BTC USD 60,958.7 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Isteri mendiang Oniya beralah

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpeg


Farhod Tadjiev menemani Lyubov dan anaknya, Angel sebelum berlepas ke Kota Bharu, Kelantan sebaik tiba di LTSM, semalam.
< 1 / 1 >
ENGGAN menimbulkan sebarang kerumitan dalam proses pengebumian mendiang kapten T-Team, David Oniya, isterinya Rogozina Lyubov mengambil keputusan tidak akan menuntut mayat suaminya itu untuk dibawa pulang ke Uzbekistan, lapor ZUBIR SULAIMAN.

Sebaliknya Lyubov merelakan mendiang dikebumikan di kampung halaman suaminya kerana menganggap keluarga Oniya lebih berhak.

Kelmarin, proses menghantar pulang mayat mendiang, Oniya dikatakan masih menjadi tanda tanya selepas bapa kepada benteng pertahanan itu, James Oniya ada meminta mayat anaknya dihantar ke kampung kelahirannya di Lagos, Nigeria, manakala Lyubov juga difahamkan mahu mayat suaminya itu dihantar ke negaranya di Uzbekistan.

Bagaimanapun, Lyubov yang berasal dari Rusia itu mengakui sanggup terbang ke negara ini untuk memberi penghormatan terakhir kepada mendiang suaminya.

“Biarlah mayat itu dibawa pulang ke kampung halamannya (Nigeria) sahaja. Mereka (keluarga Oniya) lebih berhak,” katanya ketika tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) di sini, semalam.

Lyubov yang berlepas dari Rusia sekitar jam 9.35 pagi kelmarin, tiba bersama anak tunggal mereka, Angel yang berusia lima tahun jam 3.30 petang semalam, sebelum bergegas ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu, Kelantan.

Hadir sama, wakil T-Team serta dua lagi pemain import kelahiran Uzbekistan yang beraksi bersama pasukan itu iaitu Sadriddin Abdulaev dan Farhod Tadjiev.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Operasi T-Team, Mohd Syahrizan Mohd Zain menjelaskan, Lyubov memaklumkan bahawa dia tidak akan membuat sebarang tuntutan ke atas mayat suaminya itu.

Katanya, sebelum ini timbul isu berhubung tuntutan mayat Oniya apabila kedua-dua keluarga menuntut hak masing-masing, bagaimanapun kehadiran isterinya (Lyubov) merungkaikan masalah itu.

“Apapun kita perlu menunggu ketibaan bapa mendiang (James Oniya) pada Sabtu ini untuk urusan selanjutnya. Kelewatan ini berpunca urusan visa apabila pihak Nigeria meminta bapanya mengemukakan surat pengesahan terlebih dahulu.

“Kami hanya dapat mengeluarkan surat itu semalam (kelmarin) dan proses visa akan mengambil masa beberapa hari. Jika semuanya selesai berkemungkinan beliau (James Oniya) akan terus ke Kelantan untuk menuntut mayat anaknya itu, dan akan dibawa pulang ke Nigeria,” katanya.
 
sanggup isteri dia menangis walaupun suaminya negro....best dapat bini mcm ni, seorang yg penyayang.
 
David Oniya nie collapse tibe2 sebelum mati sebab ape ye?
 
Back
Top
Log in Register