BTC USD 84,842.0 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ipo miti akan datang - gas malaysia

jom belajar supply dan demand..rahsia besar pelaburan.
 
Apakah Langkah-Langkah Permohonan Peruntukan Saham Khas Bumiputera di MITI

Salam Sejahtera.

Disebabkan ramai yang bertanya pelbagai soalan jadi FY mengambil keputusan untuk menulis maklumat-maklumat penting berdasarkan soalan-soalan lazim yang ditanya kepada FY itu.

1. Apakah Langkah-Langkah Permohonan Peruntukan Saham Khas Bumiputera di MITI.

• Minta dokumen dari FY melalui Emel
• Dokumen itu terdiri dari borang permohonan baik untuk Individu, Koperasi mahupun Syarikat, Surat Iringan dan Surat kepada PRIBUMI.
• Print dan siapkan segala keperluannya.
• Kalau dah siap nanti hantarkan kembali pada FY di alamat di bawah ini.
• FY pastikan semuanya lengkap dan kemudian hantarkan ke MITI.
• Surat Tawaran MITI akan keluar dalam 2 hingga 3 minggu.
• Di dalamnya terdiri daripada – Surat Tawaran, Surat Akuterima, Borang Alottee dan Maklumat Pembayaran.
• Buat pembayaran 1 sen setiap unit yang ditawarkan kepada PRIBUMI. ( Tertakluk kepada minima RM100.00)
• Lengkapkan borang-borang tersebut, masukkan no CDS ( Kalau belum ada CDS boleh buka dengan FY), buat bank draf atau TT pembayaran kepada Bank penasihat tersebut. FY boleh membantu dalam hal ini.
• Sehari sebelum syarikat itu disenaraikan saham akan dimasukkan ke dalam CDS.
• Saham disenaraikan dan boleh dijual.

FY akan bantu semua langkah ini hingga saham itu dijual kelak.
Kalau borang itu sudah siap nanti hantarkan kembali pada FY di alamat di bawah kalau mahu membelinya melalui FY / Pribumi pada atau sebelum 26 September 2011.

2. Kalau nak apply loan bagaimana?
• Walaupun ia tidak digalakkan oleh pihak MITI kerana ia akan mengagalkan objektif meningkatkan penglibatan Bumiputera dalam Pasaran saham namun ia boleh dilakukan. Kita kena appy loan selepas tawaran MITI diberikan dan bukannya sebelum.
• Kenanga mahupun broker lain memberikan Loan antara 70 hingga 85% berdasarkan analisa terhadap saham tersebut. Interest yang dikenakan sekitar 9% setahun.
• Ini juga FY boleh bantu.

3. Saya dah ada akaun CDS, bolehkah saya buka akaun CDS lagi dengan FY?
• Kita sebenarnya boleh buka seberapa banyak akaun CDS asalkan dengan broker yang berbeza.

4. Apa kelebihan buka akaun dengan FY.
• FY boleh kemaskini info terkini mengenai saham MITI dan sebagainya.
• FY boleh bagi tip saham yang baik untuk tujuan pelaburan di pasaran terbuka.
• FY boleh bagi tutoring untuk anda menjadi pelabur yang bijak.
• FY mudah dihubungi di alam maya baik melalui Facebook, Blog, Twitter, Carigold Forum dan sebagainya andai ada sebarang soalan mengenai pelaburan.
• FY juga ada menjalankan seminar saham yang boleh diikuti.
• Dan lain-lain lagi.
Terus terang melabur saham tanpa ilmu akan hanya merugikan anda. Percayalah.

5. Cara untuk membuka akaun CDS,
• Kita perlukan salinan kad pengenalan (Muka depan dan belakang.)
• Kita perlukan RM10.00 untuk membuka akaun CDS ( Central Depository System ) dengan Bursa Malaysia.
• Buka akaun trading dengan syarikat broker / remisier yang terlibat.
• Salinan muka depan buku akaun bank.

Berikan nama penuh, alamat dan no HP, FY akan hantarkan dokumennya melalui courier atau datang sendiri ke pejabat FY seperti alamat di bawah.

6. Pasaran global tak baik sekarang, adakah saham IPO MITI ini akan menguntungkan?
• Ia akan bergantung kepada saham IPO tersebut. Saham yang baik seperti Gas Malaysia FY yakin akan menguntungkan. Ini kerana permintaannya yang lebih banyak daripada apa yang ditawarkan malah OSK Research House mensasarkan RM3.58 untuk saham tersebut.

FY harap maklumat ini membantu.

Sekian dulu,

Wassalam.

