BTC USD 81,068.1 Gold USD 4,378.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Isharefans

benda ni aku tgk mmg sebijik skim piramid

orang atas / memula yg sempat dapat habuan

yg lambat ni sikit mmg terciduk

kesian.. musim org ramai tgh sesak duit ni, mmg ramai yg terkena
 
Pelaburan 'like' dan 'share', mangsa rugi RM20,000

saipul_1606731467.jpg


Kuala Lumpur: Polis menerima dua laporan berkaitan skim pelaburan 'Like dan Share' membabitkan kerugian bernilai hampir RM20,000.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Saiful Azly Kamaruddin berkata, dua laporan itu dibuat seorang lelaki bekerja sebagai eksekutif di sebuah syarikat dan seorang wanita berpangkat pengarah.

"Susulan itu satu serbuan dilakukan ke atas premis berkenaan di sekitar ibu kota dan mendapati pejabat berkenaan kosong.

"Pengarah syarikat itu mendakwa kerugian RM9,888 manakala eksekutif terbabit pula mendakwa mengalami kerugian RM10,000," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Saiful berkata, hasil siasatan dan risikan yang dilakukan kita mendapati premis terbabit sudah ditutup sejak 9 November lalu.

"Polis sudah mengenalpasti individu warga tempatan yang menjadi dalang skim pelaburan berkenaan hasil risikan dijalankan.

"Orang ramai dingatkan supaya berhati-hati dan tidak terpedaya dengan duit mudah yang dijanjikan sindiket pelaburan,"katanya.

Dalam perkembangan lain, Saiful Azly berkata, pihaknya juga menjalankan tiga serbuan sekitar ibu kota membabitkan kes tipu dan judi dalam talian, Jumaat lalu.

Katanya, serbuan dijalankan sepasukan polis dari Bahagian Risikan Operasi IPK Kuala Lumpur dan Bahagian Siasatan Jenayah Siber Multimedia dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman.

"Serbuan dilakukan di dua premis kondominium di Jalan Kia Peng, Kuala Lumpur, hasil serbuan di kedua-dua premis berjaya menahan sembilan individu.

"Dalam serbuan pertama itu, polis berjaya menahan empat lelaki warga China berusia antara 30 hingga 40 tahun serta merampas pelbagai peralatan telekomunikasi," katanya.

Menurutnya, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi bersama Bahagian Risikan JSJK Bukit Aman menyerbu beberapa bilik di sebuah hotel di Bukit Bintang dipercayai terbabit judi dalam talian.

"Hasil serbuan berjaya menangkap keseluruhan 29 individu terdiri daripada lima lelaki dan seorang wanita warga tempatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.

 
uish, berapa lama bertahan company ni? tp sampai sekarang tak paham macam mana jana pendapatan????
mnde ni simple je..aku ingt kes ipad dkt cg ni..mnde sama je ni..first batch smua dpt ipad...2nd 3rd abis kelaut..konsep sama je ni...mybe die invest skit duit..nk dptkn keyakinan org..bl dh ramai org,ckup blk modal,untung juta2...die chow jela...hahahah
 
mnde ni simple je..aku ingt kes ipad dkt cg ni..mnde sama je ni..first batch smua dpt ipad...2nd 3rd abis kelaut..konsep sama je ni...mybe die invest skit duit..nk dptkn keyakinan org..bl dh ramai org,ckup blk modal,untung juta2...die chow jela...hahahah
masuk akal jugak macam ni...hahahahahahhhahah

yela,bisnes perlukan modal kan..hihihihi
 
SINDIKET 'LIKE & SHARE' | Polis Buka Kertas Siasatan Pelaburan Baharu Jana Wang

Polis membuka kertas siasatan membabitkan sindiket pelaburan baharu dalam talian berbentuk menjana wang.

Lima platform dikenal pasti beroperasi ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan menawarkan pulangan lumayan kepada mangsa melalui tugasan 'like and share'.

 
'LIKE & SHARE' | Jangan Mudah Terpedaya Nak Untung Masa Singkat

Pendedahan yang dibuat Bukit Aman semalam berhubung pelaburan baharu dalam talian berbentuk penjanaan wang melalui platform tertentu di internet juga seharusnya dipantau rapi pihak berkuasa sebelum ramai lagi yang tertipu.

 
Back
Top
Log in Register