BTC USD 86,268.9 Gold USD 4,184.62
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Islam agama liberal

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
61,479
Joined
Jun 17, 2007
Messages
61,479
Reaction score
7,006
Points
881
Islam liberal: Satu definisi
FAISAL MUHAMAD | | 19 September 2020
Rabu | 14 Oktober 2020
SAYA ada membaca artikel yang dimuat naik oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang menjawab kekecohan mengenai definisi liberal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Definisi yang diberi Jakim – liberal adalah suatu bentuk pemikiran yang bebas, terbuka dan dipandu oleh hawa nafsu dalam bidang yang pelbagai. Ia membuatkan saya berfikir bagaimana untuk mendefinisi seseorang itu berpandukan hawa nafsu?

Beberapa orang teman telah membandingkan maksud liberal yang merujuk kepada Kamus Dewan dan terdapat perbezaan dengan takrifan Jakim. Ia menimbulkan perbahasan dalam kalangan orang bijak pandai media sosial, yang menyatakan maksud liberal adalah luas tetapi telah disempitkan oleh Jakim yang boleh menimbulkan kekeliruan.
Merujuk kepada artikel Zulkifli yang berjudul ‘Dari Liberalisme ke Islam Liberal: Satu Sorotan’ yang menjawab definisi liberal itu, beliau mengakui tidak ada satu definisi yang disepakati bersama. Dalam artikel tersebut, beliau menghuraikan sejarah asal-usul liberal dengan menyebut beberapa nama.

Walaupun kebanyakan nama yang disebut secara amnya liberal tetapi tokoh-tokoh itu lebih kepada falsafah ekonomi dan politik liberal, contohnya makalah yang dirujuk beliau yang ditulis Milton Friedman bertajuk ‘The Basic Principle of Liberalism’. Contoh lain ialah tokoh liberal era moden seperti John Stuart Mill, manakala tokoh era pencerahan yang dikatakan Bapa Liberal iaitu John Locke tidak disebut dalam artikel berkenaan.
Walau apa pun definisi menurut sejarah, beliau ada memberitahu, tujuan artikel yang ditulis itu lebih kepada pemikiran liberal agama, iaitu liberal Islam yang merujuk kepada golongan yang menamakan diri mereka sebagai Jaringan Liberal Indonesia.

Selain itu, kata beliau lagi, ada individu dan golongan yang mempunyai pemikiran liberal tetapi tidak menamakan diri mereka liberal, maka akan menyebabkan terjadinya salah faham dan tohmahan jika dibahas.
Saya menulis artikel ini bertujuan ingin mengkaji definisi sebenar yang menyebabkan Jakim mengeluarkan definisi liberal.

Ia berkait dengan perkembangan pemikiran dari zaman ke zaman. Manusia tidak dinafikan berkembang fikiran setelah melalui beberapa fasa.
Pemikiran terasuh daripada pembacaan akan menghasilkan cara berfikir logik. Logik adalah hasil daripada serapan ketika berfikir. Maka saya berpendapat, apa yang difikirkan logik itu betul menurut fitrah manusia.

Pengaruh
Contohnya, saya membaca pelbagai buku seperti Ibnu Arabi, Trotsky, Kant, John Locke dan majalah Gila-Gila. Maka, fikiran saya yang terhasil bukanlah disebabkan pengaruh daripada buku-buku tersebut tetapi lebih kepada membaca dan berfikir secara kritis yang mungkin pada logiknya ada kenyataan dalam buku itu memang betul pendapatnya.
Mungkin ada orang akan berfikir mengikut takrifannya, saya seorang sufi, filosofi, sosialis, liberal dan berfikiran gila-gila agaknya jika kita mendefinisikan secara begitu tetapi hakikatnya tidak. Ia lebih kepada bagaimana kita hendak memperluaskan pemikiran dengan membahas dalam mencari kebenaran.
Dalam artikel tersebut, Zulkifli ada memberitahu pada bahagian rumusan dan kesimpulan bahawa, “Gerakan Islam Liberal yang terinspirasi daripada ideologi liberalisme pula diwujudkan atas asas untuk membebaskan umat Islam daripada belenggu kejumudan dan keterbelakangan yang diakibatkan oleh fahaman konservatisme dan fundamentalisme agama melalui penghargaan terhadap kepelbagaian pandangan, pembukaan pintu ijtihad, perjuangan hak asasi manusia dan mempertahankan kebebasan.”

