BTC USD 85,941.2 Gold USD 4,333.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

IPO MITI TERKINI - Gabungan AQRS Berhad.

faizalyusup

Fun Poster
Messages
374
Joined
Aug 11, 2011
Messages
374
Reaction score
163
Points
23
SOALAN.

Ramadhan Kareem En Faizal Yusup,
Saya ingin mendapatkan pandangan dan nasihat dari En.Faizal berkenaan IPO AQRS yang akan disenaraikan September ini.Saya sangat baru dalam bidang saham ini,tidak terlibat dalam pembelian saham di open market.Baru-baru ini,permohonan untuk saham Gabungan AQRS saya juga diluluskan dan mendapat tawaran sebanyak 50000 unit.

Oleh kerana keadaan pasaran saham yang merudum ketika ini,saya ingin mendapatkan pandangan En.Faizal mengenai AQRS ini.Apakah target price bagi saham tersebut.Adakah saya patut menerima tawaran tersebut dalam keadaan pasaran yang tidak menentu ini.
Jika saya mengambil keputusan untuk tidak menerimanya,adakah saya akan dikenakan apa-apa tindakan(contohnya di blacklist untuk permohonan IPO di masa hadapan).

Saya amat menghargai pandangan bernas pihak En.Faizal.
Sekian.Terima kasih.

JAWAPAN FY.

Salam Ramadhan kembali... Terus terang ramai yang bertanya mengenai perihal saham AQRS ini kepada FY masalahnya FY bukanlah seorang yang punya kelayakan CFA yang boleh memberikan saranan.

Beginilah, pada pada pandangan FY pertamanya tak ramai yang memohon saham ini lalu menyebabkan pelanggan dapat banyak lot setiap seorang. Maksima 715 lots setiap seorang. Saham yang tak banyak permintaannya menunjukkan satu kelemahan.

Keduanya keadaan Pasaran yang tidak menentu mungkin akan menjejaskan harga saham itu bila disenaraikan kelak.

Ketiganya ia saham property development yang mana selalunya kurang diterima baik oleh para pelabur.

Keempat ia agak mahal kerana pada par 25 sen ia dijual dengan harga RM1.28 kepada pelabur.

Kelimanya Bank Penasihatnya Affin yang diketahui tidak berapa proaktif dalam pasaran.

Dengan huraian ini ia terpulanglah kepada pihak puan samaada untuk melanggannya atau tidak.

Kalau tak ambil pun FY rasa puan takkan di blacklist...

Sekian.

www.faizalyusup.com
 
FY kasihan pada pelabur yang dapat saham ni tapi taknak ambil tapi tetap dikenakan cas 3 hingga 6 sen oleh broker... tak pasal-pasal dah rugi... broker kenyang... adoiyai...
 
FY kasihan pada pelabur yang dapat saham ni tapi taknak ambil tapi tetap dikenakan cas 3 hingga 6 sen oleh broker... tak pasal-pasal dah rugi... broker kenyang... adoiyai...

Bila Aqrs lisitng BSKL bro?
 
Katani17 - AQRS akan disenaraikan pada bulan September nanti...

Lanunmerah - GM Gas Malaysia merupakan pelanggan FY dan setakat ini katanya penyenaraian Gas Malaysia masih tersangkut dalam Board sebab ada yang setuju dan ada yang tidak. Apapun FY rekomen saham Gas Malaysia untuk dibeli bila ia diterbitkan nanti. Mesti Beli!
 
Katani17 - AQRS akan disenaraikan pada bulan September nanti...

Lanunmerah - GM Gas Malaysia merupakan pelanggan FY dan setakat ini katanya penyenaraian Gas Malaysia masih tersangkut dalam Board sebab ada yang setuju dan ada yang tidak. Apapun FY rekomen saham Gas Malaysia untuk dibeli bila ia diterbitkan nanti. Mesti Beli!

North Port n Malakof bila plak bro?
 
Bro FY klu sy apply MITI & berjaya bro boleh tolong atur/urus kenanga financing tak? cam ner process dia?
 
gas msia ni setara dgn armada tak @ msm

Tak baca prospektus tak tahu tuan... tapi apa yang FY tahu Gas Malasysia memang syarikat yang kukuh dan menguntungkan...

Soalan tuan yang lain tu akan FY jawab dalam thread tanya FY nanti.. tunggu yer..
 
Back
Top
Log in Register