BTC USD 85,386.0 Gold USD 4,301.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Islamikkah perbankkan islamik?

smua org islam dh tahu bnda ni riba tp ttap gunakan gak
sbab tiada pilihan , so ????

tang mana takde pilihan tu Tuan.
insurans pon skg dah ada takaful. sudah tukar ka?
loan konvensional dah ada loan islamic

kalo tukar yg lama dgn islamic kita rugi ka?tang tu tanya sama hati la...

cuma ni la masalahnyer, bila takde...kita dah usahakan utk ada. tp masih jd persoalan pulak. sekurangnya kita ada pilihan, tukar le.
kalo berbahas smpi bila pon tak selesai....:D
 
"xda bank islam yg betul2 islamik.. Semua dikaburi dgn BACK DOOR RIBA".. Sepupu aku dari uitm kos islamic banking :)
 
Eden antaro mangso angkaro Bank Selam..cis cis cis dan cis laie..buek loan ghumah,officer terhegeh2 setel dokumen..loan lambek disburse,den jgk yg kono interest la ngan developer..den bgtau kek officer bank selam,buek **** jo...---SERVICE OUT---
 
Eden antaro mangso angkaro Bank Selam..cis cis cis dan cis laie..buek loan ghumah,officer terhegeh2 setel dokumen..loan lambek disburse,den jgk yg kono interest la ngan developer..den bgtau kek officer bank selam,buek **** jo...---SERVICE OUT---

bank islam ni bermasalah semua atau ikut branch?
 
"xda bank islam yg betul2 islamik.. Semua dikaburi dgn BACK DOOR RIBA".. Sepupu aku dari uitm kos islamic banking :)

suh sepupu awk blajaq rajin2. bila dh grade...gunakan ilmu yg dipelajari..perbaiki system yg sedia ada..

masalah kita..kekurangan pakar dalam bidang syariah
muamalat.
 
mantap ke bro?:D

uzar rasanya salah pemahaman ni. apa yang ust. imran cakap tu contoh je. salah satu produk kononya islamic bank. maksudnya lebih kepada fractional reserve system secara menyeluruh. tujuan sebenarnya adalah penggunaan emas sebagai matawang. bila guna emas ni, fractional xlehlah berfungsi macam sekarang. uzar bukannya xpaham, mungkin saja buat2 xpaham. :D:D:D

senarionya,

sykt cekik darah developer sdn. bhd. pemaju taman rumah mahal boulevard. antara projek rumah flat 3bilik, 1bilik air, 1bilik tandas duduk dgn harga RM60,000.

si A bernama rakyat marhain bin kena kencing buta ingin beli rumah tu. duit yang ada hanya RM10,000. dia datang dgn isteri dan anak 7orang, berusia dari 5 hingga 12 tahun, dengan harapan ingin kediaman yang lebih selesa setelah tinggal dirumah setinggan yang disewa dgn harga RM200.

lepas tgk je contoh rumah (kalau ada), dia bersetuju. dia pun bayar ke pemaju duit booking, RM500. dalam masa 3bulan, dia kena bayar balance deposit 10% dan sign SNP. jadi, dia kena bayar balance RM5,500. dia pun tersenyum riang, sebab duitnya ada. ada balance lagi untuk beli tambahan perabot.

pergilah dia mencari bank untuk buat pinjaman rumah. dalam kepala dia, untuk lebih afdal donia dan akhirat, dia nak cari bank islam (atau kononnya islam). jumpalah dia bank tersebut. bank ahlong kononnya islamic berhad. masuklah dia jumpa pegawai bank, sambil bawa resit booking rumah dan slip gaji yang cantek. nama xde masalah untuk buat loan bank. bank officer cakap, alhamdulillahhhhhh. en datang tempat yang betul. hari tu juga keluar letter offer. hehehehe. tapi, en. kena bayar balance deposit dan sign SNP dulu, sebelum pinjaman diluluskan. no problem katanya. pergilah dia jumpa pemaju, untuk segerakan sign SNP. pemaju cakap, boleh je. bawa duit sekali. SNP dah standard, tukar nama je. ehehehehe. dipendekkan cerita, bank tersebut luluskanlah pinjaman BBA, dgn segala istilah arab dan inggeris yang satu haram pembeli ni tak paham kecuali perkataan loan. dalam hati kecil, peduli hapa aku. islamic bank ni. xkan nak menindas.

setelah 3tahun, rumah yang ditunggu hanya nampak cerucuk sahaja. terbengkalai. bank dah keluarkan 40% jumlah yang dipinjam. tanpa berlengah masa, bank keluarkan surat untuk minta pembayaran dari pembeli. pembeli cakap, nak bayar apa? rumah xde. bank bagitahu, aku peduli apa, kau dah pinjam, duit dah keluar, lepas 3 tahun, kau bayarlah instalment, jumlah pokok tambah jumlah keuntungan (ayat kapitalis, principal plus interest). ini tidak adil, kata pembeli. instalment aku nak bayar, rumah aku kena sewa. kata bank pulak, ohh maaf. kami bukan pusat zakat atau badan kebajikan. kami adalah PENIAGA. adil bukanlah manifesto kami. dalam agreement xde sebut pasal adil tentang ni. ekekeke. terkebil kebillah pembeli rumah tu. nak baca balik agreement loan dgn SNP, xpaham. siannnnn pembeli.#:-S

ini salah satu senariolah. banyak senario sebenarnya, tapi malas nak tapi panjang2.

antara isu utamanya adalah, siapa pembeli dalam senario ni? En.Rakyat marhain bin kena kencing buta, atau bank ahlong kononnya islamic berhad. kalau ikut kata UZAR, bank yang beli. jadiiiiiiiii

1)kenapa SNP bukan bank yang sign?
2)kenapa deposit individu yang bayar?
3)kenapa projek terbengkalai, individu yang kena tanggung, sedangkan pembeli rumah dari pemaju ialah bank?

mantop boh !!!!:)paid:)paid:)paid

i like :)
 
suh sepupu awk blajaq rajin2. bila dh grade...gunakan ilmu yg dipelajari..perbaiki system yg sedia ada..

masalah kita..kekurangan pakar dalam bidang syariah
muamalat.

rasanya kepakaran tu dah di solve lama dulu... byk dah skrg pakar2 dlm bidang nie just tak gunakan apa yg dibelajar dan diterapkan dlm institusi
 
suh sepupu awk blajaq rajin2. bila dh grade...gunakan ilmu yg dipelajari..perbaiki system yg sedia ada..

masalah kita..kekurangan pakar dalam bidang syariah
muamalat.

Setuju dgn pernyataan di atas... Rasenya sume ustaz2, tok guru2, AJK masjid/surau, ulama2, mufti2, majlis fatwa negeri & kebangsaan SEBULAT SUARA mengatakan riba di perbankan konvensional adalah haram...

Sebagai org Islam, kita disediakan dgn perbankan Islam. Mungking ade pendapat yg berbeza TAPI TIDAK SEBULAT SUARA mengenai Back door riba tersebut...

Inilah usaha yg cuba dijalan oleh ilmuan kewangan Islam dlm menukar sistem tersebut.. pelan2 kayuh.. yg penting usaha tetap dijalankan.. sama2 kita berusaha & berdoa supaya ianya dipermudahkanNYA dan sume kita dilindungiNYA.

Sekira tiada usaha menyokong hasrat ini, apakah yg akan terjadi kelak...??? sama2 kita fikirkan,
 
Back
Top
Log in Register