BTC USD 83,014.8 Gold USD 4,194.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Iran bubar polis moral

Yallah

Super Active Member
gem
Messages
7,479
Joined
Jun 21, 2021
Messages
7,479
Reaction score
1,051
Points
151
mansuh-polis-moral.jpg
Anggota polis moral (kiri) memberi amaran kepada seorang wanita mengenai pemakaian dan tudungnya ketika melakukan rondaan di Teheran pada 22 April 2007. – AFP

Iran bubar polis moral​

  • Oleh KOSMO!
  • 6 Disember 2022, 9:00 am

TEHERAN – Iran memansuhkan polis moral selepas dua bulan protes di seluruh negara berterusan susulan kematian gadis berketurunan Kurdis-Iran, Mahsa Amini semasa dalam tahanan pasukan berkenaan, lapor akhbar Arab News kelmarin.

Protes yang dilabel sebagai ‘rusuhan’ oleh pihak berkuasa itu tercetus selepas Mahsa meninggal dunia, 16 September lalu. Dia ditahan polis moral di Teheran tiga hari sebelumnya kerana didakwa tidak memakai tudung secara sempurna.

“Polis moral tiada kaitan dengan badan kehakiman dan telah pun dimansuhkan,” kata Peguam Negara, Mohammad Jafar Montazeri seperti dipetik agensi berita ISNA.

Polis moral atau secara rasmi dinamakan Gasht-e Ershad (Peronda Bimbingan), ditubuhkan semasa pemerintahan bekas presiden, Mahmoud Ahmadinejad untuk menyebarkan budaya kesopanan dan pemakaian hijab dalam kalangan wanita.

Unit tersebut mula melakukan rondaan pada 2006.

Pengumuman pemansuhan pasukan itu berlaku sehari selepas Mohammad Jafar memberitahu bahawa Parlimen dan badan kehakiman Iran sedang membincangkan isu mengenai sama ada undang-undang kewajiban memakai hijab perlu diubah.

Presiden Ebrahim Raisi dalam satu kenyataan yang disiarkan stesen televisyen tempatan Sabtu lalu berkata, asas Republik Islam Iran mempunyai perlembagaan yang teguh namun, terdapat beberapa kaedah pelaksanaan perlembagaan yang fleksibel.

Pemakaian hijab diwajibkan di Iran empat tahun selepas Revolusi 1979 yang menyaksikan monarki disokong Amerika Syarikat digulingkan diikuti penubuhan Republik Islam Iran.

Anggota polis moral pada awalnya mengeluarkan beberapa amaran sebelum mula menangkap wanita yang melanggar peraturan itu 15 tahun lalu.

Etika berpakaian bagaimanapun beransur-ansur berubah terutamanya di bawah pemerintahan bekas presiden Hassan Rouhani yang menyaksikan wanita boleh memakai seluar jeans ketat bersama tudung berwarna-warni dan longgar.

Namun pada Julai tahun ini, pengganti beliau, Raisi yang bersikap konservatif menggesa semua institusi negara agar menguatkuasakan undang-undang berkaitan pemakaian tudung. – Agensi
 
Polis moral hanya untuk menghukum kesalahan orang awam je. Jadi layakkah dibubarkan.
 
Back
Top
Log in Register