Faizal Yusup
 
Gas Malaysia bakal bayar dividen besar
Oleh Ahmad Farizal Hajat

2011/09/12

MMC Corp jamin pelabur nikmati 75 peratus keuntungan tahun kedua penyenaraian

PEMEGANG saham Gas Malaysia Bhd bakal menikmati pulangan lumayan kerana pengedar dan peruncit gas asli terbesar Malaysia itu bakal mengagihkan 100 peratus keuntungan bersihnya sebagai dividen pada tahun pertama penyenaraiannya di Pasaran Utama Bursa Malaysia yang dijadualkan Disember ini.

Syarikat induknya, MMC Corp Bhd, turut memberi jaminan bahawa pada tahun kedua pula, dividen yang bakal diagihkan GAS Malaysia kepada pemegang sahamnya ialah 75 peratus daripada keuntungan bersihnya.
Pengarah Urusan MMC Corp, Datuk Hasni Harun, berkata penetapan kadar dividen dalam tempoh dua tahun itu bertujuan memberi ganjaran terhadap kesetiaan pemegang saham syarikat itu.
Penetapan kadar dividen untuk tempoh dua tahun pertama itu adalah bagi memberikan ganjaran pemegang saham yang setia selama bertahun-tahun dengan Gas Malaysia.

Insya-Allah, ia akan diteruskan selepas tahun berikutnya (bergantung kepada prestasi syarikat), katanya kepada Berita Harian dan Business Times dalam temu bual bersempena dengan 100 tahun penubuhan MMC Corp di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

MMC Corp Bhd, syarikat yang dikuasai usahawan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary pada 16 Ogos lalu, mengumumkan penyenaraian Gas Malaysia itu bakal membabitkan tawaran awal permulaan (IPO) 333.84 juta saham atau 26 peratus daripada modal saham berbayar dan terbitannya.

Daripada 333.84 juta saham itu, 303.498 juta akan diperuntukkan untuk langganan pelabur institusi, dengan 147.678 juta untuk institusi terpilih Bumiputera dan pelabur terpilih yang diluluskan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI); dan 155.820 juta untuk pelabur institusi terpilih tempatan.
Sebanyak 30.342 juta saham pula akan ditawarkan kepada pelabur runcit, dengan 12.84 juta adalah untuk langganan awam Bumiputera, manakala 12.84 juta lagi untuk bukan Bumiputera.

Baki 4.662 juta lagi dikhususkan untuk langganan kakitangan dan pengarah syarikat itu yang layak.

Berikutan Gas Malaysia tidak akan menerbitkan saham baru bagi IPO itu, MMC dan rakan kongsinya dalam syarikat itu akan menawarkan saham dalam beberapa bahagian bersandarkan kepada jumlah kepentingan masing-masing.

Ketika ini, MMC menguasai 41.8 peratus kepentingan dalam Gas Malaysia dengan bakinya dipegang Petronas Gas Bhd (20 peratus), Tokyo Gas-Mitsui & Co (25 peratus) dan selebihnya oleh Shapadu Holdings.

Mengenai kemajuan penyenaraian Gas Malaysia, Hasni berkata, kumpulan itu sudah mengemukakan permohonan kepada Suruhanjaya Sekuriti bagi cadangan IPO itu, dan ia sedang menunggu kelulusan.

Gas Malaysia kini berada dalam landasan untuk disenaraikan dan jika tiada masalah, ia akan dilakukan Disember ini.

Penyenaraiannya adalah sebagai sebahagian daripada strategi untuk meningkatkan lagi nilai, selain membantu mengurangkan paras hutang kumpulan.

Bersandarkan kepada kedudukan kewangan yang kukuh serta dengan kadar hutang sifar, selain prospek peningkatan penggunaan komoditi itu di kalangan pelbagai peringkat pengguna, khususnya pelanggan industri, MMC yakin IPO Gas Malaysia kelak akan mendapat sambutan baik, katanya.

Difahamkan, Gas Malaysia, kini mempunyai 400 pelanggan industri baru dalam senarai menunggu untuk mengguna produknya.

Penganalisis ketika dihubungi yakin, apabila disenaraikan kelak, saham Gas Malaysia mudah menarik minat pelabur institusi tempatan dan asing bersandarkan prospek kestabilan perniagaan syarikat itu, selain turut memiliki aliran tunai positif dan margin kukuh sentiasa terpelihara.

"Boleh disifatkan permintaan terhadap gas tidak terjejas walaupun dalam persekitaran ekonomi tidak menentu atau kemelesetan," katanya.
 
Saya akan kupas mengapa Gas Malaysia jadi rebutan...
Data:
1) Gas Malaysia akan bayar dividen 100% profit pda tahun pertama dan 75% pada tahun kedua...
2)Sifar hutang...
3)Berdasarkan laporan tahunan 2010 MMCCorp...Gas Malaysia revenue ialah RM 1807 juta.,,pertumbuhan 3%...didorong pertambahan 10% jumlah jualan....PBT ialah RM388 juta naik 19% dari 2009 iaitu RM 326 juta...PAT 2010 ialah RM298 juta naik 23% dari 2009 RM 243 juta.