Pada perenggan seterusnya, beliau bersetuju bahawa semua cita-cita yang digariskan adalah bertepatan dengan Islam, cuma katanya, “Namun, ia dilakukan dengan cara menyanggah dan meruntuhkan tradisi keilmuan ulama yang telah diwariskan sejak zaman-berzaman. Pintu ijtihad pula dibuka seluas-luasnya kepada sesiapa sahaja.”
Saya masih tidak nampak di mana salah secara logiknya, cuma mestilah dalam kalangan orang yang berilmu.
* Faisal Muhamad ialah seorang jurutera kanan di sebuah syarikat lebuh raya dan amat meminati penulisan kreatif. Untuk berbual, e-mel beliau: [email protected]
Artikel Berkaitan
 
Ulasan utusan

1602662225800.jpeg
 
bagus.. ada bacaan lanjut dari thread aritu

fahamkan dulu maksud asal liberal tu dgn gerakan yg konon "liberal" yg kita tengok skrg ni

dkt situ baru boleh nampak punca banyak masalah yg jadi skrg ni ;)
 
Kita berkiblatkan kaaba

dulu agama melarang wanita memandu, kini saudi telah membenarkan wanita memandu

itu lah liberal/bebas drp dogma tradisional..bukan bebas isap dadah n Memandu melanggar org


Kingdom’s journey from ultra-conservatism to ultra-modernism
By
Abdul Rasool Syed
October 14, 2020
Saudi Arabia, currently, is undergoing a phenomenal metamorphosis; a country widely known for its ultra-conservative posture is now gradually moving towards liberalism. It is witnessing a remarkable transformation in its socio-economic-cultural contours. The kingdom, once influenced and controlled by orthodox clergy, did not let women come out of their domestic confines but, now, the situation has diametrically changed. It has allowed the womenfolk incredible latitude to not only come out of home but also to travel abroad independently. They are, thus, supposed to contribute to country’s socio-economic development by working shoulder to shoulder with men. Economy, too, is being diversified; the kingdom is jettisoning its chronic dependence on oil revenues and is moving towards rapid Industrialization. Acculturation, once regarded as taboo by Saudi society is now, being appreciated bit by bit.

The man, who masterminded this movement of colossal change, is none other than Crown prince Mohammad bin Salman (MBS); He is the real catalyst that is working devotedly and diligently to improve his country’s image nationally and internationally. His ideology is described as nationalist and populist, with conservative attitude towards politics and a liberal stance on economic and social issues.

 
Di negara arab saudi
1603005938626.jpeg
tiada penternakan babi
Atau menjual barangan babi
Mereka pun tak bole jual arak
1603006080266.jpeg
tetapi mereka tidak lah begitu liberal berbanding dgn negara islam lain :D
 
What does it mean to be liberal minded?

Liberal is defined as something that is not restricted. ... A liberal is someone who is open-minded and progressive in their views. An example of liberal is someone who likes new ideas that will bring progress even if they are not traditional.

-----------

dalam islam, kita boleh terima pendapat orang lain, selagi kes yg tidak melibatkan akidah dan bertentangan dgn pendapat jumhur ulama / majority ulama .. setakat benda kecik contoh perkara furu' / ranting tu bolehlah diterima

so, kalau kita islam, tp cukuplah kalau nak, kita berpegang pada kata kunci asal liberalism ni, open minded + progressive views, selagi tidak bercanggah dgn core belief kita .. zaman kegemilang khulafa dgn zaman golden age dulu tu bukti dia

apa beza dia dgn liberal versi yg org dok heboh2 ni?

masalah dia, geng acah liberal ni selalu lebih sudu dari kuah.. suka tafsir quran hadis ikut nafsu dia sendiri, aku tengok geng ni ramai yg ade traumatic background.. jenis ada masalah keluarga.. jadi dkt situ dah nampak dia takde sound mind kalau nak bawak keluar hujah masing2 tu.. banyak tak berasas dan berniat jahat

kalau nak sangat jadi "liberal" tu, jadilah macam dr maza, pembaharuan dia bawak dlm memahami agama tu berdasarkan dalil dan nas yg jelas dan dia boleh huraikan dgn terperinci, bukan main ulang cakap org lain tp sendiri tak faham apa yg dia dok cakap tu

janganlah ikut geng acah2 moden tp sebenarnya fikiran diorang serabut dan celaru, boleh tengok statement dgn cara hidup diorang sendiri, tak sama pun dgn apa yg dia hujahkan tu..

