Luqmanul Hakim
CG Top Poster Club

- Messages
- 23,318
- Joined
- Mar 17, 2010
- Messages
- 23,318
- Reaction score
- 4,848
- Points
- 196
IPO: Datasonic sasar kumpul RM40 juta
DATASONIC Group Bhd, penyedia penyelesaian peribadian kad pintar dan ID selamat utama, menyasarkan mengumpul RM40.75 juta menerusi tawaran awam permulaannya (IPO) susulan penyenaraian syarikat itu di Pasaran Utama Bursa Malaysia.
Pengerusi Bukan Eksekutifnya, Tan Sri Mohamed Hashim Mohd Ali berkata, kira-kira RM27.1 juta daripada hasil IPO itu akan disalurkan bagi perbelanjaan modal syarikat dengan jumlah majoriti untuk membiayai rancangan pengembangan Datasonic.
“Selain perbelanjaan modal, kira-kira RM6 juta akan diperuntukkan bagi penyelidikan dan pembangunan, RM5 juta bagi modal kerja dan baki RM2.65 juta bagi perbelanjaan penyenaraian yang dijadualkan pada 3 September depan,” katanya selepas pelancaran prospektus Datasonic oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan.
sumber : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/IPO_DatasonicsasarkumpulRM40juta/Article/index_html