BTC USD 63,955.6 Gold USD 4,467.91
Time now: Jun 1, 12:00 AM

ISLAM HADHARI atau ISLAM?

boey

Legendary Member
gem
Messages
15,508
Joined
Oct 10, 2007
Messages
15,508
Reaction score
57
Points
120
Oleh:
Abu Munzir
Exco Biro Dakwah dan Hubungan Awam
Gabungan Mahasiswa Islam se-Malaysia (GAMIS)

Mutaakhir ini, kerajaan Barisan Nasional (BN) telah menggiatkan usaha bagi mempromosikan Islam Hadhari versi UMNO dan BN diseluruh negara. Seluruh media nasional digerakkan untuk membantu usaha ini. Bagi orang yang terlibat dengan politik Islam, pendokong gerakan Islam dan massa yang mengambil cakna terhadap perkembangan Islam di Malaysia, mereka lebih cenderung mengatakan usaha mempromosikan Islam Hadhari adalah agenda politik kotor UMNO dan BN semata-mata bagi mengaburi mata masyarakat Islam di seluruh Malaysia khususnya bagi menghadapi pilihan raya umum yang ke-12 tidak lama lagi.

Jika ditanya kepada Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi berkaitan tarikh pilihan raya umum akan datang, beliau hanya menjawab: “ Saya belum mendapat ilham lagi.” Bagi mewakili Gabungan Mahasiswa Islam se-Malaysia (GAMIS) saya sangat bersetuju dengan pendapat yang mengatakan bahawa Islam Hadhari adalah agenda terdesak politik kotor UMNO dan BN dalam menghadapi Parti Islam Semalaysia (PAS) khususnya dan Barisan Alternatif (BA) amnya dalam pilihan raya umum akan datang bagi mengekalkan pemerintahan dan peguasaan mereka. Persoalannya ‘Islam Hadhari’ atau ‘Islam’ yang diwahyukan oleh Allah S.W.T. kepada Nabi Muhammad S.A.W.?

Setahu saya, Allah hanya berfirman seperti berikut: “ Sesungguhnya Agama disisi Allah adalah Islam.” [Ali-Imran:19] Bukannya Dia berfirman: “ Sesungguhnya Agama disisi Allah adalah Islam Hadhari.” Di sini jelaslah penipuan yang dilakukan oleh UMNO dan BN. Selain itu, 10 prinsip Islam Hadhari yang digagaskan adalah retorika semata-mata. Prinsip-prinsip tersebut adalah; Keimanan dan Ketaqwaan kepada Allah, Bekerajaan Adil dan Beramanah, Rakyat Berjiwa Merdeka, Penguasaan Ilmu Pengetahuan, Pembangunan Ekonomi Seimbang dan Komprehensif, Kehidupan Berkualiti, Pembelaan Hak Kumpulan Minoriti dan Wanita, Keutuhan Budaya dan Moral, Pemeliharaan Alam Semulajadi dan akhir sekali ialah Kekuatan Pertahanan.

Kenapa saya berani mengatakan bahawa Islam Hadhari adalah agenda politik kotor UMNO dan BN? Kenapa saya dengan penuh yakin mengatakan 10 prinsip Islam Hadhari adalah retorika semata-mata? Ayuh kita lihat! Kebelakangan ini para penulis dan penganalisis sekular dan Barat, sama ada yang mengikuti aliran pemikiran Marxisme atau Liberalisme sama-sama mempopularkan berbagai istilah baru bagi menyukarkan dan menggugat kedudukan Islam. Antara istilah-istilah tersebut adalah ‘Islam Politik’, ‘Islam Liberal’, ‘Islamophobia’ dan ‘Islam Radikal’. Dr Yusuff al-Qaradhawi telah menyebut dalam buku beliau Fiqh Kenegaraan: “ Perkara pertama yang mesti dijelaskan di sini ialah kita sebagai umat Islam tidak dapat menerima penamaan seperti ini, sebab ia merupakan salah satu usaha para musuh Islam untuk memecahbelahkan Islam ke dalam beberapa bahagian. Dengan demikian, mereka harap Islam tidak lagi satu dan utuh seperti agama yang diturunkan Allah dan dianuti oleh umat Islam, tetapi ia menjadi berbagai-bagai jenis Islam seperti yang mereka sebutkan dalam istilah mereka.” Jadi ‘Islam Hadhari’ juga merupakan jenamaan baru terhadap Islam. Jika UMNO dan BN betul-betul nak bawa Islam tidak perlulah digagaskan Islam Hadhari, cukuplah dengan menggunakan nama Islam dan melaksanakan segala perintah dan larangan yang telah ditetapkan oleh Islam secara jelas dan terang dalam al-Quran dan as-Sunnah. Mengapa perlu adakan Islam Hadhari?

Kedudukan Malaysia dalam Indeks rasuah terus menjunam! Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Transparency International Corruption Perception Index (CPI) kedudukan Malaysia terus menjunam dari tangga ke-37 pada tahun 2003, ke-39 pada tahun 2004 dan 2005, dan ke-44 pada tahun 2006. Diramalkan Malaysia akan terus jatuh dengan pendedahan pelbagai rasuah terkini. Di manakah prinsip keimanan dan ketaqwaan kepada Allah yang ditekankan dalam Islam Hadhari? Di manakah prinsip bekerajaan adil dan beramanah? Kadar jenayah dan keselamatan rakyat kian terancam. Samseng-samseng dan gangster-gangster wujud di setiap pelusuk negara. 40 bulan yang lalu PM dan pasukan polis berjanji untuk mengurangkan kadar jenayah 5% setahun sejak tahun 2004, tetapi meningkat 12% setahun.

