BTC USD 86,658.1 Gold USD 4,343.84
Time now: Jun 1, 12:00 AM

IPO Malaysia Pecah Rekod!

BlackWoods

Banned
Messages
164
Joined
Aug 13, 2012
Messages
164
Reaction score
21
Points
20
20127494031_samaa_tv.jpeg


SINGAPURA, 5 Okt (Bernama) -- Tawaran awam awal (IPO) US$1.5 bilion daripada pembekal siaran TV berbayar, Astro Malaysia Holdings Bhd, menjadi penyenaraian Malaysia bernilai berbilion-bilion ke tiga tahun ini dan menjadikan jumlah IPO dari syarikat-syarikat Malaysia kepada US$7.3 bilion untuk tahun ini setakat ini, mengatasi rekod tahunan yang dicatatkan pada 2010 (US$6.9 bilion).

Menurut Thomson Reuters Investment Banking Scorecard, didorong oleh kerancakan tawaran, penyenaraian Kuala Lumpur kini menduduki tempat keempat secara global, di belakang Nasdaq, Bursa Saham New York dan Tokyo First Section, mengikut hasil yang dikumpulkan.

Ia berkata CIMB Group Sdn Bhd mendahului penarafan untuk taja jamin IPO Malaysia tahun ini dengan hasil sebanyak US$1.4 bilion bagi 20.1 peratus perkongsian pasaran, diikuti Deutsche Bank dan Maybank Bhd, setiap satunya dengan 12.2 peratus perkongsian pasaran tahun ini. JP Morgan dan Morgan Stanley pula menduduki tempat keempat dan kelima.

Laporan itu berkata penggabungan dan pengambilalihan syarikat telekomunikasi naik dua peratus daripada 2011.

Syarikat telekomunikasi China, AS dan Rusia mewakili 59 peratus urus niaga keseluruhan dalam sektor itu tahun ini, satu peningkatan berbanding 25 peratus sepanjang tahun setakat ini 2011.

-- BERNAMA
 
IPO Malaysia pecah rekod

SINGAPURA: Tawaran awam awal (IPO) AS$1.5 bilion daripada pembekal siaran TV berbayar, Astro Malaysia Holdings Bhd, menjadi penyenaraian Malaysia bernilai berbilion yang ke-tiga tahun ini dan menjadikan jumlah IPO dari syarikat Malaysia kepada AS$7.3 bilion untuk tahun ini setakat ini, mengatasi rekod tahunan yang dicatatkan pada 2010 (AS$6.9 bilion).

Menurut Thomson Reuters Investment Banking Scorecard, didorong oleh kerancakan tawaran, penyenaraian Kuala Lumpur kini menduduki tempat keempat secara global, di belakang Nasdaq, Bursa Saham New York dan Tokyo First Section, mengikut hasil yang dikumpulkan. Ia berkata, CIMB Group Sdn Bhd mendahului penarafan untuk taja jamin IPO Malaysia tahun ini dengan hasil sebanyak AS$1.4 bilion bagi 20.1 peratus perkongsian pasaran, diikuti Deutsche Bank dan Maybank Bhd, setiap satunya dengan 12.2 peratus perkongsian pasaran tahun ini.
JP Morgan dan Morgan Stanley pula menduduki tempat keempat dan kelima.

Laporan itu berkata, penggabungan dan pengambilalihan syarikat telekomunikasi naik dua peratus daripada 2011.

Syarikat telekomunikasi China, AS dan Russia mewakili 59 peratus urus niaga keseluruhan dalam sektor itu tahun ini, satu peningkatan berbanding 25 peratus sepanjang tahun setakat ini 2011. - BERNAMA
 
Astro kan monopoli. Takde saingan, asyik untung je. Kalau ada pesaing nanti mesti saham astro jatuh.
 
next year pn ada byk lg ipo yg nak kuar mcm malakof,u mobile dll
 
x lama lagi melungkup la astro tu....suma pakat lari guna sharing server..hahaha,,,,
 
skrg yg ada saingan dari hyyptv dri unifi..tp mmg xblh lwn lagi la dgn astro..unifi ada kelebihan dari segi intrnt..maxis fibre xslap aku maybe nk buat jgk channel tv tpi dgn kerjasama astro..
 
jgn drop cam felda udah ler... semua amik keuntungan awal...
 
Back
Top
Log in Register