kalau
CG Top Poster Club

- Messages
- 48,563
Paid Membership
- Joined
- Mar 4, 2008
- Messages
- 48,563
- Reaction score
- 127
- Points
- 123
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md denin dan Iskandar Shah Mohamed
[email protected]
KUALA LUMPUR: Mungkin kerana terlalu terkejut dan panik, isteri kepada anggota polis yang ditembak perompak, awal pagi semalam, bergegas ke bilik mayat Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) tanpa menyedari suaminya masih hidup dan dirawat di dalam wad.
Selain itu, anak perempuan mangsa yang berusia lapan tahun turut pengsan sejurus melihat keadaan bapanya yang terbaring ketika menerima rawatan di hospital berkenaan.
Dalam kejadian jam 1.50 pagi itu, mangsa, Lans Koperal Mohd Haswani Zambri Shaari, 30, cedera di paha ditembusi peluru yang ditembak dua perompak.
Haswani yang ditemui di Wad 4 G Trauma PPUKM, berkata ia pengalaman pertama ditembak sejak mula bertugas sebagai detektif 12 tahun lalu.
Menurutnya, ketika kejadian dia bersama lima rakan setugas lain cuba memberkas penjenayah yang dilihat berkeliaran di kawasan Taman Shamelin Perkasa, Cheras, di sini.
“Bagaimanapun, saya tidak menyangka perompak terlebih dulu melepaskan tembakan sebelum menembusi paha kiri saya.
“Walaupun ditembak penjenayah, saya masih sedar sebelum dua perompak berkenaan maut di tangan polis,” katanya.
Turut hadir melawat mangsa petang semalam Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Abu Samah Mat.
Menurut Haswani, ketika dibawa untuk mendapatkan rawatan kecemasan di PPUKM, dia sempat menghubungi isterinya, Nor Azihah Ch Mohd Azmin, 29, untuk memaklumkan apa yang berlaku, namun dia tidak sangka isterinya akan pergi ke bilik mayat untuk melihat keadaan dirinya.
Sementara itu, Nor Azihah berkata, dia bersyukur kecederaan dialami suaminya itu tidak terlalu parah dan menganggap kejadian itu paling buruk pernah dihadapi sejak mendirikan rumah tangga pada 2001.
> 2 penjenayah mati ditembak
KUALA LUMPUR: Tidak sampai 48 jam selepas melakukan rompakan di sebuah kedai emas, dua penjenayah berbahaya akhirnya terbunuh dalam kejadian berbalas tembak dengan anggota polis, awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 1.50 pagi itu, kumpulan penjenayah yang bersenjatakan tiga pucuk pistol terlebih dulu melepaskan tembakan ke arah kereta polis yang cuba menahan mereka.
Bagaimanapun, tindakan itu umpama mengundang ajal apabila polis membalas tembakan hingga menyebabkan suspek maut di tempat kejadian.
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Abdul Samah Mat, berkata kejayaan menumpaskan dua penjenayah berkenaan susulan daripada penubuhan pasukan khas bagi menjejaki suspek sejurus kes rompakan di Taman Leng Seng, Cheras, Rabu lalu.
Menurutnya, pasukan khas terbabit yang diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah cuba mengenal pasti identiti perompak.
“Hasil daripada siasatan, pihak polis akhirnya mengesan kehadiran suspek di kawasan perindustrian Taman Shamelin Perkasa di sini, awal pagi tadi (semalam).
“Anggota polis kemudian mengekori Proton Perdana dinaiki dua suspek sebelum ia diarahkan berhenti,” katanya.
Namun suspek enggan menyerah sebelum melepaskan beberapa das tembakan ke arah polis.
“Susulan itu, pihak polis terpaksa mempertahankan diri dengan membalas tembakan terbabit yang mengenai dua suspek. Kedua-dua suspek maut di tempat kejadian.
“Tembakan penjenayah bagaimanapun menyebabkan seorang anggota polis iaitu Lans Koperal Mohd Haswani Zambri Shaari, 30, cedera di paha kiri akibat terkena tembakan dan kini dirawat di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM),” katanya.
Menurutnya, pemeriksaan polis kemudian menemui sepucuk revolver, sepucuk pistol automatik dan satu pistol mainan bersama 10 butir peluru hidup.
“Polis turut menemui tiga pisau dan sejumlah barang kemas yang dirompak kumpulan penjenayah sebelum ini. Malah, siasatan turut mendapati kenderaan dinaiki suspek dicuri dari kawasan Petaling pada 27 Julai lalu,” katanya.
mymetro online news.