benda ni panjang kalau nak debat, tp aku rase dah ade topic ala macam ni

nah.. try baca dan hadam sket benda ni bro.. biar tak salah pilih dlm hidup ni


 
apa yg aku faham...(pandangan aku)

liberal ni adalah suatu konsep yang ada beberapa ciri...
- open-minded
- hak manusia yg adil
- kebebasan bersuara
- ketelusan pemerintahan

dan banyak lg lah sebenarnya....
tapi basically lebih kurang mcm ni lah...

dan ISLAM memang ada ciri-ciri liberalism tu....tapi tak sepenuhnya lah....bukan semua....

tapi kalau nak cakap pasal agama, dan agama mana yg paling banyak ada ciri-ciri liberalism,, ISLAM lah jawapannya....

yang angkat martabat wanita
- ISLAM

yang menghapuskan sistem perhambaan
- ISLAM

tiada kasta, semua sama
- ISLAM

yang meraikan perbezaan pendapat
- ISLAM



kalau nak sebut, sebenarnya mmg banyaklah...

agama lain kebanyakkan depa lari jauh dari agama depa.....
depa mengaku agama sekian-sekian,, tapi depa sendiri pun banyak tak tahu pasal agama depa sendiri....
kitab depa sendiri pun langsung tak pernah baca..... depa dah jauh dari agama masing2 walaupun mengaku agama sekian-sekian.....
sebab ajaran depa (yang telah korup tu), tiada ciri-ciri liberalism dalam agama depa menyebabkan depa lari jauh...

so, depa cipta la falsafah liberalism...
- aku tak tahu la mungkin depa dapat inspirasi dari kehebatan ISLAM suatu ketika dulu
- tapi depa taknak campur dengan agama, so depa cipta la falsafah liberalism....

orang ISLAM kita kebanyakan tak suka dengan liberalism sbb falsafah liberalism ni mmg dicipta kerana tak mau campur dengan agama.....

meh aku ulang sekali lagi
- liberalism ni adalah suatu falsafah (dan bukan agama)...
- ISLAM bukan liberal....
- tapi ciri-ciri liberalism ada banyak dalam islam

sebelum wujudnya falsafah liberal yang banyak konsep2 yang baik tu, sebenarnya ISLAM dah lama dah perkenalkan konsep2 yang ada dalam liberalism..

kalau korang still tak faham, tak tahu lah....

mmg betul konsep2 dalam liberalism ni bagus....
tapi ada certain2 part juga ada keburukannya....
basically liberalism ni pasal kebebasan lah.... tapi bagi aku, kalau terlalu bebas, bahaya jugak sebenarnya.....
tgk orang2 mat salleh (ambil contoh US)....rakyat dia aku nampak mcm makin bengap.....makin takde adab....

aku pernah tengok ada satu live seorang perempuan umur lebih kurang 20-an....aku lupa APP tu nama apa.... APP ni la antara app yg mula2 buat LIVE video sebelum adanya FB LIVE, insta LIVE.....tapi app ni mat salleh ramai pakai...so aku tengok la LIVE seorang perempuan ni....ada satu part tu, tiba2 dia menangis...aku tak tahu dia fikir pasal apa.....tapi dia cakap yg bermaksud, "korang semua tak tahu macam mana nasib wanita hidup di USA"...lebih kurang mcm tu lah ayat dia...sambil menangis teresak-esak... panjang lagi dia duk luah masalah...sambil menangis....tapi mmg dia nak kata sebagai seorang wanita, dia rasa tak selamat hidup di US....

so, ini yang kebanyakan orang ISLAM kita pun tak suka.... terlalu bebas sehingga boleh timbulkan mudharat....
sedangkan Nabi kita mengajar pada kesederhanaan..... karna ISLAM itu bebas...tapi perlu ingat, ISLAM itu juga adil....dan juga tegas....


meh aku ulang sekali lagi
- liberalism ni adalah suatu falsafah (dan bukan agama)...
- ISLAM bukan liberal....
- tapi ciri-ciri liberalism ada banyak dalam islam
- ISLAM dah ajar lama dah konsep2 kebebasan sebelum timbulnya falsafah liberal

wallahualam...kalau aku salah, tolong betulkan....
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register