BTC USD 62,043.3 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

IQram Dinzly muflis

Menurut Iqram, sekiranya gagal berbuat sedemikian sebuah rumah berupa unit kondominium dan dua kereta miliknya akan dilelong.

siapa mamat ni? dah tak bayar cukai, mintak orang awam yang mungkin cuma ada kapcai dan tiggal di rumah sewa hulur bantuan supaya kondo dan kereta2 sendiri selamat. lawak lah.

ada hikmah semua tu. Mungkin ni peluang nak selamatkan diri dari dunia hiburan yang melalaikan.
 
Iqram rayu bantuan orang ramai selesaikan RM90,000

PELAKON Iqram Dinzly yang diisytihar muflis, Isnin lalu memohon sumbangan ikhlas orang ramai bagi membantunya keluar dari masalah itu.


Iqram, 38, atau nama sebenarnya Muhammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin yang juga cucu mantan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Said berkata, dia memerlukan lebih kurang RM90,000 jika ingin bebas dari senarai bankrupsi dan insolvensi.

“Saya dimaklumkan oleh peguam Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), jika ingin bebas dari status berkenaan saya kena jelaskan lebih kurang RM90,000 dalam tempoh yang berbaki 20 hari lagi.

“Disebabkan itu, saya mengharapkan bantuan daripada orang ramai. Ini pertama kali saya buat macam ini. Saya berharap ada sedikit belas ihsan dalam diri mereka. Memadai jika saya dapat keluar daripada status muflis dan insolvensi supaya dapat membuat perancangan lain. Selebihnya, saya boleh ikhtiar cara lain.

“Saya tak malu nak minta bantuan. Biarlah orang nak kata apa. Kalau ini cara yang boleh menyelesaikan masalah saya, apa salahnya,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Iqram, sekiranya gagal berbuat sedemikian sebuah rumah berupa unit kondominium dan dua kereta miliknya akan dilelong.

“Saya nak mengharapkan bantuan keluarga pun susah juga, sebab masing-masing ada komitmen. Dalam masa sama, takkan saya nak menyusahkan Mama pula. Saya tak nak bebankannya kerana dia pun ada banyak lagi tanggungan dalam keluarga.

“Diakui apabila timbul masalah ini, seorang rakan pun tak ada yang bertanya atau ingin menghulurkan bantuan. Saya pula jenis yang tak pernah mengungkit apa yang pernah dibuat sebelum ini.

“Kalau ada antara mereka yang ingat dan kenang jasa saya, mereka akan datang sendiri. Saya tak perlu tanya pun,” katanya.

Iqram berkata, jika ada yang ingin membantu boleh berhubung terus dengannya.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan Iqram diisytihar muflis oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) selepas gagal membayar cukai pendapatan RM77,000.

Keputusan itu disampaikan peguam LHDN kepada Iqram di Mahkamah Majistret Ipoh, Isnin lalu.


https://www.hmetro.com.my/utama/2019/01/413172/tolonglah-saya-jelaskan-rm90000

Dah kenapa ko nak mintak tolong plk settlekan masaalah ko ni..byk cantik ko.
 
org2 beragama Islam tak payah la masuk dunia hiburan ni.... banyak sgt keburukan dari kebaikan.

Artis muslimah bertudung tu pun jangan ingat dia berlakuan sopan bila di belakang kamera, lebih teruk daripada orang kebanyakan lagi ada.
 
tapi kita sebagai rakyat, dapat gaji besar, mmg kene bayar cukai...

entahlah...tumpang simpati, moga bertemu jalan.....ko kan artis, ape la yg payah sgt buat duit... buat bisnes produk apa2 ke,
 
kesian pun ada.. cuma ingin bertanya.. kenapa dari dulu x byr. baru sekarang nak melompat.. len kli sediakan payung sebelum snow. moga ada yang sudi hulurkan sumbangan ikhlas. sekian...
 
Menurut Iqram, sekiranya gagal berbuat sedemikian sebuah rumah berupa unit kondominium dan dua kereta miliknya akan dilelong.

boleh jual je 1 unit kondo tu untuk dapatkan duit...
 
Artis muslimah bertudung tu pun jangan ingat dia berlakuan sopan bila di belakang kamera, lebih teruk daripada orang kebanyakan lagi ada.

pulak dah dia masuk topik artis muslimah...org nasihat lain..
 
mamat ni ada masalah mental kut
dah nama cukai kena bayar la, ni cukai lapuk lagi ni
bukan cukai baru

nama pun dah nak sama dgn sejenis beruang, jangan la perangai pun nak sama dgn beruang
 
Back
Top
Log in Register