BTC USD 80,888.5 Gold USD 4,378.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Islam Hadhari????

saya tidak seperti mereka wahai awek_goku....sila jelaskan kenapa anda kata mufti perlis mcm lalang..?

TQ

mufti perlis dia x tetap beb ape keputusan dia.. lalang.. faham lalang?
nah aku bg ko website ni ko baca
http://sokongsalaf.wordpress.com/20...tor-bollywood-pandangan-mufti-perlis-ditagih/


nah aku pastekan


ah dan harga diri Islam serta berharap rakyat dapat menilai sejauh manakah kejujuran pihak berkenaan dalam memperjuangkan konsep Islam Hadhari.

Islam Hadhari

Adalah sesuatu yang luar biasa bagi seorang isteri pemimpin negara Islam untuk bersalaman mesra, merangkul tangan dan melaga-lagakan pipi dengan lelaki bukan mahram apatah lagi di hadapan khalayak umum. Ditambah dengan aksi Perdana Menteri sendiri yang tanpa segan silu menyentuh bahu aktres wanita di hadapan umum.

Negara ini sedang rancak mempromosikan konsep Islam Hadhari dan “masyarakat bermaruah bermula denganmu Pak Lah”. Prinsip kelapan Islam Hadhari sebagai contoh menyentuh soal ‘keutuhan budaya dan moral’. Jika kedua-dua insiden di atas boleh dijadikan ukuran, apakah keutuhan budaya dan moral yang mampu dicapai oleh Islam Hadhari? Apatah lagi konsep Islam Hadhari diperkenalkan “bagi menjana pembangunan yang seimbang dan pengintegrasian antara kemajuan duniawi dan juga persiapan ukhrawi”.

Soalnya, apakah bentuk “persiapan ukhrawi” yang boleh dijadikan contoh ikutan oleh rakyat jika kita mahu menjadikan dua insiden di atas sebagai ukuran.

Mufti Perlis perlu tegaskan pendirian

Mungkin inilah masanya bagi Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin, penyandang jawatan Mufti termuda di negara ini memberikan pandangannya.

Dr Asri dalam beberapa siri wawancara dengan akhbar tempatan menyelar pihak penguatkuasa jabatan agama Islam negeri-negeri yang didakwanya sering mengaibkan pelaku-pelaku khalwat yang melakukan modus operandi mereka di tempat-tempat sunyi termasuk di bilik hotel.

Bagi Dr Asri, pihak penguatkuasa agama sepatutnya lebih menumpukan kesalahan yang dilakukan secara terang-terangan seperti meminum arak dan berjudi di tempat umum

.

Dalam wawancara dengan The Sunday Star, 24 Disember 2006, wartawan Zulkifli Abdul Rahman merekodkan:

(Dr Asri said,) The Prophet didn’t say we must shame another. Why are we arresting people who commit khalwat and bringing the press along to record the event?

Stressing that he doesn’t condone sinful acts, he had said that Muslims should address the bigger issue of amar makruf nahi mungkar (practising good, rejecting the bad) and tackle sinful practices in the open.

He believes that this would be better than “looking for sinful acts in hidden places.”

Dalam wawancara yang sama, Mufti Perlis itu juga dilaporkan The Sunday Star sebagai berkata:

“Let’s tackle the bigger issue of Muslims committing sins in the open first. How about corrupt practices which are evident to other Muslims?

“What about Muslim youths or unmarried couples hugging each other in the open? Youths doing nothing but lepak? Or Muslims drinking alcohol openly in restaurants or pubs?

“All these are being done in the open, in front of other Muslims, yet not much is being done to stop them.

“These are things that Muslims can see with their own eyes and the worry is that the new generation of Muslims will no longer respect the moral limits of their actions.

“This will create an environment where Muslims are free to commit acts against Islam in the open, thinking that their actions are acceptable,” he said.

Inilah masa yang paling sesuai untuk Dr Asri menegaskan pendiriannya apatah lagi dalam wawancara dengan Malaysiakini, beliau mengakui sanggup dipecat demi untuk menyatakan kebenaran!- tajdid
 
aku x tau apa maksud si awek_goku.. tapi apa yg aku nampak dan perhatikan dia ni 'lalang' dr segi dia boleh ejas statement dia ikut kesesuaian. dia akan cari hujah yg boleh membuatkan sesuatu isu yg dia sokong akan menang. inilah contoh mufti islam hadhari. contoh ustazah islam hadhari ko nak x? siapa lagi kalau bukan ustazah dr. masitah.. boleh keluarkan hukum kalau idup dh daif sangat boleh la apply keja jadi pelacur.

jauh beza dengan mufti perak umpamanya..yg benar tetap benar.. yg hukumnya haram tetap haram! dia x kan ejas hukum supaya yg haram jadi halal!

ramai org kata mufti muda perlis ni bercakap berdasar darah muda,..... entah wallhualam
 
proud to hear that u are not part of Ustazhyip and Nasiayam :) :)

Yang mana betul kena kata betul laaa..takkan benda bengkok aku nak kata lurus pulak :D ..Tujuan aku kat sini cuma untuk berforum (bertukar2 fikiran dan tambah ilmu, bukan nak cari gaduh dan disusuli dgn maki hamun)
 
proud to hear that u are not part of Ustazhyip and Nasiayam :) :)

maneeee gi budak budak berekor tu....yang seekor bekokokkkkkk yg satu lg ......camane eeekkkkk......sooooory divert skit

mohon maaf pada manusia andai tersalah kata...
 
maneeee gi budak budak berekor tu....yang seekor bekokokkkkkk yg satu lg ......camane eeekkkkk......sooooory divert skit

mohon maaf pada manusia andai tersalah kata...

dah kene tambat...:eek: :eek: :)) :))
 
Yang mana betul kena kata betul laaa..takkan benda bengkok aku nak kata lurus pulak :D ..Tujuan aku kat sini cuma untuk berforum (bertukar2 fikiran dan tambah ilmu, bukan nak cari gaduh dan disusuli dgn maki hamun)

alhamdullilah.....amin...aku harap mcm tu la kawan kawan.....tak de yang gaduh gaduh dan maki hamun cam dua mamat lg tu....jelas se jelas jelasnya.

mohon ampun pada Allah andai tersalah bicara..
mohon maaf pada manusia andai tersalah kata...
 
bagusla..kalau macam nie..kita berbincang secara ilmiah...mungkin ada ilmu kita dapat disini
 
Back
Top
Log in Register