BTC USD 63,881.5 Gold USD 4,477.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Israel Semakin Melampau

mir.minimalis

Fun Poster
Messages
227
Joined
Nov 19, 2013
Messages
227
Reaction score
2
Points
15
DOHA, 7 Nov 2014 (PIC) — Sheikh Al-‘Allaamah Yusuf Qardhawi, Ketua Persatuan Ulamak Islam Sedunia menyeru umat Islam di seluruh dunia supaya turut bergerak dan berinfak demi memenangkan Masjid al-Aqsa al-Mubarak.

Dalam kenyataan rasmi Persatuan Ulamak Islam Sedunia yang disiarkan oleh Palestinian Information Center (PIC) pagi tadi, Sheikh Qardhawi menyarankan seluruh ulamak agar menyampaikan kepada umat Islam tentang kepentingan Masjid al-Aqsa, sambil menyebut bahawa apa jua usaha sekalipun harus dilakukan demi menyelamatkan masjid mulia itu.

“Saya menyeru kepada seluruh pemimpin, tinggalkan sejenak kepentingan-kepentingan peribadi dan kerusi kepimpinan kamu. Mari ikut berjuang membela Masjid al-Aqsa. Kepada masyarakat, tolong-menolonglah di antara kamu untuk mengajak para pemimpin bersatu dan bekerjasama membela Masjid al-Aqsa,” katanya.

Beliau juga menyeru supaya seluruh rakyat Palestin terus berjuang memenangkan Masjid al-Aqsa. “Bagi yang sanggup berjuang di al-Quds yang terjajah, lakukanlah. Bagi yang mampu sampai ke Masjid al-Aqsa, berjuanglah dan menangkanlah. Saya serukan kepada seluruh umat Islam di dunia, mari dukung, bantu dan menangkan rakyat Palestin dengan apa sekalipun yang mereka perlukan.”

Sheikh Qardhawi menegaskan, seluruh umat Islam tahu dan merasakan apa yang dideritai oleh rakyat Palestin. Mereka dizalimi dan ditindas, diperlecehkan dan disiksa, mendapat layanan yang tidak berperikemanusiaan dan dijajah dalam semua lapisan kehidupan. Tetapi, mereka masih boleh bertahan dan bersabar, serta berjuang.

Beliau berkata lagi, “Kami tidak boleh bersabar lagi jika Masjid al-Aqsa, masjid yang Allah berkati sekitarnya, kiblat pertama umat Islam, tempat Rasulullah SAW diisrakkan, serta masjid ketiga Islam diserang, diperlecehkan dan dinodai.”

Dalam beberapa hari kebelakangan ini Masjid al-Aqsa secara berterusan diserang dan dinodai oleh rejim Zionis. Rabu lalu, buat pertama kali sejak tahun 1967 askar-askar Zionis dengan memakai kasut telah memasuki dan mengotori mihrab-mihrab Solahudin al-Ayyubi serta menyerang para jemaah.


http://haluanpalestin.org/jangan-bersabar-jika-masjid-al-aqsa-dihina-qardhawi/
 
Yusuf Qardhawi, Ketua Persatuan Ulamak Islam Sedunia mahukan Masjid Al-Aqsa yang sekarang ditawan Israel tgh syok membakar karpet dan AL-Quran dalam masjid tersebut beritahu mereka taknak berunding kecuali lawan mereka dengan senjata.

Berundur lagi umat Islam pasal takut digelar terorrist jika lawan yahudi.
 
selamatkan masjid al-aqsa..
israel ni semakin berani
 
cuba cari dlm dunia ni, negara islam yg ada penasihat yahudi.
 
Orang islam tgh jihad ekonomi..mana nak lawan..
Kalo thariq bin ziad dok jihad ekonomi, islam takkan tersebar ke sepanyol...tp nk buat cmne, bila kita bangkit, dikata militan..
Padahal nabi pernah attack rombongan perniagaan abu sufyan...
 
Bila jihad perang jd wajib??? Ke nak tgu masjid aqsa dah kn tawan dulu??
 
bukan ada ore nak dengar pun.
maklumlah ada propaganda yg kata tuan syeikh yusuf macam-macam.
 
owhh...yg kena jihad org palestine je bkn seluruh org islam....kata ulamak terhebat.
 
Mana pergi bridget al qassam..time perang lawan..aqsa kena tawan senyap jer..
 
Back
Top
Log in Register