BTC USD 81,576.8 Gold USD 4,059.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Isteri dipaksa kahwin lain

adamma

CG Top Poster Club
gem
Messages
23,605
Joined
Mar 7, 2007
Messages
23,605
Reaction score
39
Points
120
mainpix


KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan warga Australia kini dilema selepas isteri dikahwininya di Singapura April lalu tanpa restu keluarga akan dikahwinkan dengan pasangan pilihan keluarga mentuanya, Januari ini.

Isterinya, Nadia Abdul Aziz, 25, warga tempatan dan juga pensyarah di sebuah universiti tempatan dikahwini tanpa mendapat restu keluarga mentuanya sekalipun sudah berjumpa untuk memaklumkan hasratnya itu.

Najmalden Mohammad Saide, 36, berkata, kehidupannya lebih tertekan apabila sehingga kini tidak mengetahui khabar berita mengenai isterinya, walaupun beberapa kali menghubungi keluarga mentuanya itu.

Katanya, dia hanya sempat menikmati hidup sebagai suami isteri selama empat hari sebelum dihalang bertemu lagi dengan isterinya itu ketika datang bersama-sama untuk berjumpa mentuanya bagi memaklumkan pernikahan mereka.

“Kami saling menyintai antara satu sama lain dan mengambil keputusan bernikah di Singapura selepas gagal mendapat restu mentua walaupun sudah berjumpa dan menghubunginya,” katanya ketika ditemui di Balai Berita, di sini semalam

Beliau berkata, selepas bernikah, dia dan isteri datang berjumpa mentuanya di sini bagi meminta restu, namun dia dihalau manakala isterinya terus dilarang mengikutnya.

“Sejak itu, saya pernah beberapa kali cuba memasuki negara ini bagi berjumpa isteri tetapi gagal sebaliknya saya ditahan di lokap atas alasan cuba mengganggu isteri saya,” katanya yang sering berulang-alik dari Australia ke Malaysia semata-mata untuk berjumpa isterinya itu.

“Baru-baru ini saya dimaklumkan Nadia akan dikahwinkan dengan lelaki pilihan bapanya sedangkan dia adalah isteri saya yang sah. Berikutan itu, saya pada 5 November memfailkan permohonan pengesahan perkahwinan di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur,” katanya.

Selain itu, mahkamah juga telah mengeluarkan perintah injuksi menghalang pernikahan isterinya sehingga permohonan pengesahan perkahwinan mereka selesai.

“Pulangkan isteri saya dan restuilah perkahwinan kami kerana saya sayangkannya. Pelbagai cara saya lakukan untuk berbincang secara baik dengan mentua bagi menyelesaikan pertikaian ini namun gagal,” katanya.
 
tu la.. kalo takde restu nih byk je halangan..
 
apa la masaah orang ni.

hidup yg tak berapa tahun ni pun nak serius sgt
 
nak menikah elok-elok tak bagi pulak..nanti bawak lari marah pulak...tak paham ler apa nak jadi sekrg ni..
 
anak yang nak kahwin, bagi je la restu.

bro sebagai wali mereka lebih faham situasi dan apa yang terbaik untuk anak mereka

adalah perbuatan zalim apabila si wali menyerahkan amanah tuhan iaitu anak mereka untuk dikahwini golongan fasik

saya tak kata lelaki tersebut fasik cuma saya katakan disini pihak wali lebih memahami apa yang berlaku dan mungkin punya sebab yang betul betul munasabah sebab ayah dan datuk sebelah lelaki adalah wali mujbir

dalam hal ini kita baru dengar pendapat sebelah pihak berikan dan tunggu pendapat pihak sebelah lagi supaya kita tahu apa yang sebenarnya berlaku
 
apela dorang ni, nak kawin tu dah sama2 cinta kawin jela, yg mak bapak dorang nak larang tu naper?

ini bukan zaman dulu lagi, jodoh carik sendiri... tapi kalau lelaki tu kaki dadah ke ape ke boleh la tentang, ni dah nikah dah, boleh plak suruh kawin lain, apeke mak bapak dorang tu takder agama ke perempuan leh kWIN 2 PLAK??

apa pun, yg perempuan tu cari la solutin terbaik, yg laki plak pandai2 la amik ht mentua...
 
besa dengar org luar yg bermasalah, ni org kita pla problem hehe
 
Back
Top
Log in Register