Spending Creates Loyalty.
Konsep ini kini diperkenalkan pula dengan ISK118 dengan objektif memberi kemudahan yang terbaik kepada ahli untuk berbelanja dengan memberi imbuhan yang lumayan dengan menyediakan cara pembayaran yang mudah yang menggunakan teknologi maklumat terkini. Ahli ISK118 akan diperkenalkan dengan U-Pay Debit Card . Kad ini mempunyai kesemua bentuk kemudahan yang ada pada kredit kad dan diterima oleh peniaga diseluruh dunia. Yang berbeza adalah ianya satu kad pra bayar.
Kad ini boleh digunakan dilebih 30 juta pedagang diseluruh dunia. Kemudahan mengeluarkan wang di lebih 900,000 mesin ATM diseluruh dunia. Selain dari itu ahli dilindungi insuran perjalanan dan pelbagai perlindungan lain.
Pelancaran Rasmi
ISK118 bakal dilancarkan secara rasmi pada 13 Disember 2008 di Sunway Lagoon Hoteldan akan dihadiri oleh delegasi dari seluruh dunia. Pelancaran rasmi ini dilakukan serentak dengan 14 negara lain termasuk China, Thailand, Indonesia, Taiwan, Hong Kong, Singapura, Brunei ,US,Phippines,England,Canada,India,Hong Kong dan negara penganjur Malaysia.
Dengan pelancaran rasmi ini dipercayai dapat menarik lebih ramai ahli menjadi pelanggan setia IPC Shoppping dan terus meningkatkan keuntungan dan pembangunan syarikat. Justeru itu pihak IPC sanggup memberi ganjaran yang lumayan kepada ahli kerana memahami bahawa 20% pelanggan yang setia menjana 80% hasil pendapatan syarikat dan bayangkan jika jumlah pelanggan setia meningkat melebihi paras 20% peningkatan pendapatan syarikat akan menjadi berlipat ganda.
Program keahlian ISK118 ini merupakan satu program pertama di Malaysia yang memberi ganjaran yang lumayan dalam bentuk wang dan pelbagai faedah lain yang diperolehi setelah menjadi ahli.