BTC USD 75,896.9 Gold USD 4,322.01
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Intel Menyasarkan “Windows 12” Akan Hadir Pada 2024

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,558
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,558
Reaction score
7,740
Points
916
Microsoft sedia menyertakan pelbagai pembaharuan pada sistem operasi Windows 12, termasuk paling terbaru adalah integrasi Windows Copilot yang memudahkan anda mengakses kecerdasan buatan untuk membantu pelbagai tugasan anda dengan mudah. Mengikut pelbagai desas-desus juga, Microsoft dikatakan sedang membangunkan Windows 12 dengan integrasi kecerdasan buatan lebih mendalam, dan kini mengikut perkongsian Intel, kita mungkin melihat Windows 12 seawal 2024 kelak.

Melalui perkongsian Intel melalui temuramah, mereka menyasarkan tahun 2024 membawa perniagaan lebih baik, disebabkan oleh kemaskini Windows. ini sekaligus memberikan petanda seumpama kita mungkin melihat Windows 12 pada tahun 2024, dan bukan sekadar kemaskini untuk Windows 11 sahaja. Sehingga kini, pihak Microsoft masih belum berkongsi sebarang perkara berkaitan dengan Windows 12 ini. Sekiranya tepat, maka mungkin kita melihat sistem operasi generasi baharu berkenaan diperkenalkan pada pertengahan kedua 2024 kelak.
1696773626105.png
 
Back
Top
Log in Register