BTC USD 81,115.2 Gold USD 4,378.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Isharefans

ok kasi onnnn ....

1606445438821.png
1606445443457.png
1606445448270.png
 
Mana-mana individu yang menjadi mangsa pelaburan berkenaan diminta tampil membuat laporan.

JSJK terima dua laporan kes pelaburan IshareFans

27 November 2020

1606461935996.png

Hantaran di media sosial Facebook mendakwa beberapa individu menjadi mangsa kes pelaburan IshareFans.

KUALA LUMPUR - Polis menerima dua laporan berkaitan kes pelaburan IshareFans yang dipercayai memperdaya mangsa dengan kerugian berjumlah RM6,000 setakat ini.

Ketua Penolong Pengarah (Siasatan Jenayah Korporat/Kewangan) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk S Sasikala Devi berkata, dua laporan itu dibuat mangsa di Sabah dan Pahang pada bulan ini.
"Satu laporan membabitkan kerugian RM1,000 dan satu lagi kes adalah kerugian RM5,000.

"Siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengenal pasti sejak bila kegiatan itu aktif dan modus operandinya," katanya kepada Sinar Harian hari ini.
Tegasnya, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, beliau meminta mana-mana individu yang menjadi mangsa pelaburan berkenaan tampil membuat laporan untuk tindakan lanjut JSJK.

Terdahulu, beberapa keping gambar tular di media sosial Facebook memaparkan sekumpulan individu disyaki mangsa datang ke pejabat pelaburan berkenaan, namun premis terbabit telah ditutup.

Aik ni berita ni biar betol... Gambar tu gambar office likeshare, tapi tajuk berita Isharefan..... Compius aku
 
System dia out teros..
Sebab ramai sangat yang join..

Benda mmg leh fikir..

Tak logik..

Klo dia dpt 1000 orang yg beli pakej diamond..

1000 x 1000 =1 juta..

Capai target.. Boomm system crash..

:LOL:

tahniah kpd yang join package diamond..

Yang bagi maklumat acct bank dan lain-lain..

Itu pun tahniah.. Geng ni leh jual je data korang..

Anggaran aku maybe diorang dah wat profit 10 juta +++
 
Jumlah Kerugian Di Tanggung Mereka Yang Terjebak iShareFans Melebihi Macau Scam

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Gagasan Baru Harapan Malaysia membuat laporan polis bagi mendesak pihak berkuasa melakukan siasatan segera terhadap penularan satu promosi skim dikenali sebagai iShareFans yang didakwa telah menipu ramai pihak.

Presidennya, Mohd. Zulfitri Mohd. Basir berkata, laporan itu dibuat kerana skim yang menggunakan sistem permainan wang (money game) itu didapati telah menggunakan sistem pengoperasian yang meragukan.

“Kami telah mengesan satu ciapan yang dimuatnaik di Facebook rasmi Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bertajuk “Tipu scam boleh buat duit? Money Game System Ponzi” di mana dalam hantaran tersebut meletakkan gambar yang dipercayai merupakan sebuah sistem dikenali sebagai iShareFans.

“Selepas diselidik, didapati skim ini menggunakan sistem Ponzi yang meragukan sehubungan itu pihak kami tampil membuat laporan polis bagi mendesak pihak berkuasa segera siasat skim tersebut yang kini telah menjadi tular di laman sosial bagi mengelakkan ia digunakan sebagai platform penipuan,” katanya.

Tambahan beliau, setelah membuat penyelidikan melibatkan ribuan mangsa, beliau mendapati jumlah kerugian wang ringgit yang dialami mangsa iShareFans dianggarkan ratusan jutaan ringgit, iaitu lebih daripada jumlah kerugian mangsa Macau Scam.

“Scam iShareFans lebih berbahaya dari Macau Scam, jadi PDRM perlu mengambil langkah dengan pantas untuk memburu penjenayah scammer tersebut.

Mohd. Zulfitri berkata demikian ketika tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini hari ini.

Sejak semalam, skim iShareFans menjadi tular di laman Facebook selepas terdapat beberapa pihak memuatnaik kenyataan bahawa mereka ditipu apabila pihak pengendali skim itu tidak dapat dihubungi dan wang yang diperoleh melalui skim itu turut tidak dapat dikeluarkan.

Difahamkan skim tersebut menawarkan pulangan berbentuk wang yang banyak dengan mudah di mana ahlinya akan diberi tugas untuk memberi tanda suka dan kongsi beberapa akaun laman sosial bagi mendapatkan ganjaran.

Setiap ahli juga perlu melaburkan wang ringgit mengikut pakej-pakej yang disediakan bagi mendapatkan semula pulangan modal yang dikeluarkan.

Setelah menerima aduan yang lengkap bagi memulakan siasatan, PDRM dengan kerjasama SKMM Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia akan menjejaki dan memburu penjenayah yang terlibat dengan iShareFans.

1.jpg
 
uish, berapa lama bertahan company ni? tp sampai sekarang tak paham macam mana jana pendapatan????
 
uish, berapa lama bertahan company ni? tp sampai sekarang tak paham macam mana jana pendapatan????
Jaga dengan menipu hahaha.....ak join yg free ja sebab dh agak ending dia mcm mn
 
Back
Top
Log in Register