BTC USD 60,796.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

INTERLINK NETWORK SDN BHD - www.vpay2u.com (TOPIC CLOSED : Maklumat palsu)

Status
Not open for further replies.
Salam bro.. Lesen AJL ini adalah benar milik Interlink Network Sdn Bhd. Untuk Pengetahuan bro pihak kpdn telah salah cetak nama syarikat.. sila lihat website kami www.vpay2u.com.. sila letak semula ke thread asal. thanks bro..

Oleh yang demikian, kita terpaksa tunggu sehingga pembetulan dibuat dari pihak KPDNHEP memandangkan kita tidak mahu mengambil sebarang risiko atau kemungkinan kecil yang boleh menyebabkan informasi yang dibincangkan di forum section ini adalah tidak betul. Buat sementara waktu kita remain dulu topik ini di sini sehingga pembetulan di buat oleh KPDNHEP sendiri.

Harap Maklum.
 
Topik ini ditutup sementara.

Tolong berikan nama syarikat ini sekali memandangkan tidak ada nama syarikat INTERLINK NETWORK SDN BHD di dalam Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Sekiranya ada apa-apa maklumat untuk diperbetulkan, sila PM saya.
 
From my PM conversation with ID Ex-Staff MPE:-

Ex-Staff MPE said:
Sejak Interlink Network Sdn Bhd tukar milik, pihak pengurusan yg baru telah menukar nama kepada V3-Max International Sdn Bhd. No syarikat 655757P. Tarikh Lesen AJL atas nama Interlink Network Sdn Bhd akan tamat. Selepas itu Lesen AJL atas nama V3-Max International Sdn Bhd dan No lesen adalah sama. Harap Maklum.

----------------------------------------------------------

Dann said:
Ex-Staff MPE said:
Sejak Interlink Network Sdn Bhd tukar milik, pihak pengurusan yg baru telah menukar nama kepada V3-Max International Sdn Bhd. No syarikat 655757P.

Jadi sepatutnya bila u buka topik ini mestilah menggunakan nama syarikat baru. Sepatutnya isu meletakkan nama syarikat yang tidak wujud tidak timbul kerana anda nampaknya tahu perjalanan syarikat ini. Seolah-olah anda sengaja memberi maklumat palsu kepada audience untuk suatu masa tertentu sehingga sampai suatu masa yang sesuai.

Ex-Staff MPE said:
Tarikh Lesen AJL atas nama Interlink Network Sdn Bhd akan tamat. Selepas itu Lesen AJL atas nama V3-Max International Sdn Bhd dan No lesen adalah sama. Harap Maklum.

Jadi kita kena tunggu sehingga semua informasi adalah tepat. Apa yang sepatutnya perlu ada untuk topik dibuka semula ialah :-

  • Website rasmi syarikat http://www.vpay2u.com/contact.jsp mestilah mempamerkan nama syarikat. Syarikat yang benar-benar ingin menjalankan perniagaan sepatutnya sudah tentu mempamerkan kesemua info detail tentang mereka.

Ini adalah optional :-
  • Bila disebut syarikat sdn bhd sudah tentu ia menjalankan perniagaan yang serius bukan syarikat cacamarba. Eloklah sekiranya di gantikan no hp individu ke fixed line office no dan fax no.

3256843701_6f9cbce3a6_o.gif

-------------------------------------------------------

Untuk makluman.
 
Status
Not open for further replies.
Back
Top
Log in Register