BTC USD 75,848.5 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Intel Lancarkan Tiga Barisan GPU Pertama Dalam Siri Arc-A

soybean

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
63,243
Paid Membership
Joined
Feb 15, 2009
Messages
63,243
Reaction score
4,135
Points
661
intel-arc-1.jpg






Intel telah melancarkan siri pertama GPU atau kad grafik mereka, Intel Arc-A. Tiga barisan untuk komputer riba yang diperkenalkan ialah Arc 3, Arc 5 dan Arc 7.

Ia dikatakan disasarkan untuk permainan dan penciptaan kandungan dengan penawaran seperti AI-Enhanced XeSS upscaling, keupayaan media ditambah baik dengan AI serta teknologi Intel Deep Link.


Syarikat dari Amerika Syarikat ini berkata ia kad grafik pertama dalam industri yang menyokong AV1 hardware acceleration penuh, kedua-dua pengekodan dan penyahkodan.

Ciri dan fungsi tersedia melalui pemproses grafik ini menarik untuk mereka yang terlibat dalam bidang penyuntingan video dan penstriman.

Intel-arc-a-series-3-16x9.jpg.rendition.intel.web.1648.927.jpg


Selain itu, antara ciri ditawarkan pada siri kad grafik ini ialah AV1 Game Streaming, Intel XMX AI Engine, Intel Xe Super Sampling (XeSS) Enhanced Gameplay, Intel Arc Control Software, Intel Xe HPG Microarchitecture.

Komputer riba terawal dengan Intel Arc 3 sedia dipratempah mulai sekarang dan akan diikuti cip-cip yang lebih berkuasa iaitu Arc 5 dan Arc 7 pada musim panas kelak.
 
Back
Top
Log in Register