BTC USD 85,894.5 Gold USD 4,314.23
Time now: Jun 1, 12:00 AM

IQ Tinggi Bila Rapat Dengan Ayah

TengkuHaadi

Active+ Member
Messages
4,628
Joined
Mar 24, 2008
Messages
4,628
Reaction score
593
Points
81
Ada sebuah kajian yang dilakukan oleh University Oxford menunjukkan bahawa ada kaitan antara perhubungan rapat ayah dan anak dan pencapaian akademiknya di sekolah.

Dikatakan anak yang banyak berinteraksi dengan ayah mempunyai IQ lebih tinggi berbanding anak yang kurang berinteraksi dengan ayahnya.

Bahkan, mereka juga memiliki kemampuan berbahasa dan kognitif yang lebih baik. Kajian lain juga mendapati anak yang dididik dengan a sempurna oleh ayah mempunyai kurang masalah di sekolah dan apabila meningkat dewasa.

Maka jelaslah bahawa ayah mempunyai peranan penting dalam kemampuan akademik anak. Oleh itu ibu dan ayah perlu saling bekerjasama membahagi tugas untuk membimbing si kecil menghadapi ujian.

Ayah bukan sekadar membantu anak mengulang kaji pelajaran tetapi menyiapkan mental si kecil agar lebih yakin untuk menghadapi ujian tersebut.

Karektor ayah yang berbeza dengan ibu tentu dapat mencipta corak pembelajaran yang berbeza berbanding ibu. Ciptakan suasana ceria dan
menyeronokkan agar anak lebih bersemangat
untuk belajar.

Mungkin anda berdua boleh bermain kuiz mengenai pelajaran yang dipelajari berbanding
sekadar membaca yang tentu boleh membosankan si kecil.

Pelbagai kreativiti boleh dicipta bagi menimbulkan suasana menyeronokkan semasa belajar. Jelas sekali interaksi ayah memainkan peranan penting dalam membantu pencapaian positif si anak di sekolah.
 
Īcer bg kajian neh ke bahagian pertukaran pegawai awam trutama yg duduk berasingan bertahun2.anak2 jumpa bapak kdg sbulan skali.
 
Īcer bg kajian neh ke bahagian pertukaran pegawai awam trutama yg duduk berasingan bertahun2.anak2 jumpa bapak kdg sbulan skali.

haa yang ini aku setuju, tp yg duduk kerusi empuk tu buat tak tau je.. :((
 
ada logiknya... ambe rapat ngn ayah... jadi bijak ... sel otak cepat berhubung
 
selalunya yang rapat ngan ayah, anak perempuan..anak laki rapat ngan mak..patutla nisbah student kat U, perempuan vs laki 70:30...ekeke
 
Bapak selalu creative main dengan anak tu yang lagi cepat sel sel beehubung
 
diakui aku rapat dgn abah...

dan rasa IQ Pun tinggi juga kot...
 
mcm menarik jgk teori ni..boleh dipraktikkan nnti lps ade anak..hehe..tp kdg2 kebanyakan ayah ni ego skit, keje nk marah anak je..ade la effect tu kat sel2 otak.
 
Back
Top
Log in Register