatkan dengan ayat yg lembut dlm sms " abg... duit anak tak bagi lagi bulan ni", aku pun kata.... " ok sory.. lupa, sat lagi saya bank in". Time raya..... duit baju raya kena kasi.. time buka skolah.. duit sekolah dengan segala peralatan kena kasi...( duit sekolah ni bnyak lah sikit.. sbb 3 orng, lebih kurang 1.5k gak lah) tapi duit tu walaupun lebih , saya pesan kat mama diaorng.." duit anak jangan guna yer, kesian diorng, dah lah saya tak der disamping mereka". dia kata "ok.. no problem, sy akan masukkan ke account mereka"...Kami jadi kawan akhirnyer, tiada dah gaduh2 atau dendam kesumat.
"Tuhan hilangkan matahari dan kita tertanya kenapa ??. adakah tuhan marah kepada kita?, tapi sebenarnya tuhan nak bagi kita pelangi".
Lepas 2 tahun menduda, aku kawin lain, dan perkahwin kali ini amat membahagiakan aku, sebelum kawin kali ini , aku senaraikan apa yg buruk pada diri aku utk aku buang dan tak akan ku ulangi lagi utk perkahwinan kali ini. ( aku dulu panas baran jugak, apa tidak nyer, bini curang perangai kita pun dah lain).
Aku bahagia sekarang. bini aku cantik, dan aku dapat anak yg comel, jauh berbeza dari dulu. dari segi kehidupan dan kasih sayang dlm keluarga. Dulu aku tak kisah dapat bini tak cantik pun, janji hati mau baik.. last last... curang.. sakitnyer hati, dahlah kita berkorban utk terima dia seadanyer..tapi, orng tidak hargai pun. kali ni.. aku memilih yg terbaik utk diri aku sendiri.. dan aku bahagia.
Bro Am2020..
jika ko nak berpisah.. buat betul2, jika tak mau, jangan sakitkan hati sendiri utk melihat sediwara pasangan u depan mata u. paling penting.. jangan sakitkan dia.
Pasal mak ko tu bro.. aku tak berani nak komen, sbb aku tak pernah alami benda macam tu. mungkin sbb sejarah silam ko dulu bersama mak ko yg membuatkan ko sakitkan hati pasangan ko.