BTC USD 64,266.9 Gold USD 4,463.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

IPhone warna emas dilelong RM32,534

joee

CG Top Poster Club
gem
Messages
40,700
Paid Membership
Joined
Oct 1, 2010
Messages
40,700
Reaction score
949
Points
161
du_06.1.jpg


LONDON - Versi terbaharu telefon pintar iPhones 5S berwarna emas dijual di laman web lelongan eBay pada harga AS$10,100 (RM32,534), lapor sebuah akhbar kelmarin.

Telefon pintar keluaran firma Apple Inc. itu dijual pada harga lebih tinggi berbanding telefon pintar bersalut emas lain yang berada di pasaran.

Selain itu, Apple turut menghasilkan telefon pintar iPhones 5S dalam versi warna perak dan kelabu.

Gajet kesukaan ramai itu menjadi rebutan peminatnya sejurus ia memasuki pasaran pada Jumaat lalu.

Sejumlah pengguna eBay sedaya upaya cuba memiliki telefon pintar berwarna emas berkapasiti 16GB itu dengan membida 12 kali ganda lebih tinggi daripada harga runcit.

Pada saat-saat akhir bidaan, harga tawaran yang bermula pada AS$2,500 (RM8,053) meningkat kepada AS$10,100(RM32,534).

Walaupun iPhone berwarna emas sudah beberapa kali dijual di eBay, lelongan tersebut mencatat harga paling tinggi setakat ini.

Dalam pada itu, Apple mendedahkan, ia telah menjual sebanyak sembilan juta unit iPhone 5S dan iPhone 5C dalam tempoh tiga hari selepas gajet berkenaan dilancarkan. - Agensi
 
warna emas jer... bukan bersalut emas pun... tu pun harga sebijik kereta 2nd... mahalnya.... aku tunggu yang murah jer..:D
 
Kalo cam kete fast furious mas kat dlam kan beh
 
layan android pun best jgk kot :D

haha...pun x pernah, maksud aku x pernah beli untuk diri sendiri...

pernah belikan untuk mak(hadiah), pakai membe2 punye, tapi x pernah untuk diri sendiri...

aku still pakai enset nokia N8(time beli rege rm1360 skarg value dalam rm300-350 je):((
 
Hari tu tengok kat 2 apple store london tak ada display gold kaler iphone.
 
dijual pada harga lebih tinggi berbanding telefon pintar bersalut emas lain yang berada di pasaran

haha..mmg amik kesempatan kt orang2 yg ada duit tapi takde otak

bijak2..die up tinggi mana pun still ada yg beli
 
haha...pun x pernah, maksud aku x pernah beli untuk diri sendiri...

pernah belikan untuk mak(hadiah), pakai membe2 punye, tapi x pernah untuk diri sendiri...

aku still pakai enset nokia N8(time beli rege rm1360 skarg value dalam rm300-350 je):((

cer pakai android skali bos...game free banyak turr :D
 
Back
Top
Log in Register