Pengakuan bekas KPN (Jan 1974-Jan 1994), Tan Sri Hanif Omar (Kolum, Sunday Star) atas tajuk “ Jenayah dan Kualiti Hidup.” menyebut bahawa: “ Saya sendiri dan keluarga sudah tidak lagi berasa selamat berjalan-jalan di jalan raya dan tempat awam di Malaysia hari ini.” Rakyat juag mendesak supaya kerajaan dan pasukan polis menubuhkan ‘Task Force’ untuk menyelesaikan 604 kes bunuh, 2435 kes rogol, 68 kes rompakan bersenjata dan sebagainya. Mampukah pihak berkuasa kita melakukannya dengan kadar jenayah makin menjadi-jadi dan meningkat pada setiap hari, lebih malang lagi ada juga pihak berkuasa yang terlibat dalam melakukan jenayah. Jadi kepada siapa rakyat ingin memberi kepercayaan? Kajian telah dibuat dari tahun 2003 hingga tahun 2006, kes jenayah telah melonjak naik sebanyak 45.1% dari 156,315 kes kepada 226,836 kes, manakala bagi kes rogol juga melonjak sebanyak 65.8% dari purata 4 orang wanita menjadi mangsa setiap hari kepada 6.7 orang setiap hari. Masalah sosial dikalangan muda-mudi juga semakin meruncing dan membimbangkan. Jadi ke mana prinsip rakyat berjiwa merdeka dan kehidupan berkualiti Islam Hadhari di terapkan?

Pada 27 Februari 2007, Indeks Komposit merudum dari paras 1,272.87 ke 1,164.68 pada 2 Mac 2007, dengan kerugian ‘Market Capitalisation’ sebanyak RM97.58 bilion, ketika berlaku panik di bursa (free fall) Shanghai/Shenzhen dan Wall Street. Dalam temubual TV7 Ogos 2006 PM mengatakan bahawa anak dan menantunya tidak dapat projek kerajaan dan tiada syarikat dikuasai oleh negara asing. Tapi hakikatnya, apa yang Scomi dapat? Projek membaikpulih 1500 gerabak keretapi KTM RM 50 juta, bina badan bas Syarikat Prasarana Negara bernilai RM 120 juta, target projek monorail Pulau Pinang RM 1.1 bilion dan RM 1.5 bilion untuk projek Petronas. PM kata mana ada syarikat dimiliki oleh negara asing? Cuba kita lihat, 150 juta saham Telekom bernilai RM1.5 bilion kepada Temasek Holdings pada 2 Mac 2004, Temasek beli syarikat surat khabar (5% The Star dan 5% saham dalam NST), Temasik juga membeli bank (MPlantations-Allied Bank sebanyak 7% dan bercanggah dengan BAFIA) dan Avenue Capital Securities menguruskan penjualan Hospital Pantai kepada Parkway sebanyak 31%. Kalau begini, mampukah kerajaan merealisasikan tonggak ke-5 Islam Hadhari iaitu Pembangunan Ekonomi Seimbang dan Komprehensif?.

Selaku mahasiswa, yang menguasai ilmu pengetahuan dan daya keintelektualan yang tinggi kita mestilah bijak berfikir. Berusaha mengkaji maklumat tersirat di dada-dada akhbar dan media elektronik mengenai kesahihan dan kebenaran sesuatu fakta. Jika tidak, sia-sialah kita berada di gedung ilmu bertahun-tahun, tetapi tidak dapat mencari kebenaran yang sebenar dan hanya mengikut perkembangan semasa secara ‘membuta tuli’ sahaja. Kita perlu berani menyatakan kebenaran, mempertahankan hak mahasiswa dan menjadi suara kepada masysrakat. Kita dibebani oleh hutang-hutang yang berlipat kali ganda jumalah yang perlu dibayar (PTPTN dan 3% riba yang didakwa sebagai kos pengurusan). Celiklah wahai mahasiswa, bangkitlah dan ayuh! Kita lakukan perubahan dan kembalikan kuasa mahasiswa. ‘Kuasa Mahasiswa Kuasa Perubahan’.
 
bawakan kepada kami satu ayat dari Al-Quran yg mengatakan secara spesifik ttg Islam Hadhari......
sebab hingga setakat ini..kami hanya kenal ISLAM..tanpa perkataan hadhari di belakangnya....
 
Kalu sokong islam hadari...bleh jatuh murtad tak?
sbb memang sah menyesat dari segi akidah...
 
bagi hamba,islam hadari yg diperkenalkan hanya utk menagih simpati/menipu rakyat terhadap kepimpinan skrg.:mad: :mad:
 
bagi hamba pulak, islam hadari yg diperkenalkan membolehkan seorang pemimpin mengimamkan solat fardu, disamping itu imam tersebut boleh memeluk wanita-wanita cantik yang bukan muhrimnya.
 
ISLAM HADARI...EM SEHARI K DUA HARI....:eek: :eek: :eek: :eek:
 
bagi hamba pulak, islam hadari yg diperkenalkan membolehkan seorang pemimpin mengimamkan solat fardu, disamping itu imam tersebut boleh memeluk wanita-wanita cantik yang bukan muhrimnya.

aku mintak maaf kat Pah lah awal2. Ya Allah.. Tak sanggup aku tengok.. korang tengok laa sendiri :mad: :o :-?
 
Last edited:
Petanda akhir zaman . Akan muncul ajaran yg tak pernah didengar . Org tua kita pun tak pernah dgr .
Tapi org yg membawa ajaran tu mengiyakan ajarannya ( lebih kurang sama ngan ayah pin ) .

Mana ada org bawa ajaran sesat mengaku yg dia bawa ajaran sesat .
Itulah lumrah hidup kita ni.... Begitu hampir ngan kiamat....
 
Back
Top
Log in Register