BTC USD 60,991.9 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Islam, akhlak Islam dan Pas

BerkatNiaga

Banned
Messages
1,491
Joined
Oct 20, 2008
Messages
1,491
Reaction score
13
Points
25


Sama2 kita muhasabah

Islam, akhlak Islam dan Pas
RIDHUAN TEE ABDULLAH
January 23, 2012
Pengganti Hasan Ali hanya diberikan portfolio adat istiadat Melayu, Belia dan Sukan sahaja dalam rombakan Exco di Selangor. Portfolio Islam, Infrastruktur dan Kemudahan Awam diambil alih pemimpin tertinggi Selangor ultra kiasu. Agak terkejut juga apabila pemimpin kanan Pas yang dilantik menggantikan Hasan, tidak lagi diberikan amanah berkaitan dengan Islam, sedangkan Pas dan Islam sudah sinonim.

Menurut kata ultra kiasu tersebut, pelantikan dan rombakan Exco ini dipersetujui kepimpinan Pas. Nampaknya Pas terus tunduk kepada ultra kiasu. Sebelum ini, presiden Pas menegaskan, parti itu tidak pernah tunduk kepada kehendak atau tekanan mana-mana pihak, termasuk parti komponen Pakatan Rakyat terutamanya DAP seperti didakwa. Beliau berkata, Pakatan Rakyat sentiasa mengamalkan konsep terbuka dan segala masalah diselesaikan dengan baik. Persoalan saya, apakah benar?

Saya amat yakin perubahan ini dibuat kerana ultra kiasu amat takut jika Pas diberikan jawatan Exco yang lama, sudah tentu akan berulang peristiwa lama. Persoalan arak, rumah urut, dakyah Kristian dan perkara berkaitan Islam akan menjadi kontroversi seperti pernah dilakukan oleh Hasan. Untuk menyelamatkan keadaan, pemimpin sekular sosialis telah mengisi posisi tersebut.

Saya tidak menjadi masalah jika portfolio Islam diberikan kepada orang yang sekurang-kurang mempunyai sedikit asas Islam, misalnya bacaan dan pemahaman al-Quran serta Islamnya baik, walaupun tidaklah mencapai makam ustaz atau berlatarbelakangkan pengajian Islam. Atau carilah sekurang-kurang yang pro kepada Islam, bukan yang sekular sosialis. Saya amat hairan kenapa Pas membenarkan keadaan ini berlaku? Apakah benar dakwaan mengatakan Pas sudah menjadi semakin liberal disebabkan oleh parasit-parasit yang wujud?

Mungkin akan ada yang bertanya, Zahid Hamidi (Menteri Pertahanan) juga pernah memegang jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Islam), sedangkan latar belakang bukanlah pengajian Islam. Jawapannya saya, latar belakang Zahid dan Hasan amat berbeza dengan pemimpin ultra kiasu Selangor itu. Mereka berdua boleh memahami dan membaca al-Quran, menjadi imam dan menyampaikan khutbah dengan baik. Cuba bertanya kepada pemimpin ultra kiasu Selangor tersebut, adakah beliau juga sedemikian?
Lebih mengejutkan lagi, tidak ada seorang pun pimpinan Pas memuji Hasan atau mengenangkan jasa beliau semasa berada dalam Pas dan ketika menjadi Exco Selangor?

Pemuda Pas mengingatkan Hasan supaya jangan menjadi kuda tunggangan Umno. Veteran Pas mengibaratkan Hasan buah busuk yang akan gugur sendiri dan banyak lagi perkara negatif dilemparkan, hanya kerana Hasan bukan lagi orang Pas.

Nampaknya, orang Pas sahaja yang baik, orang lain tidak? Kenapa ketika Hasan berada dalam Pas, yang buruk-buruk langsung tidak disebut? Adakah ini cara Pas bertindak? Selama ini Pas selalu melabelkan Umno sebagai kotor. Hatta, mereka yang menulis dalam media arus perdana ‘pro Umno’ pun dikatakan kotor, yang bersih hanyalah pakatan ultra kiasu ini. Sebab itu, saya tertarik dengan rasional Nasharudin Mat Isa yang juga berharap tidak timbul polemik di kalangan anggota Pas yang menganggap orang yang menyatakan pendapat dalam media pro Umno ingin menjadi anggota Umno.

