BTC USD 63,323.9 Gold USD 4,327.97
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Israel larang makaroni

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
RAFAH 18 Feb. - Apa bahayanya makaroni - hanya sekadar makanan Itali biasa. Namun ia tidak dibenarkan oleh Israel untuk dihantar kepada penduduk Gaza atas alasan keselamatan.

Agak mengejutkan dan tidak masuk akal tetapi itulah antara senarai barangan larangan yang diumumkan oleh agensi bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Biasanya Israel melarang bahan-bahan yang boleh mengancam keselamatannya dibawa masuk ke wilayah itu. Dengan larangan tersebut mungkin rejim Zionis itu merasakan makaroni juga boleh ditukar menjadi senjata berbahaya.

Selain makaroni, banyak lagi barangan yang membabitkan keperluan harian dan pembangunan semula Gaza tidak dibenarkan dibawa masuk.

Senarai itu dibacakan oleh wakil agensi PBB terbabit pada mesyuarat dengan wakil-wakil daripada pelbagai organisasi sukarela dan bantuan dari seluruh dunia di Al Arish dekat sini semalam.

Turut menyertai mesyuarat itu ialah Mercy Malaysia yang diwakili oleh Ahli Majlis Eksekutifnya, Norazam Ab. Samah.

Selain makanan, usaha membangunkan semula Gaza juga sukar kerana bahan-bahan utama untuk binaan tidak dibenarkan masuk ke wilayah yang musnah ekoran serangan tiga minggu Israel mengorbankan 1,300 penduduk termasuk kira-kira 500 kanak-kanak.

Antaranya ialah simen dan besi dilarang sama sekali kerana Israel bimbang ia boleh dijadikan senjata.

Tanpa simen dan besi segala kerosakan dan kemusnahan yang dilakukan tentera rejim Zionis itu, Gaza tidak mungkin dapat dibaiki dan dibangunkan semula.

Menurut wakil agensi bantuan PBB itu, pada masa ini pihaknya hanya menjadi orang tengah untuk membawa masuk bekalan bantuan terutama makanan yang tersadai di Al Arish.

"Bagaimanapun tidak semua boleh dibawa masuk. Ada yang dilarang dihantar ke wilayah itu seperti makaroni," katanya.

Selain itu, besi paip yang juga penting untuk membangunkan semula Gaza tidak boleh dibawa masuk atas alasan keselamatan.

Turut tidak dibenarkan masuk ke Gaza ialah baja dan racun untuk kegunaan dalam bidang pertanian.

Dengan segala larangan itu, kehidupan penduduk Gaza terus terhimpit kerana kediaman yang runtuh tidak dapat dibina semula selain sumber makanan yang semakin terhad.
 
Kalau simen dan besi tak boleh nak dibawa masuk macam mana nak buat bangunan...memang bengap Israel nie...sampai makaroni pun takut ke...
 
dah terlibih takut tu...
 
hehehe.. bole guna ikat askar depa kot.. tu yg takut..
 
makaroni tu depa takut boleh jerut tengkuk la tu.....pengecut punya yahudi.....
 
israel laknatullah..
penakut..
ceh..
 
ni astro la ni.. dok popularkan makaroni.. rona roni makaroni.. kekeke
 
Sengal punya Isreal Laknat..... UN pun brengset... Lembu Yahudi...
 
Back
Top
Log in Register