Salam Otai2 dan Warga CG,
Saya mendapat e-mail ini dari seorang sahabat.Sebenarnya saya sendiri pun telah lama terfikir mengenai perkara ini kerana pernah mengambil pinjaman dari institusi-institusi yang sedemikian.Walaupun agak panjang tetapi artikel ini amat menarik kerana ianya ditulis dalam bahasa "commonsense" sahaja.Saya juga da membaca perbahasan dari thread-thread di dalam CG ini sendiri mengenai hala haramnya sesuatu pelaburan "especially" ASB.Diharap warga CG dapat meluangkan sedikit masa dan memberikan pendapat.Jazakallah.
Sorry kalau astrok(Rasanya takde).
---------------------------------------------------------------
Apa yang membakar lagi semangat dan meneguhkan lagi pendirian saya ini (pembiayaan bank Islam haram) adalah apabila mendengar penceramah pertama dipersidangan tersebut Dr. Umar Vadilliodengan lantangnya menyatakan bahawa perbankan islamik itu "double" haram.
Diikuti pula oleh Sheikh Imran Hosein yang bersependapat sedemikian. Pada hari kedua pula Dr. Aziuddin dari KUIS pula menyatakan perbankan islam "triple" haram. Disini saya ingin berkongsi maklumat dan mengajak rakan-rakan merenung kembali berfikir samada islamikkah perbankan islamik itu dengan amalan-amalan perniagaan yang mereka lakukan dan juga mengapa tokoh-tokoh dipersidangan riba' ini menyatakan sedemikian.