BTC USD 86,223.3 Gold USD 4,170.33
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Islam ke kita......

islam ke kita...


  • Total voters
    0
sangat setuju dgn ayat diatas saudara/i red rose. sebagai tambahan saya sertakan ayat dibawah untuk kita fikirkan dan ingat memperingati, menghayati isi kandungan alQuran.

'Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu Kitab Suci Al-Quran yang bersamaan isi kandungannya antara satu sama lain(tentang benarnya dan indahnya), yang berulang-ulang(keterangannya, dengan berbagai cara); yang(oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah. Kitab Suci itulah hidayah petunjuk Allah; Allah memberi hidayah petunjuk dengan Al-Quran itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya yang salah), maka tidak ada sesiapa pun dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya.' (surah Az Zumar; ayat 23)

kitalah yang memilih sendiri sama ada jalan yang sesat atau jalan yang benar...

untuk menyokong ayat diatas ...lagi

'Sesiapa yang mengerjakan amal soleh maka faedahnya akan terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang berbuat kejahatan maka bahayanya akan menimpa dirinya sendiri; dan Tuhanmu tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-hambaNya.'
Surah Fussilat ayat 46.
 
Jadilah kamu Islam selagi mengucap 2 kalimah syahadah. Basic. Lain2 perkara mengurangkan iman dan membawa kepada kekufuran. Selagi tidak terosak akidah selagi itu kita Islam. Iman dan Taqwa? Masuk bab lain plak. Ok. Org lain sambung....
 
Back
Top
Log in Register