Di manakah akhlak kita sebagai umat Islam? Lupakah kita pada akhlak Rasulullah? Jika lupa, biar saya ingatkan! Shofwan bin Umayyah dan bapanya Umayyah, amat memusuhi Rasulullah SAW. Ketika Rasulullah memasuki Makkah dalam peristiwa Fath Makkah (Penaklukan kota Makkah), ramai orang Quraisy ketakutan dan melarikan diri. Mereka takut kalau Rasulullah akan membalas dendam atas perbuatan mereka selama ini. Shofwan melarikan diri ke Jeddah dan bercadang ke Yaman, menyeberangi lautan. Dia merasakan lebih baik mati di tengah lautan daripada mati di tangan Rasulullah.

Pada masa sama, Umayr bin Wahb berjumpa Rasulullah lalu menceritakan yang Shofwan akan bunuh diri di lautan. Rasulullah memberikan imamah (serban melilit di kepala) yang dipakainya ketika itu. Lalu, berangkatlah Umayr menuju Jeddah, menyusul Shofwan... menunjukkan serban Rasulullah kepada Shofwan...

Shofwan membatalkan niatnya melarikan diri, lalu bersama Umayr kembali ke Makkah, mendatangi Rasulullah. Tatkala tiba, Shofwan berkata, ‘Inikah orang yang telah engkau berikan jaminan keamanan?’ Rasulullah menjawab; Ya, benar’. Shofwan berkata, ‘Kalau begitu, beri aku waktu dua bulan untuk menentukan sikap (apakah masuk Islam atau tidak?)’. Rasulullah menjawab, ‘Engkau aku beri waktu empat bulan’.

Begitulah akhlak Baginda terhadap musuh-musuhnya. Rasulullah tidak menekan Shofwan untuk mengambil keputusan dengan cepat, namun memberinya waktu lebih lama dari yang diminta.

Jika begitulah lunaknya Rasulullah, wajarkah kita lakukan perkara ini kepada mereka yang sebangsa dan seagama?


Comment using...


Zamri Mahyeddin · Technic Training Teaching College
Terima kasih atas ingatan saudara tentang akhlak kita sebagai umat Islam. Saya tak setanding saudara yg tinggi ilmunya. Tapi bukankah berburuk sangka tu tak elok. Hukumnya saudara lebih arif. Wallahualam. "Saya amat yakin perubahan ini dibuat kerana ultra kiasu amat takut jika Pas diberikan jawatan Exco yang lama, sudah tentu akan berulang peristiwa lama." "Untuk menyelamatkan keadaan, pemimpin sekular sosialis telah mengisi posisi tersebut." Saya kira saudara tentu tak suka pemimpin sekular sosialis, kan?
Reply · · 6 hours ago

Nik Roslan · UNIVERSITY KEBANGSAAN MALAYSIA
saya sangat setuju dengan tulisan saudara ridhuan tee abdullah..hidupkan perjuangan islam yang sebenar..marilah kita sama-sama bergerak kearah perpaduan ummah.
Reply · · 7 hours ago

Nazir Azhari · Owner at Ceritera Cinta
Dato' Onn Jaafar pernah mengalami perkara yang hampir sama.
Reply · · 8 hours ago

Arie SeVen · Ufo
betol3......
Reply · · 8 hours ago
 
so camtu umno je la yg baik ye tak ?
tak serik2 lagi ngan umno..
 
biasanya..benda yg belum sahih tapi diribut taufankan oleh orang lain...tambah2 dekat nk mengundi skali...kita try tukar la skali..tgk cane...sape islam sebenar sape islam sekular..
 
Sepatutnya PAS yang pegang exco agama Islam..bukan PKR..
 
RIDHUAN TEE ABDULLAH
kaki bodek umno
 
teringat kuliah ustaz azahar...ulamak pengampu ni...nak sebutkan marah pulak...sendiri ingat la.....
 
ridhuan tee pernah cakap pasal melayu..
memang pengkhianat bangsa dia ni..kahkahkahkah!
 
Guano jd gini..dl x dop la dok bodek gini..wacana sinar psl hudud tunjukan "the true color of reduan tee"

Dok marah ko cina dap skali2 x kn trima islam..mudoh tes hukum..ingat hidayah hok cik mu ko..nabi sdiri x penah putus asa dakwah ko pok sdaro dia..hidayah milik allah..dia blh bui ko sapa dia nok

Baki lg..yg blum terima kena usha cari..yg dah dpt kena jaga dan pertahankan serta dakwah skali
 
pas xpeganag hal agama marah
yang umno pegang hal agama, kenapa xpernah nak sokong pelaksanaan hudud?
kenapa xpernah bersuara bila konsert sana sini?
disko sanan sini dari dulu sampai sekarang?
 
ni la masalah demokrasi yang masih ramai lagi tak nampak sebenarnya. Bukan pada umno mahupun pas. ianya masalah demokrasi.

:) :) :)
 
Back
Top
Log in Register