ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
SYARIKAT Internet, TPG, yang diasaskan oleh pasangan Malaysia, David dan Vicky Teoh, dijangka mengatasi Optus, syarikat milik Singapura, sebagai penyedia Internet kedua terbesar Australia dengan cadangan pengambilalihan pesaingnya, iiNet, dengan harga A$1.4 bilion.
Menurut laporan Australian Associated Press (AAP), janji niaga itu akan meningkatkan jumlah pelanggan TPG kepada 1.7 juta, mengatasi Optus yang kini sebanyak 988,000 dan hanya berada di belakang Telstra dengan tiga juta pelanggan.
TPG merancang mengendalikan dua perniagaan itu secara berasingan, menggunakan iiNet untuk menyasar pelanggan premium yang bersedia membayar lebih bagi mendapatkan perkhidmatan dan hubungan internet yang lebih baik, manakala mengekalkan jenama terasnya sebagai alternatif kos rendah.
"Sudah tentunya kami mahu mengekalkan jenama itu, kami menghormati dan menghargai jenama iiNet," Pengurus Besar Pengguna TPG, Craig Levy dipetik sebagai berkata oleh AAP.
Pengambilalihan itu mendapat sokongan lembaga pengarah iiNet tetapi masih memerlukan kelulusan daripada pemegang saham dan badan pemantau pengguna.
TPG menawar membayar A$8.60 bagi setiap saham iiNet, premium 33 peratus melebihi harga saham purata lima hari iiNet sebelum pengumuman pengambilalihan itu.
Saham iiNet meningkat A$1.69, atau 24.8 peratus, kepada A$8.50 hari ini, manakala saham TPG naik A$1.37, atau 17.7 peratus kepada A$9.11.
Ketua Eksekutif TPG, David Teoh, berkata kedua-dua syarikat itu sesuai dan saling lengkap melengkapi satu sama lain.
"iiNet dan TPG adalah perniagaan yang saling melengkapi dari segi geografi, segmen pasaran dan jumlah pelanggan korporat," kata Teoh kepada AAP. - Bernama