IPO ditawarkan ialah 333 juta unit iaitu 26%...bermakna jumlah saham Gas Malaysia ialah 100% x 333 juta / 26% = 1,280,000,000 unit saham ....

jika kita andaikan kenaikan PAT sama spt 2010 iaitu 23% maka PAT Gas Malaysia pada 2011 ialah RM 366 juta ...
dan jika komitmen dividen ialah 100% maka RM 366 juta / 1280 juta unit..maka dividen seunit saham gas Malaysia ialah RM0.286 dan jika dibandingkan dgn harga IPO RM2.20 bermakna yield ialah 13%..
 
JOM Beli Saham BSKL guna Kwsp account1

Beli GAS Malaysia dah disenaraikan diBSKL boleh guna kwsp account1..boleh simpan saham GAS Malaysia longterm.:)cgrock:)cgrock

Saya akan kupas mengapa Gas Malaysia jadi rebutan...
Data:
1) Gas Malaysia akan bayar dividen 100% profit pda tahun pertama dan 75% pada tahun kedua...
2)Sifar hutang...
3)Berdasarkan laporan tahunan 2010 MMCCorp...Gas Malaysia revenue ialah RM 1807 juta.,,pertumbuhan 3%...didorong pertambahan 10% jumlah jualan....PBT ialah RM388 juta naik 19% dari 2009 iaitu RM 326 juta...PAT 2010 ialah RM298 juta naik 23% dari 2009 RM 243 juta.

IPO ditawarkan ialah 333 juta unit iaitu 26%...bermakna jumlah saham Gas Malaysia ialah 100% x 333 juta / 26% = 1,280,000,000 unit saham ....

jika kita andaikan kenaikan PAT sama spt 2010 iaitu 23% maka PAT Gas Malaysia pada 2011 ialah RM 366 juta ...
dan jika komitmen dividen ialah 100% maka RM 366 juta / 1280 juta unit..maka dividen seunit saham gas Malaysia ialah RM0.286 dan jika dibandingkan dgn harga IPO RM2.20 bermakna yield ialah 13%..
 
Permohonan peruntukan saham Gas Malaysia di MITI

Permohonan di MITI ditutup 27 September
Surat tawaran cuma keluar antara 2 hingga 3 minggu
mungkin antara 14-21 Oktober.
Pembayaran kepada Maybank mungkin penghujung Oktober.
Awal Disember minggu pertama listing.
Modal terperap satu bulan lebih sikit.
Expected profit let say 20% katalah dua bulan.
So setahun 20% x 6 = 120%.
Dalam ertikata lain duit bekerja 120% lebih kuat.

FY
 
Saya akan kupas mengapa Gas Malaysia jadi rebutan...
Data:
1) Gas Malaysia akan bayar dividen 100% profit pda tahun pertama dan 75% pada tahun kedua...
2)Sifar hutang...
3)Berdasarkan laporan tahunan 2010 MMCCorp...Gas Malaysia revenue ialah RM 1807 juta.,,pertumbuhan 3%...didorong pertambahan 10% jumlah jualan....PBT ialah RM388 juta naik 19% dari 2009 iaitu RM 326 juta...PAT 2010 ialah RM298 juta naik 23% dari 2009 RM 243 juta.

IPO ditawarkan ialah 333 juta unit iaitu 26%...bermakna jumlah saham Gas Malaysia ialah 100% x 333 juta / 26% = 1,280,000,000 unit saham ....

jika kita andaikan kenaikan PAT sama spt 2010 iaitu 23% maka PAT Gas Malaysia pada 2011 ialah RM 366 juta ...
dan jika komitmen dividen ialah 100% maka RM 366 juta / 1280 juta unit..maka dividen seunit saham gas Malaysia ialah RM0.286 dan jika dibandingkan dgn harga IPO RM2.20 bermakna yield ialah 13%..

:)cgrock

THANKS BRO!

INILAH ANTARA SEBABNYA FY REKOMEN PELABUR MEMBELI SAHAM GAS MALAYSIA DI MITI. BELI JANGAN TAK BELI...
 
untuk hari ni FY dah hantarkan dokumen untuk permohonan saham di MITI kepada semua yang memberikan alamat emelnya kepada FY.

Hubungi FY kalau ada sebarang pertanyaan dan selamat berjaya!

FY:)cgrock

Aku nyer borang akaun CDS tak dapat lagi puuunnnn..... :((
 
Back
Top
Log in Register